Main Page| KPT Website | Kerajaan Terengganu| Forum |GuestBook

BILANGAN 33 TAHUN 08 APRIL  / MEI  2002

 

ALTERNATIF SALURAN MINDA ISLAM

 

Laman SUTRA

CITRA SUTRA

  BALIK TABIR SUTRA

 FATWA BULAN INI

  SURAT PEMBACA

  KESIHATAN

  PSIKOLOGI

DAPUR SUTRA

PEJAM-PEJAM CELIK 

SENYUM SUTRA

LUGHATUL QURAN

JUMPA LAGI

Info Link


Bicara Hikmah:  
"Orang yang takut mendekati cinta (kasih sayang) ialah mereka yang takut dengan kehidupan dan mereka yang takut kepada kehidupan  pula seolah-olah menghadapi tiga macam kematian."

INFO&NEWS

Harakah OnLine

Tamadun

Muslimah OnLine

Alumni.net

Hizbi OnLine

AL-Azhar OnLine

AL-islam Online

PanduanGuru.Net

Download.com

Syukur.com

Nasyid.com

v

Soal Jawab Agama

INTERNET EXPLORER

JAVA SKRIPT (I)

JAVA SKRIPT(II)

MICROSOFT.COM

Internet Super Search
  

Bravenet Web Services

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This site powered by

   

FATWA

Solat Di Gereja 

Soalan Pertama :

(1) Apakah hukum menunaikan solat di gereja?

Jawapan:

Dalam permasalahan ini, Dr Yusof Al-Qardawi dalam Kitab Fatawa Muasarah jilid 1 telah menyatakan bahawa harus bagi seseorang Muslim untuk menunaikan solat di dalam gereja berdasarkan pada hadis Nabi (SAW) yang bermaksud: “Telah dianugerahkan padaku lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku- Nabi (SAW) menyebut salah satu dari lima perkara tersebut ialah: dan dijadikan bumi ini bagiku tempat sujud; suci lagi menyucikan. Maka mana-mana lelaki dari kalangan umatku apabila solat menjadi wajib keatasnya, hendaklah dia solat”.

Dari hadis ini diiktibarkan seluruh bumi atau tanah (yang suci dari najis) sebagai tempat sujud bagi seseorang Muslim dan merupakan tempat untuk sujud dan solat padanya. Tempat ini termasuklah gereja dan seumpamanya tetapi adalah lebih aula(baik/ afdal) dijauhi daripada solat di tempat-tempat seumpama ini kerana takutkan syubhah. Jika sekiranya tidak didapati tempat selain gereja atau seumpamanya maka dibolehkan solat padanya,

maka ketahuilah bumi ini adalah milik Tuhan dan seluruh bumi ini tempat sujud bagi orang Islam. Dan sesungguhnya Umar Al-Khattab itu hampir-hampir menunaikan solat di gereja yang bernama Al-Qiyamah ketika dikatakan padanya: “sembahyanglah olehmu” . Maka dia menjawab: “Tidak , aku tidak akan tunaikan solat di sini sehinggalah tidak datang orang-orang Islam selepasku lalu mereka berkata: di sini (Al-Qiyamah) Umar telah tunaikan solat”. Lalu mereka mengambilnya sebagai tempat sujud bagi orang Islam.

Isteri Memendekkan Rambut

  Soalan Kedua:

(1) Apakah hukum seseorang perempuan yang telah berkahwin menggunting atau memendekkan rambutnya?

Jawapan :

Telah dihuraikan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam Kitab Fatawa Al-Muasarah jilid 3 bahawa di sana ada jenis pemotongan atau pemendekan rambut yang tidak memberi kesan pada lelaki (suami). Sekiranya pemotongan itu dikira pemotongan yang sedikit yang menjadi adat seorang perempuan dari semasa ke semasa sehinggalah rambutnya tidak menjadi terlalu panjang dan menyusahkan perempuan itu menjaganya. Dan pemotongan atau pemendekan itu menjadi satu kebiasaan dari kebanyakkan wanita. Maka pemotongan jenis ini tidak perlu kepada keizinan suaminya.

Jika sekiranya jenis pemotongan yang merubah rupa seorang wanita dan kadang-kadang menjadi seolah-olah perempuan lain di hadapan suaminya . Dalam masa yang sama suaminya telah biasa dengan wajah isterinya yang sebelumnya itu. Maka pemotongan atau pemendekan jenis ini memerlukan keizinan dari suaminya sebelum merubahnya agar dapat dikekalkan kasih sayang antara suami dan isteri tersebut.

Haram bagi perempuan untuk menzahirkan rambutnya di jalanan (luar rumah) dan di hadapan lelaki ajnabi. Dan perempuan yang berakal ialah perempuan yang mengambil berat terhadap perkara-perkara yang boleh mengekalkan kasih sayang antara dia dan suaminya. Dengan itu akan lahirlah rumahtangga yang bahagia yang menjadi asas masyarakat Islam.

Rujukan : Kitab Fatawa Al-Muasarah oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi jilid 3 muka surat 572. Terjemahan : Ustaz Ahmad Munif Bin Mat Amin (Exco Dakwah KPT)

Percepat Dan Perlambatkan Haid

Soalan Ketiga :

Apakah hukumnya mempercepatkan atau memperlambatkan perjalanan haid

Jawapan :

Bagi permasaalahan ini, ulama berpendapat bahawa haram seseorang perempuan mempercepatkan dan melambatkan Haid.

Mereka berdalilkan:

1. Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka bertanya kepada kamu tentang Haid, katakan kepada mereka bahawa Haid itu adalah kotoran / penyakit”

Surah Al Baqorah ayat: 222

Di mana sebahagian ulama tafsir menafsirkan ayat tersebut dengan maksud: mereka bertanya tentang menyekat Haid.

2. Haid merupakan darah tabie ataupun semulajadi yang diciptakan oleh Allah bagi perempuan. Kemungkinan dengan menyekat perjalanan Haid akan membawa kemudharatan terhadap seseorang perempuan kerana ia merupakan lebihan dari tubuh badan seumpama najis dan air kencing. Jadi, melakukan perkara yang membawa kemudharatan diri adalah haram berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan”

Begitu juga, sabda nabi SAW yang bermaksud : Tiada mudharat dan perkara yang memudharatkan di dalam Islam”

3. Apabila seseorang perempuan mempercepatkan Haid dengan apa-apa cara, ia akan menyebabkan haram ke atasnya jimak, sembahyang, puasa, tawaf dan selainnya. Ini merupakan perkara yang dilarang kerana ianya adalah perbuatan/ kehendak manusia itu sendiri berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi kamu”

4. Jika sekiranya mempercepatkan dan melambatkan Haid bertujuan untuk maslahat seumpama untuk melakukan tawaf, menyempurnakan puasa sebulan dibulan Ramadhan ataupun ibadat selain dari itu. Jadi perbuatan ini akan menutup pintu kemudahan yang dikurniakan oleh syariat Islam. Perbuatan ini juga akan menafikan prinsip mengangkat kesempitan ( A’damul Haraj ) di dalam syariat Islam. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu dan tidak mengkehendaki kesusahan bagi kamu”

Kesimpulannya, berdasarkan dari dalil- dalil yang dikemukan tersebut, jelas kepada kita bahawa haram ke atas seseorang perempuan mempercepatkan dan melambatkan Haid.

Rujukan : Kitab Qadhaya Muashorah - Doktor Bilal Hamid Ibrahim Bilal

 

 

 

 

 

Get a Free E-mail AddressGet ZZN