Filem
Film
. .
KL Menjerit KL Menjerit (2002)

Working title : Kuala Lumpur Menjerit
Tagline : Cinta takkan datang, kalau tak dicari... Cinta takkan dapat, kalau tak memberi...
Genre : Action / Romance
Format : 35 mm / Colour
Language : Malay
Duration : 107 min

Director :
Badaruddin Azmi

Writer :
Badaruddin Azmi ... Original Script & Screenplay

Cast :
Rosyam Nor ... Shahrol
Nisdawati ... Ayu
Faizal Hussein ... Pit
Danny (X-Factor) ... Mamat
Saiful Azam (Senario) ... Kilat
Liza Hanim ... Linda
Hasnul Rahmat ... Tun
Rashidi Ishak ... Mustaffa
Rahim Razali ... 
Vanida Imran ... 
Sathiya ... 
Kudsia Kahar (era) ... 
Khairil (era) ... 

Crew :
Azman Abu Hassan ... Music Score
Azwan Abdul Aziz ... Art Director
Gayatri Su-Lin Pillai ... Production Coordinator
Hazil Izham Ismail ... Production Manager
Jailani Ghani ... Assistant Director
Raja Mukriz Kamaruddin ... Director of Photography
Rosli Mahmood ... Art Director
S. Rakesh ... Editor

Producer :
(Tayangan Unggul Sdn Bhd)
Maznita Mokhtar (executive)


Synopsis :
Malay - Shahrol, anak muda berusia 28 tahun berasal dari kampung di Perlis. Seorang yang agresif dan suka bertindak mengikut perasaan remajanya. Shahrol bersekolah setakat tingkatan empat. Kemudian Shahrol berhijrah ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Tanpa kelulusan tinggi, dia hanya dapat kerja sebagai pembantu di bengkel motor. Kerana kesabarannya dia berjaya menjadi mekanik. Kehidupannya dilingkungi dunia permotoran. Selain itu, Shahrol juga mempunyai kekasih bernama Linda. Bagaimanapun, pertemuan Shahrol dengan Ayu dan Tun banyak merubah hidup dan sikapnya. Shahrol bertemu Ayu di satu perlumbaan motor haram. Ayu baru tiba di Kuala Lumpur dari kampung untuk mencari kekasihnya, Mustaffa. Tetapi dia terperangkap oleh pengurus perlumbaan dan dijadikan sebagai anugerah bagi pemenang perlumbaan. Pada perlumbaan akhir tersebut, Shahrol dan Pit bertarung untuk mendapatkan Ayu. Pada awalnya Shahrol hanya berniat menolong Ayu dengan memenangi perlumbaan tersebut tetapi akhirnya dia jatuh cinta dengan gadis itu. Tun yang berusia awal 20-an pula merupakan rakan baik Shahrol. Tun anak tunggal kepada seorang tokoh politik. Tun remaja bijak dan selalu mendapat keputusan cemerlang pada setiap peperiksaan. Orang tuanya tidak mengetahui Tun menghidap sejenis penyakit yang lama dideritai. Hidup sepi tanpa kasih sayang ibu bapa juga menjadi racun dalam hidupnya. Untuk mengisi kekosongan hidupnya, Tun berkawan dengan Shahrol.
English - The film revolves around Shahrol, a 28 year-old bike enthusiast, who comes to KL in search of a better life. It was there that he meets Ayu, a naive village girl, in search of her boyfriend. The two began to bear feelings for each other, but the road was not without thorns. Shahrol finds himself being challenge by Pit, who wants to upstage the one skill that Shahrol is passionate about... motor-racing.

Trivia :
Tarikh mula tayangan umum: 24 Januari 2002
Tarikh mula penggambaran: 21 Mei 2001
Kos penerbitan: RM1.5 juta
Antara lokasi penggambaran: KLCC, Kampung Baru (Kuala Lumpur); Litar Batu Tiga, Shah Alam (Selangor); Johor Bahru & Perlis
Pemilihan nama watak Rosyam Nor iaitu Shahrol merupakan penghargaan kepada penunggang motosikal profesional Malaysia - Shahrol Yuzi (beliau pernah muncul dalam iklan anti lumba haram tajaan Petronas)
Filem ini adalah penampilan kedua Rosyam Nor sebagai watak utama selepas Suami, Isteri dan .....? (1996)
Lagu tema: Gelisah Mimpi (Liza Hanim)






comments | compliment

 

. Terkini | Ulasan | Muzik | Pelakon | Pengarah | Filem | Trivia | Gambar
Rencana | Anugerah | Dialog | Tetamu | E-mail | Luar Negara | Home
.
http://filemelayu.cjb.net khys 1999-2002