| 2.3 DASAR TAMADUN ISLAM | |
|
[PENGENALAN][KESELAMATAN AGAMA][MEMELIHARA NYAWA/JIWA][MEMELIHARA AKAL] |
|
| PENGENALAN
Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuklah lain-lain makhluk ciptaan-Nya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara keselamatan agama, memelihara nyawa atau jiwa, memelihara keselamatan akal, memelihara maruah atau keturunan, memelihara harta benda dan memelihara hak dan kebebasan
|
|
|
2.3.1
Memelihara Keselamatan Agama Salah satu daripada fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam roh dan alam ketuhanan. Sejak kelahiran Adam a.s hingga hari ini, beribu agama kalau tidak berjuta telah menjelma di dunia ini. Sama ada agama yang hak iaitu wahyu daripada Allah S.W.T yang berakhir dengan Islam atau agama yang batil iaitu ciptaan manusia yang menyembah sesuatu yang lain daripada-Nya. Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu yang sentiasa hendak beragama, maka Allah S.W.T telah memberikan kebebasan beragama. Soal penganutan agama-agama adalah menjadi hak asasi manusia. Antara satu sama lain tidak boleh memaksa atau menggunakan kekerasan untuk mempercayai apa yang dianutinya. Satu ungkapan pendek tetapi penuh bererti telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran, terjemahannya:
Tidak
ada paksaan dalam beragama.
(
Surah al-Baqarah 2:256 ) Oleh kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota masyarakat itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang adil, aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat serta menyerah diri kepada Allah S.W.T yang maha Esa dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Lebih-lebih lagi secara pasti segala suruhan-Nya seratus peratus untuk kebaikan dan kebajikan manusia sejagat. Sebaliknya meninggalkan segala larangan-Nya juga untuk memelihara keselamatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan. Jesteru itu prinsip utama tamadun Islam ialah untuk memelihara keselamatan agama seperti pencegahan berlakunya penyelewengan ajaran Islam contohnya ialah ajaran sesat dan budaya murtad.
|
|
|
2.3.2
Memelihara Nyawa atau Jiwa Tamadun Islam juga berprinsipkan untuk menjamin keselamatan setiap nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Sebab itulah tamadun Islam melarang pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri orang lain. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada mara bahaya sentiasa digalakkan oleh tamadun Islam daripada sebarang tindakan yang boleh mencederakan fizikal orang lain. Allah S.W.T menerangkan hal ini dalam ayat, terjemahannya:
Dan
janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri, Sesungguhnya Tuhan itu penyayang
padamu.
( Surah an-Nisaa 4:29 ) Larangan membunuh telah diperketatkan lagi dengan memberi peringatan yang memberi kesan yang mendalam kepada diri dan psikologi setiap insane. Al-Quran telah terlebih dahulu memberikan gambaran yang buruk terhadap perbuatan membunuh dengan memaparkan kesan daripada jenayah itu. Ia bukan sahaja bererti membunuh seorang manusia, tetapi bererti membunuh seluruh makhluk manusia. Dalam erti kata seorang ialah sebahagian daripada makhluk manusia. Makhluk manusia itu ialah satu dalam erti kata perpaduan, kesatuan dan kerjasama antara satu sama lain. Mereka saling perlu-memerlukan untuk menyempurnakan perjalanan dan kelicinan hidup masyarakat manusia. Sebab itulah membunuh walaupun diri sendiri melambangkan pembunuhan makhluk manusia pada keseluruhannya. Hal ini disebabkan, ia telah mengurangkan satu anggota masyarakat. Larangan ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:
Barang
siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau
kerana membuat bencana dalam negeri, maka ertinya orang itu talah membunuh
manusia seluruhnya.
|
|
|
2.3.3
Memelihara Keselamatan Akal Oleh kerana mulia dan tingginya darjat akal yang membezakan manusia daripada haiwan, maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan dan kesejahteraannya. Sebab itulah tamadun Islam telah mengharamkan minuman keras kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan fikiran. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : Wahai
orang yang beriman! Sesungguhnya minuman arak, berjudi, (berkorban) untuk
berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu, agar kamu mendapat
keberuntungan. ( Surah al-Maa’idah 5:90 )
|
|
|
2.3.4
Memelihara Maruah Atau Keturunan Fitrah semula jadi manusia selanjutnya ialah suka kepada berketurunan dan mempunyai cahaya mata. Malangnya sejarah telah mencatatkan bahawa sejak zaman jahiliah budaya pembuangan dan pembunuhan anak berleluasa. Untuk memelihara generasi manusia daripada pupus, tamadun Islam memperundangkan sesuatu untuk menyekat kemungkinan budaya itu terus berlaku. Pada masa kini, dunia dikejutkan dengan pelbagai gejala social seperti budaya bohsia dan bohjan yang berakhir dengan pengguguran dan pembuangan anak luar nikah dan sebagainya. Untuk memelihara kesinambungan generasi manusia, tamadun Islam telah mengharamkan segala punca yang membawa kepada zina dan perbuatan pengguguran dan pembuangan anak. Hal ini dijelaskan dalam ayat, terjemahnnya : Dan
janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang
akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya
membunuh mereka satu dosa yang besar.
|
|
|
2.3.5
Memelihara Harta Benda Fitrah
semula jadi manusia juga ialah suka untuk mencari harta kekayaan. Jesteru
itulah tamadun Islam menggalakkan manusia melakukannya. Hal ini dijelaskan
oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : Dan
tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari
akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik
sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan
kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
melakukan kerosakan.
( Surah al-Qasas 28:77 )
Setelah jaminan kebebasan untuk mencari harta benda dengan cara
yang halal diperundangkan, harta yang diusahakan itu mestilah halal dari
segi cara ia diperoleh, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan.
Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : Orang
yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan Allah,
maka hendaklah diberikan khabar balasan dengan azab yang pedih. Pada hari
mereka dibakar muka, rusuk dan punggung mereka, seraya dikatakan kepadanya
inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk diriku. Maka rasailah balasan
yang kamu simpan dahulu. ( Surah
at-Taubah 9:34 -35 )
Untuk
memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi
individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada
sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini
diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : Lelaki
dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai
pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada
Allah. ( Surah
al-Maa’idah 5:38 )
|
|
|
2.3.6
Memelihara Hak Dan Kebebasan Tamadun
Islam juga memelihara hak dan kebebasan manusia yang dibahagikan kepada
dua bahagian utama iaitu hak Allah S.W.T dan hak manusia : HAK ALLAH Kebebasan
yang ada kaitannya dengan hal Allah S.W.T merupakan kebebasan manusia
daripada sebarang bentuk pengabdian diri selain Allah S.W.T dalam erti
kata yang lain, konsep kebebasan yang ada kaitannya dengan Allah S.W.T
ialah pentauhidan terhadap-Nya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T
dalam ayat, terjemahannya : Kepada-Mu
lah tempat kami sembah dan kepada-Mu lah juga tempat kami meminta
pertolongan. ( Surah
al-Fatihah 1:5 ) Tamadun Islam
juga menjamin hak dan kebebasan berkaitan dengan hak Allah S.W.T melalui
tiga cara : Kebebasan
daripada Taklid Telah
menjadi kegemaran dan tabiat manusia itu sendiri yang suka mengikut apa
yang telah menjadi tradisi bagi mereka. Tradisi dan adat pusaka yang
bertentangan dengan akidah,syarak dan akhlak ialah belenggu yang
membendung dan mengikat akal manusia daripada berfikir secara rasional dan
matang. Tamadun Islam datang untuk memerdekakan manusia daripada belenggu
yang menindas akal mereka.
Pematuhan kepada isme-isme yang beraneka corak pada masa kini
seperti sekularisme dan sebagainya juga merupakan penjajahan akidah dan
pemikiran yang sentiasa diperjuangkan penghapusannya oleh tamadun Islam.
Isme-isme itu hanya buah fikiran pendeta dan ahli falsafah yang sesat. Hal
ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : Mereka
menjadikan orang yang alim dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan selain
Allah S.W.T. ( Surah
at-Taubah 9:31) Alam
Bukti Kewujudan Allah S.W.T Sebelum
manusia sampai ke tahap penerimaan segala yang terkandung dalam al-Quran
tentang sifat ketuhanan Allah S.W.T, mereka dikehendaki meneliti, merenung,
berfikir dan menjalankan penyelidikan terhadap kejadian alam kerana dengan
berbuat demikian kelak akan mencetuskan keimanan yang kuat dan unggul
terhadap kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya. Kebebasan
daripada Kesesatan Akal
manusia hanya terbatas kekuasaannya di ruang alam benda. Sedangkan
perkara-perkara ghaib, alam roh dan hal ketuhanan bukan urusan dan bidang
yang dapat diterokai oleh akal. Jesteru itu, mahu tidak mahu, dia mesti
patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran yang merupakan wahyu
daripada Allah S.W.T. HAK MANUSIA Kebebasan
yang ada kaitannya dengan hak manusia daripada kaca mata tamadun Islam
ialah seperti berikut : Kebebasan
Bergerak Kemerdekaan
bergerak dan bertindak merupakan satu perkara yang menjadi hak asasi
manusia yang dijamin oleh tamadun Islam. Kebebasan bergerak dan bertindak
yang dijamin oleh tamadun Islam selagi tidak bertentangan dengan akidah,
syarak dan akhlak. Kebebasan
Bersuara Islam
menganggap bahawa kebebasan bersuara dan kebebasan mengeluarkan buah
fikiran merupakan hak asasi manusia. Setiap manusia mempunyai bakat semula
jadi yang dapat diperkembangkan sehingga boleh mengeluarkan fikiran yang
bernas dan bermutu. Buah fikiran yang bermutu inilah yang menghasilkan
tamadun yang bermutu tinggi asalkan ia berasaskan kepada akidah, syarak
dan akhlak. Kebebasan
Berpersatuan Kewajipan
melaksanakan konsep syura dalam Islam ialah bukti yang nyata bahawa umat
Islam diberi kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan. Hala ini
dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : Dan
bagi orang yang menerima (mematuhi) suruhan-Nya dan mendirikan sembahyang
dan urusan mereka (diputuskan) dengan syura antara mereka. ( Surah
asy-Syura 42:38 ) Kebebasan
Beragama Tamadun
Islam memperjuangkan kebebasan beragama seperti yang dijelaskan oleh Allah
S.W.T dalam ayat, terjemahannya: Tiada
paksaan (memasuki) agama Islam. Sesungguhnya telah jelas yang benar dari
jalan yang salah.
(
Surah al-Baqarah 2:256 ) Dakwah
berhikmah diwajibkan oleh Islam iaitu dengan pujukan dan dakwah yang lemah
lembut sahajalah merupakan jalan yang paling baik untuk menyeru mereka
untuk menganut Islam. Hikmah yang dimaksudkan di sini ialah memberikan
dalil-dalil yang jelas yang dapat menghilangkan segala keraguan tentang
kebenaran Islam.
Sesungguhnya
tamadun Islam itu mempunyai prinsip yang jelas dan bertepatan dengan
fitrah semulajadi manusia. Ia memperjuangkan pemeliharaan keselamatan
agama, nyawa, jiwa, akal fikiran, maruah, keturunan, harta benda, hak dan
kebebasan. Sebab itulah tamadun Islam mengatasi semua tamadun yang pernah
lahir di atas muka bumi ini sama ada sebelum atau selepasnya.
|
|
[PENGENALAN][KESELAMATAN AGAMA][MEMELIHARA NYAWA/JIWA][MEMELIHARA AKAL] [MEMELIHARA MARUAH/KETURUNAN][MEMELIHARA HARTA BENDA]
|