Main Page|KPT Website | Kerajaan Terengganu| Forum |GuestBook

BILANGAN 33 TAHUN 08 APRIL  / MEI  2002

 

ALTERNATIF SALURAN MINDA ISLAM

 

Laman SUTRA

CITRA SUTRA

BALIK TABIR SUTRA

 FATWA BULAN INI

  SURAT PEMBACA

  KESIHATAN

  PSIKOLOGI

  DAPUR SUTRA

PEJAM-PEJAM CELIK

SENYUM SUTRA

LUGHATUL QURAN

 JUMPA LAGI 


Info Link


 Bicara Hikmah:  "Dunia dan akhirat itu ibarat dua wanita yang di madu. Apabila engkau senang (pada) salah satu (antara) keduanya, maka akan marahlah yang lain."

INFO&NEWS

Harakah OnLine

Tamadun

Muslimah OnLine

Alumni.net

Hizbi OnLine

AL-Azhar OnLine

AL-islam Online

PanduanGuru.Net

Download.com

Syukur.com

Nasyid.com

Soal Jawab Agama

INTERNET EXPLORER

JAVA SKRIPT (I)

JAVA SKRIPT(II)

MICROSOFT.COM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This site powered by

 
 
 

SOROTAN

India Dan Pakistan Berantakkan!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Oleh Asmawati Mohammad
Penolong Ketua Editor SUTRA

        Kedudukan Pakistan dan India begitu strategi yang mana, kedua-dua negara itu yang mempunyai kedudukan geografi yang baik telah berlaku cabar mencabar. Permandangan yang sungguh menyedihkan dan memilukan yang mana di wilayah perbatasan India-Pakistan, Khasmir. Khasmir yang telah lama menderita di tindas sekali lagi berpercikan bom. Di antara penduduk yang telah sekian lama tertangga, bersaudara, bahkan meyumbangkan kepada perpecahan disebabkan gelodak peperangan sedang membara di perbatasan.

Apa yang membimbangkan kedua-dua negara yang berseteru memiliki senjata nuklear yang bisa menghancurkan terus sasaran masing-masing. Presiden Bush pada 28 Disember 2001 yang lalu mengatakan bahawa beliau sedaya upaya untuk meredakan ketegangan antara dua kawasan tersebut. Dan beliau memberikan jaminan akan membantu bagi menghentikan eskalasi kegiatan meliternya antara India-Pakistan. Bush menegaskan lagi seharusnya India memahami bahawa Pakistan sedang berusaha menghancurkan organisasi-organisasi Islam militan. Terfikir oleh kita apakah ini sandiwara yang di mainkan oleh AS dalam mengaburi mata dunia. Dengan berpura-pura untuk menyelesaikan kebarantakkan negara-negara yang berkrisis. AS sering mencari peluang yang terbaik agar mereka dapat mencelah di mana-mana bahagian di negara-negara yang bergolak.

New Dehli menuduh Pakistan yang telah menganjurkan serangan tersebut. Kerana itulah India telah mengesa Pakistan agar menangkap dalangnya. Serta mengektradesi para pemimpin dua organisasi Islam militan ( Laskar Atthoyyiba dan Jaishu Muhammad-red ). Yang mana kedua-duanya itu dituduh India telah memimpin operasi serangan berdarah itu. Namun Pakistan dengan mudah menolak tuduhan itu. Kedua-dua negara itu telah menutup sebarang jalan udara juga darat yang boleh menghubungkan antara dua jiran itu. Ini merupakan perseteruan kali pertama selepas tahun 1971, yang mana kedua-dua negara ini pernah berperang.

Ketegangan yang semakin memburuk telah memaksa Pakistan-India menempatkan tenaga ketenteraan keselamatan di perbatasan masing-masing untuk posisi siap siaga. Malahan Pakistan juga akan menambahkan lagi militernya di perbatasan. Pakistan juga telah sedia memaklumkan secara rasmi kepada pihak Washington, AS. Yang mana akan memindahkan ketenteraannya di Afghanistan ke India sebagai persediaan perang dengan India. Di laporakan dalam detikcom Pakistan telah menempatkan 30 ribu hingga 40 ribu militernya.

Pada 13 Disember 2001 yang lalu ketegangan India-Pakistan semakin genting yang mana parlimen India telah diserang oleh sekumpulan pemuda yang bersenjata. India menuduh Pakistan bertangunggjawab atas insiden yang telah menewaskan 14 orang itu. Namun PAKistan Menegaskan pihaknya tidak terlibat dalam seranan tersebut.

Presiden Pervez Musharraf juga telah menghadiri satu pertemuan para pemimpin Asia Selatan di Nepal. Kehadirannya itu adalah untuk Kerjasama Regioanal (SAARC) itu di Kathmandu. Presiden Pakistan Prevez Musharraf dan Perdana Menteri Atal BetariVajpyee, dalam rangka pertemuan mereka yang memakan masa selama satu setengah jam itu jauh lebih lama dari apa yang di duga. Kedua pihak itu telah menyimpulkan kepada pertemuan ringkas itu sebagaikostruktif dan positif”.

Negara-negara membangun telah mengesakan kedua negara itu berdamai dengan mengadakan perundingan yang sewajarnya dengan matang. Bagi negara 8 telah pun menyatakan keprihatinan mereka di atas terjadinya eskalasi ketegangan antara India dan Pakistan. G8 juga menyelar pertemuan di Moskwa ( Rusia ), yang mana secara khusus mengadakan perbincangan dengan pihak Pakistan agar mengambil langkah-langkah lebih lanjut untuk bertindak terhadap kelompok pelampau India. Ternataya kini bukan AS sahaja mendalangi Pakistan, namun Rusia juga cuba untuk menjadi batu api kepada pihak Pakistan yang semestinya sedang marak perasaan berangnya terhadap India.

Ada berita yang menyatakan kedua pihak sebenarnya telah melakukan desakan untuk mengadakan rundingan dengan menarik tentera India di perbatasan. Pakistan dengan teganya mengajak India duduk sama di meja rundingan dalam rangka menghindarkan kemungkinan perang besar akan tercetus. “ Kami ingin mereka (India) menarik pasukannya, sehingga kami juga dapat menarik kembali pasukan kami ke lokasi-lokasi masa damia,” demikian kata juru cakap Deplu Pakistan Aziz Ahmed Khan dalam wawancara dengan Radio British Braodcasting Corportion (BBC).

Jika kita terbaca akan sejarah peperangan antara dua negara tertangga itu, selepas penjajahan Inggeris pada tahun 1947, India dan Pakistan sudah tiga kali terlibat dengan peperangan. Jika kita menyelidiki akan apa yang telah tercetus, ini semuanya seolah-olah mempunyai parancangan yang kemas dari satu pihak yang sengaja menyungkil permasalahan agar cetusan perang antara India dan Pakistan bisa menutupi gangguan di Afghanistan yang sedang marakAdakah ini juga komplot AS, bagi menutup kedangkalan mereka terhadap Osama Laden?

 

Artikel penuh SUTRA.

 

 

 

 

Get a Free E-mail AddressGet ZZN