![]() |
|||||||||||
LAMAN WEB BARU SURAU BUKIT MULIA 1 MEI 2009 |
|||||||||||
Harap maaf, Laman Web Rasmi SBM telah pun berpindah ke domain baru yang lebih baik. Sila layari ke: http://suraubukitmulia.com/ Segala maklumat terbaru akan di kemas kini di web baru. Terima Kasih MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2009M/1430H Tarikh Maulidur Rasul tahun ini jatuh pada 9 March 2009 (Isnin). Antara aktiviti maulidur rasul yang telah dijalankan ialah ceramah & perarakan sekitar Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa (Bermula di dataran Utama SBM ke Jalan Mulia 1/5, 1/3, 1/2, 1/1, 1/5, 2/3, 2/4, 2/2 dan balik ke Dataran Utama SBM). Kedua-dua aktiviti tersebut telah berjalan dengan baik sebagaimana dirancangkan, Alhamdullilah. Ceramah Perdana Maulidur Rasul (Ahad 8/3/2009; 8:00 malam) telah disempurnakan oleh Ustaz Abdullah Mat - Mantan Pengarah Dakwah JAKIM, Pengarah JADIM, Pengarah JAWI dan Ahli Pemikir JASA. Ramai warga kariah Surau Bukit Mulia telah menghadiri ceramah perdana maulidur rasul ini. PERARAKAN MAULIDUR RASUL telah berjalan lancar pada keesukan harinya (9/3/2009)- iaitu Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Selain daripada warga Bukit Antarabangsa, perarakan ini turut disertai oleh Saudara Baru dari PERKIM Wilayah (sejumlah lebih kurang 40 orang) yang dijemput khas melalui PERKIM Wanita Cawangan Bukit Antarabangsa (Uruscara : Datin Saliza Salam & Pn Sean Helena). Biarpun hujan rintik-rintik pada peringkat permulaan perarakan namun hujan telah "berhenti seketika" ketika perarakan berlangsung. Hujan turun dengan lebatnya sebaik sahaja semua peserta perarakan tamat tiba di Dataran Utama SBM - iaitu tempat permulaan perarakan. Syukur Alhamdullilah kepada Allah SWT.. Kemudiannya ceramah maulidur rasul kedua oleh Ustaz Fitri Abdullah telah dijalankan dari jam 11:00-12:30 tengahari. Kepada semua rakan-rakan yang telah dapat bersama menjayakan aktiviti ini diucapkan jutaan terima kasih. Inilah antara penjelmaan kasih dan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW, Nabi yang akan memberikan safaat kepada kita semuanya. Moga Allah S.W.T. memberi ganjaran dan pahala yang setimpal. Insya'Allah. MESYUARAT AGUNG SURAU BUKIT MULIA 1430H/2009M Adalah dimaklum bahawa Mesyuarat Agung (Khas) Surau Bukit Mulia akan di adakan pada 28 March 2008 (SABTU) jam 2:30 petang. Saya bagi pihak SBM dengan segala hormatnya dan sukacitanya menjemput saudara/ri semua untuk menghadiri mesyuarat agung pada kali ini. Marilah datang beramai-ramai demi menjayakan dan mengimarahkan surau kita juga. Keharmonian, kemakmuran dan baik sahsiah generasi akan datang di kariah SBM terletak kepada usaha tidak berbelah bagi generasi kita pada masa kini. Mesyuarat pada kali ini dikhususkan untuk memilih Ahli Jawatankuasa Pengelola SBM sesi 2009/2011 yang baru sahaja. Moga kehadiran sdr/ri muslimin muslimat sekelian akan dapat mempercepatkan proses ini dan dapat memilih pemimpin surau kita untuk jangkamasa dua tahun yang akan datang. Saya bagi pihak AJK pengelola SBM sesi 2007/2009 terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas keprihatinan sdr/i semunya. Moga usaha dan pengorbanan masa & tenaga saudara/ri semua akan diberkati dan diberikan pahala setimpal oleh Allah. PERTANDINGAN AMAL GOLF 2009/1430H KELAB GOLF BUMIT MULIA dengan kerjasama Surau Bukit Mulia (Biro Sukan & Rekreasi) telah berjaya mengadakan pertandingan Golf Amal 2009 di Kelab Golf Bukit Beruntung pada 28 Februari 2009 (SABTU) bermula jam 7:30 pagi. Sejumlah 16 Flight telah terlibat menjayakan PGA 2009 pada kali ini. Moga usaha dan pengorbanan masa & tenaga semua pihak akan diberkati dan diberikan pahala setimpal oleh Allah. PELUANG UNTUK AMAL JARIAH Mohon jasa baik muslimin/muslimat bagi menghulurkan sumbangan derma ikhlas untuk Tabung Surau Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, Ampang. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk menjayakan pelbagai aktiviti surau yang telah dirancangkan sepanjang tahun ini. Saudara/ri boleh memberi sumbangan tersebut secara tunai kepada Bendahari Surau Bukit Mulia, Tuan Haji Mohd Hanip Maah (No.26, Jalan Mulia 1/1) atau melalui Bank Islam di akaun yang bernombor 12113010020860 atau boleh disumbangkan dalam bentuk cek atas nama "SURAU BUKIT MULIA". Jasa baik saudara/ri amatlah dihargai. Moga Allah S.W.T. memberi ganjaran dan pahala yang setimpal. Insya'Allah. Sila tekan butang di bawah ini Alamat : Surau Bukit Mulia Jalan Mulia 1/5, Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, 68000, Ampang, Selangor, Malaysia. Telefon : (012) 2099877 Faks : (603) 26938719 Email : radical@medic.ukm.my Copyright © 2005 Jamaludin Mohamed. All right reserved.
| |