![]() |
![]() |
SEJARAH SEKOLAH...sekolah bersejarah sejak 1942 |
Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1, telah dibina pada tahun 1952, dikenali sebagai Government Primary School Tanjung Aru. Pembinaan ini diasaskan oleh kerajaan British yang pada waktu itu memerintah negeri Sabah. Penubuhan sekolah ini adalah atas kemahuan dan permintaan penduduk disekitar Pekan Tanjung Aru. Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru adalah sekolah kerajaan yang memiliki keunikannya yang tersendiri. Selain merupakan sekolah kerajaan yang tertua di daerah Kota Kinabalu, penempatan blok bangunan sekolah ini terbahagi kepada 2 kawasan utama. Kedua-dua kawasan bangunan ini dipisahkan oleh padang sekolah. Wujudnya pembinaan bangunan yang terpisah adalah disebabkan pada asalnya sekolah ini mempunyai 2 pentadbiran yang berlainan. Bahasa pengantarnya juga berbeza iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Blok bangunan yang pertama dibina pada tahun 1942 dikenali sebagai Government Primary School Tanjung Aru dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Pada tahun 1954 blok bangunan yang kedua dibina bersebelahan dengan padang sekolah. Bangunan ini siap untuk digunakan setahun kemudian iaitu pada tahun 1955. Blok bangunan ini dikenali dengan nama Government Primary English School Tanjung Aru ( G.P.E.S ) dan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai baha pengantar. Pada Tahun 1957, SM.Maktab Sabah ditubukan dan menumpang bangunan SK.Tanjung Aru sebagai kelas sementara pada sebelah petang. Mulai tahun 1970, Government Primary School English Tanjung Aru, telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk Darjah 1. Menjelang tahun 1976. Kedua-dua blok ini telah bergabung dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penagantar. Nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Aru. Nama sekolah bertukar sekali lagi kepada SK.Tanjung Aru 1, apabila SK. Tanjung Aru 2, ditubuhkan pada tahun 1995. |
![]() |
SKTA1 XBA 4061 |