Main Page|KPT Website | Kerajaan Terengganu| Forum |GuestBook

 

ALTERNATIF SALURAN MINDA ISLAM

Suara Kampus Edisi Terengganu

 

BILANGAN 33 TAHUN 08  APRIL  / MEI  2002

ULASAN BUKU

ISLAM: Diantara Kejahilan Penganutnya Dan Kelemahan Ulamanya

 

Oleh Mohd Shahrizan Mohd Noor

 

Tajuk : Islam : Di Antara Kejahilan Penganut Dan Kelemahan Ulamanya

Pengarang : As– Syahid Abdul Qadir Audah

Penerbit : Muassasah Risalah

Muka surat : 171

            

 

 

              Penulis buku ini adalah seorang yang tidak asing lagi di dalam arena gerakan Islam. Karangan beliau yang berjudul TasyrieAl-jinaie Islami menjadi rujukan utama terutama dikalangan para pengkaji dan penggubal undang-undang disamping beberapa karangan yang lain diantaranya buku yang akan dibincangkan ini.

Penulis membahagikan buku ini kepada dua fasal utama. Di dalam fasal pertama, beliau membincangkan tentang perkara yang wajib diketahui oleh seorang muslim. Beliau menyatakan bahawa di zaman mutakhir ini umat Islam sentiasa berbangga dengan Islam tetapi yang amat mendukacitakan mereka sebenarnya jahil tentang hukum-hukam Islam serta mengabaikannya.

Seterusnya beliau menyatakan bahawa hukum Islam disyariatkan meliputi kesejahteraan dunia dan kebahagiaan akhirat. Disamping itu juga, syariat Allah adalah syariat yang tidak boleh dibahagi-bahagikan antara satu sama lain. Di dalam fasal ini juga, beliau menyentuh tentang beberapa bentuk perbezaan asasi antara syariat Islam dan undang-undang manusia diantaranya;

Syariat Islam adalah daripada Allah manakala undang-undang adalah hasil ciptaan manusia.

Undang-undang adalah suatu dasar yang boleh berubah dan bersifat sementara manakala syariat Islam sentiasa tetap dan fleksibel.

Peranan dan aspirasi syariat Islam ialah untuk menyusun masyarakat, melahirkan individu-individu yang soleh seterusnya menjadikan sebuah negara contoh dan terbaik.

Di akhir fasal ini, penulis menerangkan beberapa prinsip penting apabila berlaku pertembungan antara syariat Islam dan undang-undang.

Di dalam fasal kedua, beliau menyatakan tentang sejauh manakah pengetahuan orang-orang Islam terhadap agama mereka. Penulis membahagikan mereka kepada tiga golongan iaitu:

Golongan tidak berpendidikan termasuk mereka yang mempunyai pengetahuan yang dangkal tentang syariat Islam.

Golongan yang mendapat pendidikan Barat, mempunyai tahap pemikiran intelektual.

Golongan yang berpendidikan Islam.

Di dalam fasal ini juga, beliau menolak beberapa dakwaan dan tohmahan terhadap syariat Islam yang dilemparkan oleh golongan berpendidikan Barat (Eropah) iaitu:

Dakwaan bahawa agama Islam tidak mempunyai hubungan dengan hukum-hakam.

Dakwaan bahawa beberapa hukum Islam bersifat sementara.

Dakwaan bahawa beberapa hukum Islam tidak lagi sesuai dilaksanakan di zaman ini kerana kelemahan negara itu sendiri disamping wujudnya segelintir non-muslim.

Di akhir buku tersebut, penulis menyatakan peranan dan tangggungjawab sebenar yang perlu dipikul oleh semua golongan untuk meletakkan Islam di tempat yang sebenarnya.Tanggungjawab majoriti orang-orang Islam, kerajaan Islam, pemimpin negara dan ulama-ulama Islam mestilah sentiasa seiring dan bersama. Khususnya para ulama Islam, tugas dan perintah seruan yang diamanahkan hendaklah disampaikan dengan ikhlas dan penuh hikmah.

 

 

 

 

Artikel penuh  SUTRA. 

 



Daftar Email
user@sutra.zzn.com
 

Nama Anda

         Kata Laluan

Sila Klik disini untuk pendaftaran Email SUTRA 

 

Kata Pujangga  

"Apa yang perlu dikatakan 
apabila anda 
berbicara dengan diri sendiri"

- Shah Helmstetter

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This site powered by

Get a Free E-mail AddressGet ZZN