Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian.
Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:


    Fail pelayan
    Stesen kerja
    Kad antara muka
   Concentrators / Hab
    Pengulang (repeaters)
    Jambatan (Bridges)
    Router

FAIL PELAYAN
Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian. Ia merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi.
Fail pelayan mengawal komunikasi maklumat  di antara nod di dalam rangkaian. Contohnya, satu permintaan dari satu stesen kerja yang meminta program pemprosesan maklumat,  menerima  fail   data   dari   satu stesen kerja yang lain dan menyimpan mesej
e-mel pada masa yang masa. Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang menyimpan banyak maklumat dan berkongsi di dalam masa yang singkat.
 Fail pelayan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:


 1) mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro (Pentium, Power PC)
2) cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya 4 Gigabait
3) satu RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk menyimpan data
   selepas penggunakan disket
4) satu unit fail sandaran
5) beberapa slot perluasan
6) Kad antara muka yang pantas
7) Sekurang-kurangnya 32 MB RAM

STESEN KERJA
Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen kerja. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (Network Interface Card), perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu. Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan. Hampir semua komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.

KAD ANTARA MUKA RANGKAIAN (NIC)
Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC adalah bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada slot di dalam komputer. Beberapa komputer seperti Mac Classics menggunakan kotak luaran yang dilekatkan pada port bersiri atau  port SCSI. Komputer laptop biasanya menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan secara luaran ke port selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIA.
Kad antara muka rangkaian turut mempengaruhi kepantasan dan kebolehan sesebuah rangkaian.Adalah lebih baik menggunakan kad antara muka yang pantas seiring dengan jenis stesen kerja yang dijalankan. Tiga daripada kad antara muka rangkaian yang paling popular digunakan ialah kad Ethernet, penyambung LocalTalk dan kad Gelang Token.

CONCENTRATORS / HAB
Concentrator ialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah kabel dari stesen kerja, fail pelayan dan periferal. Di dalam topologi bintang, kabel pasangan berpintal disambungkan dari setiap stesen kerja ke titik tengah concentrator. Hab adalah concentrator slot yang pelbagai, yang mana kad pelbagai siri boleh disambungkan bagi menambahkan akses tambahan apabila rangkaian semakin berkembang saiznya. Beberapa concentrator adalah pasif di mana ia membenarkan isyarat melepasi satu komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan. Kebanyakan concentrator adalah aktif di mana ia mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat itu berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain.


Concentrators yang aktif lazimnya bertindak sebagai pengulang bagi memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu. Concentrators biasanya:
1)  Berpasangan dengan 8, 12 atau 24 RJ-45 port
2) Biasanya digunakan di dalam Topologi Bintang atau Bintang Cecincin
3) Dijual dengan perisian khas bagi pengurusan litar
4) Juga dipanggil hab
5) Biasanya dimasukkan (install) di dalam rak besi yang turut memuatkan netmodem,
    jambatan dan router

PENGULANG (REPEATER)
Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin kurang bertenaga. Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. Pengulang melakukan ini melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula. Pengulang boleh jadi sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator.Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan.
Satu contoh penggunaan pengulang baik ialah pada LAN yang menggunakan Topologi Bintang melalui kabel tidak berlapik pasangan berpintal. Had panjang yang dibenarkan ialah 100 meter. Konfigurasi yang paling lazim ialah penyambungan setiap stesen kerja melalui kabel pasang berpintal kepada concentrator port pelbagai aktif. Concentrator memberi tenaga kepada semua isyarat yang melaluinya dan membenarkan had jumlah panjang kabel pada rangkaian melebihi 100 meter.

JAMBATAN (BRIDGES)
Sebuah jambatan atau penghubung  berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian.
Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta.Kebanyak jambatan berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Jambatan turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu menyiarkannya pada rangkaian yang di sebelah.
Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. Jambatan turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan.

ROUTER
Sebuah router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. Ia boleh disamakan dengan jambatan yang bijak. Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas.
 Walaupun jambatan mengetahui alamat semua komputer di dalam rangkaian, router mengetahui alamat semua komputer, jambatan dan router yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. Router juga turut tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data melalui jalan pintas sehingga laluan kembali normal.
 Jika terdapat rangkaian LAN di sekolah yang hendak disambungkan dengan Internet, router merupakan jalan penyelesaiannya. Di dalam hal ini, router menjadi penterjemah di antara maklumat di dalam LAN dan Internet. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik untuk menghantar data ke Internet.
Router berupaya untuk:
1 ) Mengarahkan isyarat trafik dengan berkesan
2) Mengarahkan mesej di antara dua protokol
3) Mengarahkan mesej di antara rangkaian bas, bintang dan bintang cecincin
4) Mengarahkan mesej merentasi kabel fiber optik, koaksial dan kabel pasangan
    berpintal

 

Sistem pengoperasian sistem rangkaian

v     Unix

v     Windows NT

v     Windows 2000, XP

Bentuk-bentuk komunikasi yang boleh dilaksanakan melalui rangkaian berasaskan teks, suara dan video ialah:

v     Teks: internet, email

v     Suara: telefon, chat

v     Video: video conferencing, kamera digital

 

Contoh-contoh perisian aplikasi yang boleh digunakan untuk komunikasi  berasaskan teks, suara dan video ialah seperti notepad, internet explorer dan netscape navigator

 

Protocol Komunikasi dan Rangkaian

TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol – Protokol Kawalan Hantaran/Protokol Internet) –

~berbentuk berhierarki lebih drp berlapisan; kepentingan diberikan dalam menangani sambungan antarangkaian (yg mungkin berbeza); perkhidmatan tanpa sambungan (datagram dihantar tanpa sambungan dipersetujui); pendekatan kepada fungsi pengurusan sebagai protokol tinggi

 

FTP: (File Transfer Protocol) – protocol pemindahan fail

~Membolehkan pengguna menghantar fail/data daripada satu tempat kesuatu tempat yang lain.
Dua kaedah - Upload : hantar fail kita ke tempat lain.
Download : menerima atau mengambil fail/data dari tempat lain ke komputer kita.

 

HTTP: (Hypertext Transfer Protocol)  

~Protokol asas untuk sesebuah laman web yang mana ia juga digunakan untuk semua aplikasi client-server yang melibatkan pautan. Selalunya HTTP digunakan oleh web browser dan web server dan ia adalah fleksibel untuk format fail yang pelbagai.

SMTP: (Simple mail Transfer Protocol)

~Protocol yang digunakan untuk menghantar mesej email kepada server. Kebanyakkan system email menerusi internet menggunakan SMTP untuk menghantar mesej dari satu server ke server yang lain dan capaian semula boleh dilakukan dengan menggunakan klien email POP atau IMAP.

POP: (Post Office Protocol)

~Protokol yang digunakan untuk capaian semula email dari server. Kebanyakkan aplikasi-aplikasi email menggunakan protocol POP walaupun telah muncul protokol yang baru iaitu IMAP(Internet Message Access Protocol). Terdapat dua versi POP iaitu POP2 yang memerlukan SMTP to penghantaran mesej dan POP3 , tanpa memerlukan SMTP.

(main)