Modul 1 - Keselamatan
Unit 1 Keselamatan Bengkel
Masa 40 min      
  Objektif   Kemahiran/Aktiviti  
 
  1. Memberi contoh kemalangan yang boleh berlaku di dalam bengkel.
  2. Menyatakan sebab berlaku kemalangan.
  3. Menyenaraikan keselamatan alatan.
  4. Menggunakan peralatan yang sesuai dengan kerja mengikut spesifikasi.
  5. Menyenaraikan bahaya elektrik dan alatannya serta puncanya.
  1. Menyenaraikan keselamatan bengkel.
  2. Penyelenggaraan stok.
  Rangka Isi Pelajaran Nilai  
 
  1. Peraturan Keselamatan Bengkel.
  2. Penyelenggaraan Bengkel.
  1. Bertanggungjawab.
  2. Kebersihan.
  Isi Pelajaran    
2 min Setiap tempat mempunyai langkah keselamatannya. Begitu juga di bengkel, oleh kerana di dalam bengkel banyak menggunakan tenaga elektrik maka setiap langkah keselamatan adalah berkisar dengan bahaya renjatan elektrik.
         
20 min Peraturan keselamatan bengkel
  • Menjaga kebersihan bengkel.

  • Pakaian yang bersih dan kemas.

  • Menggunakan kasut yang bertutup dan bertapak getah.

  • Jangan memakai barang kemas.

  • Elakkan berambut panjang.

  • Gunakan pakaian pelindung atau sarung tangan semasa menggunakan asid atau bahan kimia.

  • Jangan bergurau semasa menjalankan amali.

  • Pastikan punca elektrik dimatikan apabila meninggalkan bengkel.

  • Pastikan pendawaian elektrik selamat digunakan.

  • Jangan cemas apabila berlaku kemalangan.

  • Apabila melakukan kerja amali pastikan anda melakukan sekurang-kurangnya 2 orang.

  • Pastikan anda mengetahui kedudukan:

    • Peralatan Pertolongan Cemas.

    • Peralatan Alat Pemadam Api.

    • Personel yang bertanggungjawab jika berlaku kecemasan.

  • Pastikan anda tahu apa yang anda lakukan.

  • Mematikan peralatan selepas digunakan dengan kaeadah yang betul.

  • Basuh tangan selepas melakukan kerja amali.

         
10 min Bengkel perlu diselenggara dengan teratur agar suasana kerja dapat dilakukan dengan sistematik dan kemas. Berikut adalah sistem penyenggaraan yang positif dan wajar diamalkan didalam bengkel:
  • Menjaga kebersihan bengkel.

  • Dapatkan kebenaran sebelum menggunakan bahan atau peralatan bengkel.

  • Menggunakan peralatan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.

  • Menggunakan bahan atau peralatan dengan betul.

  • Menyimpan semula bahan atau peralatan di tempat yang disediakan dengan kemas dan teratur.

  • Memastikan peralatan kuasa dimatikan suisnya apabila tidak digunakannya.

  • Menyediakan inventori bahan dan peralatan yang sistematik.

  • Berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab sekiranya ada kemusykilan.

         
8 min Latihan
  1. Nyatakan 5 peraturan keselamatan semasa di bengkel.
  2. Nyatakan 5 sistem penyenggaraan bengkel.
         
1