PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
  •                Ciri-ciri perbezaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari konteks teologi dan etika. Sebagai contoh persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep tuhan pencipta

 

  • Islam, Kristian dan yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayan monoteisme mereka berbeza anatara satu sama lain.

 

  • Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat. Pencanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku anatara satu tamadun dengansatu tamadun yang lain, tetapi boleh berlaku dalam sesebuah tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri.

 

  • Dalam konteks melihat persamaan dan perbezaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan.
PERSOALAN PERSAMAAN PERBEZAAN
 

ALAM SEKITAR

 

 

  • Hidup secara harmoni
  • Alam sekitar adalah anugerah tuhan, manusia adalah bertanggungjawab sebagai khalifah untuk menjaganya.

 

  • Terdapat dalam beberapa tamadun yang memelihara alam sekitar diberikan penafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan di anggap sebagai "Divine Power"
KELUARGA
  • Keluarga adalah sebagai asas pembentukan masyarakat
  • Menurut konfucianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan kekeluargaan yang paling penting
  • Islam amat menekankan tentang kasih sayang dan hormat menghormati.
KOMUNITI
  • Komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia.
  • Komuniti memastikan nilai-nilai dan norma masyarakat sentiasa dihormati.
  • Dapat memberi sokongan moral,material, dan psikologi kepada anggota.
  • Dalam sejarah tamadun dapat dilihat bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhime
KERAJAAN
  • Menekankan persoalan akhlak dan moral sebagai dasar sesebuah kerajaan.
  • Sifat raja adil dan saksama merupakan tema utama tamadun-tamadun
 
KEGIATAN EKONOMI
  • Berlaku dalam konsep "Moral semesta"
  • Wujud konsep hak-hak kehidupan
  • Buddhidme wujud hak-hak kehidupan yang termaktub dalam salah satu "eight fold path".
  • Dalam ajaran Islam wujud Halal dan Haram yang mempunyai kaitan dengan akhlak.
PENDIDIKAN
  • Pembinaan sifat-sifat seseorang
  • Manusia tidak digalakkan mengusai persekitaran luaran tampa perubahan dalaman.

 

 

  • Dalam islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia.
  • Dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran Hindu, tranformasi sifat(Character) dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.
KESIHATAN
  • Mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang saksama.
  • Konsep kesihatan tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama

 

                     

1