Jenis-jenis topologi
Di dalam sesebuah rangkaian, terdapat empat jenis topologi yang kita
boleh dapati iaitu:
- bas
(bus)
- gelang
(ring)
- pepohon
(hierarcal)
- bintang
(star)
Topologi bas (bus)
Ia adalah topologi yang paling mudah. Rangkaian ini bermula
daripada satu hujung kemudian bersambung ke setiap komputer seperti di Rajah
2-5. Rangkaian ini selalunya mudah dibina untuk bilik yang kecil, tetapi
menjadi susah jika berada pada rangkaian yang besar. Kelemahannya yang ketara
adalah kerana kurang tahanannya di dalam rangkaian. Dengan hanya satu sambungan
ke semua komputer, kerosakan di satu punca akan mengakibatkan semua komputer tak
dapat berkomunikasi.
Rangkaian
topologi bus
Topologi Gelang (ring)
Ianya ada persamaan dengan bus topologi melainkan 2
penghujungnya disambungkan untuk membentuk cincin/ring seperti di Rajah 2-6.
Kebaikannya daripada bus adalah, jika berlaku kerosakan di antara bahagian ia
masih dapat berkomunikasi dengan melalui arah pembalikan mengelilingi ring.
Tetapi kepayahan dan kos yang diambil untuk menyambungkan kedua-dua
penghujungnya dalam rangkaian selalunya melebihi kebaikan yang didapati daripada
penggunaan topologi ring.
Rangkaian topologi ring
Topologi Bintang (star)
Dalam perekaan rangkaian ini satu lokasi dijadikan sebagai
pusat untuk star. Peralatan khas yang dipanggil hub diletakkan disini kemudian
sambungan daripada setiap komputer disambungkan ke hub seperti yang ditunjukkan
di Rajah 2-7. Dengan menyambungkan semua komputer terus ke hub, kerosakan
pada satu kabel hanya memutuskan perhubungan pada komputer yang berkenaan sahaja.
Walaubagaimanapun kerosakan pada hub sahaja akan mengakibatkan kegagalan kepada
kesemua komputer yang disambungkan kepadanya berkomunikasi. Keburukannya ialah
jumlah kabel yang perlu digunakan untuk melaksanakannya. Dengan pemilihan pusat
lokasi yang baik untuk hub, kos boleh diminimakan dan ketahanannya meningkat.
Rangkaian topologi
star
Rangkaian
topologi pepohon (hierarcal)
Bersama
ketiga-tiga asas topologi ini, perekaan kombinasi cantuman (hybrid combination)
boleh dihasilkan. Yang selalu digunakan ialah hierarcal star-Rajah 2-8.
Dalam rekabentuk ini satu talian sahaja melalui daripada hub ke satu bilik
dimana diletakkan hub kedua. Kesemua komputer didalam bilik berkenaan
disambungkan ke hub kedua ini. Ini mengurangkan jumlah kabel yang diperlukan
untuk membina star yang sebenar. Dalam rekabentuk lain pula, satu sambungan
daripada hub di salurkan ke bilik darjah dan menyambungkan kesemua komputer di
dalam bilik berkenaan dalam bentuk bus kemudian satu lagi penghujung bus
disambungkan ke hub tadi.
Perekaan boleh
dibuat dalam pelbagai bentuk kombinasi cantuman. Pereka harus mengetahui dan
memahami kebaikan dan keburukan sebelum melaksanakannya.
Rangkaian
topologi pepohon
(main)