Modul 2 - Peralatan -
Unit 2 Penggunaan Alat Tangan
Masa 40 min      
  Objektif Kemahiran/Aktiviti
 
  1. Menggunakan alat pemateri.
  2. Mengenalpasti alat tangan yang sering digunakan.
  1. Membina litar bekalan kuasa AT.
  2. Memateri komponen.
  3. Menggunakan alat tangan.
  Rangka Isi Nilai  
 
  1. Penggunaan alat pemateri.
  2. Penggunaan alat tangan mengikut kerja amali.
  1. Bekerjasama.
  2. Berhemah tinggi.
  Isi Pelajaran
2 min

Bagaimanakah anda memateri komponen semasa belajar kemahiran hidup? Bagaimana hendak membuktikan bahawa air adalah bahan pengalir?

         
10 min Terdapat berbagai-bagai jenis alat pemateri di pasaran, secara amnya yang membezakannya adalah kuasa (watt) alat tersebut. Semakin tinggi nilai kuasa, semakin cepat ia panas.

Teknik memateri

  1. Bersihkan papan litar dari lumut dengan menggosokkan menggunakan kertas pasir yang halus. Boleh juga menggunakan kiub getah untuk membersihkan papan litar.

  2. Bersihkan bit pemateri yang sedang panas menggunakan span lembap. Gunakan stand pemateri yang sesuai, contoh yang digunakan ialah jenis Ungar Concept 2100.

  3. Bersihkan mata pemateri dengan menggunakan soldering paste.

  4. Masukkan kaki komponen pada lubang yang betul dan bengkokkan kakinya supaya dapat memegang komponen tersebut.

  5. Potong kaki komponen dengan jarak antara 2-5mm dari papan litar. Ini untuk mengelakkan berlakunya litar pintas.

  6. Letakkan mata pemateri diantara titik litar dan kaki komponen dalam masa 2-5 saat, supaya kedua-dua bahan itu panas.
   
   
   
   
   
 
  1. Sentuhkan timah pada mata pemateri dan leburkan timah diantara 2-5mm. Angkat pemateri dan timah dan biarkan ia beku dalam keadaan semulajadi. JANGAN TIUP PEMATERIAN.
         
10 min Menanggalkan pematerian
  1. Sekiranya hendak menggunakan Sucker untuk menyedut timah, cairkan timah dengan menyentuhkannya dengan mata pemateri yang panas.

  2. Letakkan muncung Sucker pada timah yang telah cair dan tekan butang sedut pada Sucker tersebut. Lakukan proses ini sehingga tiada lagi timah yang melekatkan dua bahan tersebut.

  3. Satu kaki telah ditanggalkan pemateriannya, tinggal satu lagi. Kali ini jika hendak menggunakan Solder Lead.
  4. Pilih braid yang mempunyai lebar yang sesuai. Tekapkan braid dengan menggunakan mata pemateri yang panas pada cantuman bahan tersebut, biarkan ia meresap timah yang telah cair itu.
  5. Jangan panaskan terlalu lama semasa mencairkan timah kerana ia boleh merosakkan jalur papan litar. Jangan biarkan braid melekat pada papan litar.
  6. Komponen akan terjatuh dengan sendiri apabila pematerian telah ditanggalkan atau kadangkala anda perlu menggunakan perkhidmatan playa muncung tirus untuk menariknya.
  7. Bersihkan bekas pematerian yang telah ditanggalkan.
         
10 min

Alatan yang sering digunakan sewaktu menjalankan amali.

   

Peralatan Tangan

  • Screw driver
    • Mengetat dan melonggarkan skrew.
  • Cutter
    • Memotong dawai atau wayar dan kaki komponen.
  • Long Noose
    • Membengkokkan dawai atau kaki komponen.
  • Plier
    • Membuka skrew yang ketat.
  • Soldering iron
    • Mencairkan timah.
  • Soldering paste
    • Membersihkan mata soldering iron.
  • Sucker
    • Menyedut timah.
  • Vice
    • Mencapai komponen yang tidak tercapai jari.

Peralatan Kuasa

  • Drill
    • Menebuk lubang pada pcb dan box projek.
  • Grinder
    • Mengikis besi supaya licin.

Peralatan Bengkel

  • Gergaji
    • Memotong papan litar.
  • Hammer
    • Mengetuk paku.
  • PCB Cutter
    • Memotong papan jalur.
  • Wire stripper
    • Menanggalkan wayar.
         
8 min Latihan
  1. Nyatakan langkah awal sebelum melakukan pematerian.
  2. Nyatakan 1 alat yang digunakan untuk menanggalkan pematerian.
         
1