
From Keadilan http://keadilan.org
Boikot TV3, Utusan Meloya dan NST
(FAQ Version)
Tarikh pelancaran 1 Feb 2000 Masa 3
petang
Pejabat KeADILan Gombak, Desa Melawati, Kuala Lumpur
Menjelang Pilihanraya Umum kesepuluh yang
baru berlalu, pihak media arus utama negara ini yang
dikuasai kerajaan dan dimiliki oleh syarikat-syraikat
yang rapat hubungannya dengan parti pemerintah (Barisan
Nasional) telah memperlihatkan betapa hinanya tindak
tanduk yang sanggup mereka lakukan demi mencapai tujuan
politik mereka. Mereka sanggup melakukan apa sahaja -
termasuklah secara terang-terangan melanggar etika
kewartawanan - asalkan tujuan politik mereka tercapai.
Media tempatan ini telah memutar belit fakta, dan
menggunakan cara mengancam dan menggertak untuk memaksa
para pengundi supaya mengundi pihak kerajaan yang
berkuasa. Islam telah digambarkan sebagai agama yang
zalim dan undang-undang Islam digambarkan sebagai
bersifat primitif dan liar. Media tersebut juga
menakut-nakutkan rakyat dengan membuat ramalan bahawa
rusuhan dan sengketa kaum akan tercetus - sama seperti
yang terjadi 30 tahun lalu pada tahun 1969 - jika
kerajaan yang ada gagal mempertahankan kelebihan suara
dua pertiga.
Nyatalah bahawa media tempatan telah memainkan peranan
penting dalam mengelirukan dan menakut-nakutkan rakyat
umum negara ini. Media yang sepatutnya menjadi suara hati
nurani rakyat, sebaliknya menjadi penyebab dan talibarut
dalam kegiatan mengancam rakyat yang mengeruhkan keadaan
- semuanya merupakan kegiatan yang bersifat jenayah.
Media yang dikuasai kerajaan ini tidak lagi menjadi
sumber maklumat yang bertanggungjawab dan berwibawa.
Mengapakah Inisiatif Boikot ini
Perlu?
Sebenarnya, kebencian rakyat terhadap media arus utama di
kalangan rakyat sudah tercetus sejak lama. Oleh kerana
itulah, jumlah edaran akhbar-akhbar tersebut dan bilangan
penonton (digambarkan oleh "rating") siaran
berita stesen-stesen TV tempatan merosot dengan
banyaknya. Tetapi, kerana organisasi-organisasi media ini
mendapat sokongan dan tunjangan dari syarikat kroni yang
besar dan dari kerajaan sendiri, maka kegiatannya dapat
diteruskan meskipun dalam keadaan yang payah sekali.
Syarikat-syarikat media tersebut tidak mengindahkan
apakah pandangan rakyat terhadap mereka. Sebaliknya
mereka lebih memihak kepada syarikat yang memilikinya dan
parti politik yang memerintah. Malah sewaktu tercetusnya
ura-ura bahawa suatu boikot media akan dilancarkan, ada
para petugas di syarikat-syarikat media itu yang dengan
sombongnya menyatakan bahawa mereka tidak gentar dengan
langkah tersebut kerana, menurut mereka, usaha memboikot
media negara ini "tidak pernah berjaya".
Apakah yang Hendak Dicapai oleh
Boikot Ini?
Tujuan kita yang yang utama ialah untuk menyampaikan
perutusan kepada organisasi-organisasi media tersebut
bahawa mereka tidak wajar bersikap bongkak terhadap
rakyat umum. Media merupakan salah satu institusi sosial
yang paling penting dalah sistem pemerintahan demokrasi,
memungkinkan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan
sepenuhnya untuk mereka dapat membuat pilihan yang
saksama antara pelbagai pihak yang menawarkan pelabagai
dasar dan pendekatan. Media tidak boleh bertolak dari
anggapan bahawa rakyat umum itu tolol dan boleh
dipermain-mainkan sesuka hati.
Berdasarkan struktur penguasaan dan pemilikan syarikat
media di negara ini, mungkin tidak realistik untuk
mengharapkan media tempatan melaksanakan kewartawanan
yang seratus peratus bebas. Tetapi, realiti tersebut
tidaklah pula boleh ditafsirkan oleh pihak media itu
sendiri sebagai kesempatannya untuk melaporkan berita
satu pihak sahaja dan menafikan pihak yang lainnya,
memutar belit berita suatu pihak dengan tujuan untuk
memburuk-buruk mereka secara yang tidak wajar, dan secara
sedar membuat kutipan yang tidak tepat tentang kenytaan
pihak tertentu dan kemudian memutarbelitkan laporannya,
dan sebagainya.
Ringkasnya, kewartawanan yang tidak beretika dan tidak
bermoral ini tidak dapat diterima oleh rakyat negara ini.
Dan kami ingin mengingatkan pihak media bahawa kewujudan
mereka sebenarnya bergantung pada ehsan rakyat yang
menjadi "pelanggan" mereka, yang sepatutnya
mereka khidmati secara profesional, adil dan berakhlak.
Mereka tidak mempunyai hak untuk menyalahgunakan peranan
mereka dan menodai tanggungjawab yang telah diamanahkan
oleh rakyat kepada mereka.
Apakah yang Hendak Dicapai oleh
Boikot Ini?
Tujuan kita yang yang utama ialah untuk menyampaikan
perutusan kepada organisasi-organisasi media tersebut
bahawa mereka tidak wajar bersikap bongkak terhadap
rakyat umum. Media merupakan salah satu institusi sosial
yang paling penting dalah sistem pemerintahan demokrasi,
memungkinkan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan
sepenuhnya untuk mereka dapat membuat pilihan yang
saksama antara pelbagai pihak yang menawarkan pelabagai
dasar dan pendekatan. Media tidak boleh bertolak dari
anggapan bahawa rakyat umum itu tolol dan boleh
dipermain-mainkan sesuka hati.
Berdasarkan struktur penguasaan dan pemilikan syarikat
media di negara ini, mungkin tidak realistik untuk
mengharapkan media tempatan melaksanakan kewartawanan
yang seratus peratus bebas. Tetapi, realiti tersebut
tidaklah pula boleh ditafsirkan oleh pihak media itu
sendiri sebagai kesempatannya untuk melaporkan berita
satu pihak sahaja dan menafikan pihak yang lainnya,
memutar belit berita suatu pihak dengan tujuan untuk
memburuk-buruk mereka secara yang tidak wajar, dan secara
sedar membuat kutipan yang tidak tepat tentang kenytaan
pihak tertentu dan kemudian memutarbelitkan laporannya,
dan sebagainya.
Ringkasnya, kewartawanan yang tidak beretika dan tidak
bermoral ini tidak dapat diterima oleh rakyat negara ini.
Dan kami ingin mengingatkan pihak media bahawa kewujudan
mereka sebenarnya bergantung pada ehsan rakyat yang
menjadi "pelanggan" mereka, yang sepatutnya
mereka khidmati secara profesional, adil dan berakhlak.
Mereka tidak mempunyai hak untuk menyalahgunakan peranan
mereka dan menodai tanggungjawab yang telah diamanahkan
oleh rakyat kepada mereka.
Apakah Tujuan Khusus Boikot Ini?
Sesuatu boikot yang berjaya mestilah mempunyuai tujuan
khusus yang jelas - misalnya untuk menghukum sesebuah
syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk itu sehingga
menjadi bangkrap. Namun boikot yang dilancarkan terhadap
terhadap media tidaklah dilakukan dengan tujuan khusus
yang demikian. Kami berpendapat bahawa sesebuah syarikat
media yang menyalahgunakan peranannya dengan sendirinya
akan menanggung akibatnya jika rakyat yang menjadi
pelanggannya tidak lagi memberi sokongan. Oleh yang
demikian, tujuan khusus inisiatif bioikot ini lebih
merupakan suatu proses "pendidikan politik
demokrasi" terhadap rakyat negara ini.
Inisiatif ini akan dianggap berjaya jika rakyat umum
menjadi lebih sedar tentang peranan media, tentang sifat
kewartawanan yang dilaksanakannya, serta menjadi pembaca
dan pengguna media yang lebih kritis terhadap jenis
maklumat yang diterimanya. Rakyat yang lebih kritis dan
lebih sedar tentang haknya itulah yang akan
"menghukum" organisasi-organisasi berita yang
tidak beretika itu - bukan penganjur boikot.
Media yang Manakah yang Menjadi
Sasaran Boikot Ini?
Sebuah badan bebas yang dinamakan Jawankuasa Bertindak
Monitor Media telah dibentuk untuk melaksanakan
kegiatan-kegiatan mencabul etika kewartawanan di kalangan
media negara ini. Jawatankuasa ini mendapat sokongan dan
restu daripada parti-parti politik dalam Barisan
Alternatif - PAS, KeADILan, DAP dan PRM - serta sejumlah
badan-badan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan
sekerja, dan persatuan-persatuan dari seluruh pelusuk
negara. Jawatankuasa telah mengambil inisiatif untuk
menyeru semua rakyat negara ini agar turut serta dalam
melaksanakan boikot terhadap:
* The New Straits Times, * Utusan Malaysia, dan * Berita
TV3
Tiga organisasi ini dianggap organisasi media yang paling
besar dosanya dalam mecabuli kemurnian peranan media di
negara ini. Jawatankuasa juga juga menyeru rakyat negara
ini agar memboikot syarikat-syarikat yang menyiarkan
iklan untuk menyokong BeritaTV3, kerana tanpa sokongan
para pengiklan ini Berita TV3 tidak akan dapat
melansungkan kewartawanan yang tidak berakhlak dan
bermoral.
Dengan menumpukan boikot ini secara khusus terhadap tiga
organisasi media tersebut kami tidaklah menyatakan bahawa
organisasi-organisasi media arus utama yang lainnya tidak
melakukan kesalahan. Sebenarnya Jawatankuasa ini turut
juga mengemukakan amaran kepada akhbar-akhbar dan stesen
tv lainnya - yang sebenarnya hampir sama sahaja sifatnya
- bahawa jika mereka terus mengamalkan kewartawanan
mereka yang keji itu Jawatankuasa tidak akan teragak-agak
untuk memasukkan mereka dalam senarai media yang turut
diboikot.
Bilakah Boikot Bermula - dan
Berakhir?
Boikot akan bermula pada 1hb Februari 2000, dan akan
berlangsung selama tiga bulan pada mulanya. Setelah itu
suatu "kajian semula" akan dilakukan. Jika
didapati bahawa tiga media tersebut tidak juga mengubah
sifat buruk mereka maka boikot tersebut akan diteruskan
hingga ke suatu waktu yang akan ditentukan kelak. Malah
media lain juga boleh diikutsertakan dalam senarai boikot
itu pada bila-bila masa, jika sekiranya didapati mereka
juga masih meneruskan pemberitaan dan kewartawanan yang
tidak wajar.
Bagaimanakah Boikot Dilaksanakan?
Pada asasnya boikot ini melibatkan usaha mendorong dan
menggalakkan rakyat supaya tidak membeli atau melanggani
sesuatu penerbitan itu. Dalam hal berita televisyen,
rakyat umum akan diseru supaya tidak mengikuti sesuatu
siaran berita tertentu. Selama waktu boikot ini
berlangsung, rakyat umum bolehlah mengalihkan pembacaan
mereka atau tontonan mereka kepada sumber berita lain
yang tidak diboikot. Namun rakyat akan tetap digalakkan
supaya bersikap lebih kritis terhadap semua sumber berita
tersebut, sebagaimana yang senantiasa diharapkan dari
warga negara dalam suatu sistem demokrasi yang matang dan
tulen.
Selama inisiatif boikot ini berlangsung nanti,
Jawatankuasa Bertindak Monitor Media, bersama dengan
parti-parti BA dan badan-badan NGO yang terlibat, akan
mengadakan pelbagai kegiatan di pelbagai peringkat di
seluruh negara dengan tujuan untuk menyedarkan rakyat
tentang "dosa" yang dilakukan oleh media arus
utama tempatan terhadap pemantapan keadilan, demokrasi
dan hak asasi di negara ini.
Tujuan kegiatan-kegiatan tersebut ialah untuk melahirkan
suatu golongan rakayat pembaca dan pelanggan media yang
lebih kritis dan lebih peka.
|