Main Page|KPT Website | Kerajaan Terengganu| Forum |GuestBook

 

ALTERNATIF SALURAN MINDA ISLAM

Suara Kampus Edisi Terengganu

 

BILANGAN 33 TAHUN  08 APRIL  / MEI 2002

ANTARABANGSA

 
 
 
 
 
 
Siri-Siri Kekejaman Israel
 
Oleh  Mahadi Bin Abdullah

      Pembunuhan dan penindasan yang dilakukan oleh Israel keatas rakyat Palestin bukan lah satu perkara baru. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah yang terburuk sejak termenterinya perjanjian damai antara Palestin dan Israel pada tahun 1993. Kalau di tinjau kepada sejarah sejak wujudnya negara haram Yahudi sejak hujung tahun 1947, pembantaian dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas Zionis mula berlaku di sebuah kampung bernama Baldatulshekh. Seramai 600 orang mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut kebanyakannya wanita dan kanak kanak.Bermula dari itulah siri siri kekejaman berlaku ke atas rakyat Palestin. Beberapa bulan selepas siri serangan berlaku di sebuah kampung Sa`sa` di Khalil dimana tentera Yahudi telah menyerang di tengah malam hari. Peristiwa ini berlaku pada 18 Febuari 1948.

Tragedi Dir Yassen

Serangan ini dilakukan pada pukul 2 pagi. Tentera pengganas telah merempuh masuk ke kampung Dir Yassen dengan melakukan kekejaman yang tak berperi kemanusiaan. Menurut saksi yang menyaksikan peristiwa itu, mereka telah menembak secara rambang disamping menggunakan bom untuk meletupkan rumah penduduk. Peristiwa ini berlangsung hingga ke petang hari seterusnya. Sebelum mereka meninggalkan kampung tersebut saki baki penduduk yang masih hidup dikumpulkan disatu tempat seterusnya ditembak beramai ramai. Jumlah yang terkorban dalam tragedi ini seramai 360 orang kebanyakannya orang tua wanita dan kanak kanak.

Tragedi Abu Shusha

Kampung Abu Shusa merupakan kampung yang hampir dengan Der Yassen. Sebaik saja tentera pengganas Yahudi keluar dari Der Yassen. Mereka telah menyerbu masuk dan merempuh serta menembak penduduk secara kejam. Seramai 50 orang terkorban kebanyakannya orang tua wanita dan kanak kanak.

Tragedi Di Allad

Pada 11 Julai 1948 sekumpulan komando pengganas Yahudi diketuai oleh Moshe Deyan memasuki bandar Allad . Dengan dilengkapi sejata api dan meriam mereka menembak secara rambang terhadap setiap penduduk yang lalu lalang. Keadaan mereka yang datang secara tiba tiba dan melakukan pembunuhan tanpa belas kasihan amat mengejutkan. Penduduk .penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri sementara ramai dikalangan mereka yang berlindug di masjid. Pengganas telah memburu penduduk seterusnya merempuh masuk ke dalam masjid bandar tersebut dan menembak penduduk yang berlindung di dalamnya. Angka yang terkorban seramai 426 orang . Baki yang masih tinggal telah diberi tempoh hanya setengah jam supaya meninggalkan bandar itu . Penduduk terpaksa meninggalkan tanah tumpah darah mereka dan menjadi pelarian tanpa apa -apa bekalan air maupun makanan. Lebih dahsyat lagi mereka terpaksa berjalan kaki menuju ke kem askar- askar Jordan di perbatasan Jordan. Akibat dari suasana ini tidak sedikit yang terkorban yang kebanyakannya wanita dan kanak kanak.

Tragedi Qabaih

Bilangan tentera pengganas yang terlibat dalam serangan ini seramai 600 orang. Mereka telah melakukan pembunuhan secara kejam . Mereka telah menembak secara membabi buta menyebabkan 76 orang telah terkorban sementera 57 buah bangunan telah dimusnah dan dihancurkan termasuk juga rumah kediaman masjid dan sekolah. Tragedi ini berlangsung hingga pagi pada hari seterusnya pada 15 oktobar 1953.

Tragedi Khan Yunus

Peristiwa ini berlaku pada 3 November 1956. Tentera pengganas melakukan pembunuhan kejam ke atas perkhemahan pelarian di Khan Yunus yang mengorbankan seramai 250 orang. Selepas 9 hari berikutnya siri kekejaman sekali lagi berlaku ditempat yang sama. Tentera Zionis membedil penduduk dalam perkhemahan.seramai 275 menjadi korban.sementara lebih dari 100 orang terkorban hasil pembunuhan kejam oleh tentera pengganas keatas perkhemahan pelarian Rafah yang berlaku pada hari yang sama.

Tragedi Aitrun Dan Sulha

Tragedi di Aitrun berlaku tahun 1974. Seramai 9 orang kanak kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 12 tahun terbunuh serta 3 yang lain cedera parah hasil letupan bom yang dilancarkan oleh Israel keatas kawasan penduduk. Sementara di Sulha pula sejumlah anak anak gadis yang terbunuh semuanya selepas ditembak beramai ramai oleh tentera pengganas yang tiada seorang pun yang terselamat.

Tragedi Sabra Dan Shatilla

Tragedi ini adalah yang paling tragis dalam sejarah Palestin. Jaguh pengganas yang mendalangi serangan ini ialah Areal Sharon yang pada ketika itu menjawat jawatan jeneral tentera Zionis. Sebenarnya perancangan serangan ini telah pun bermula pada hari yang pertama sejak berlakunya perang Israel dengan Lubnan pada tahun 1982. Tujuan utama seragan ini dilakukan adalah untuk menggerunkan pelarian disitu sekaligus akan mendorong mereka untuk meninggalkan Negara Lubnan. Serangan ini bermula ketika hampir terbenamnya matahari hari Khamis 16 September 1982. Operasi bersama antara tentera Militia Lubnan dengan tentera pengganas Zionis merempuh masuk kawasan perkhemahan Palestin di Sabra dan Shatilla. Atas perancangan bersama yang diketuai Areal Sharon, tentera Militia telah memasuki perkhemahan dan melakukan pembunuhan dan kekejaman yang diluar batas kemanusiaan ke atas penghuni yang berada diperkhemahan itu. Sementara tentera pengganas mengepung di luar kawasan perkhemahan bagi menghalang mana mana penghuni yang melarikan diri. Operasi penyembelihan yang amat kejam ini berlangsung selama tiga hari berturut turut hingga waktu Zohor pada hari Sabtu 18 September. Tragedi yang tragis ini telah mengorbankan jumlah yang amat besar sekali. Seramai 3500 orang terkorban yang kebanyakannya terdiri dari golongan wanita orang tua dan kanak kanak.

 

 

 

Artikel penuh di SUTRA 33 dipasaran.

 



Daftar Email
user@sutra.zzn.com
 

Nama Anda

         Kata Laluan

Sila Klik disini untuk pendaftaran Email SUTRA   

Kata Pujangga:

“Di atas kegagalan anda semalam, binalah bangunan kehidupan untuk hari esok. Letakkan batas-batas tujuan yang teguh, sediakan puing-puing raksaksa dari kejatuhan yang silam. Ukirlah menara-menara keazaman yang hebat bagi membenam lembah-lembah air mata kehampaan?"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This site powered by

Get a Free E-mail AddressGet ZZN