Laman Web Teknik Port Dickson

Laman Utama | Informasi | Sejarah | Staf | Kursus2 | Syarat2 | Ko-kurikulum | Jalinan Web | Berita |

        Sekolah Menengah Teknik Port Dickson sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson. Sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi        Sekolah Menengah Teknik Port Dickson pada tahun 1996.
        Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson mula dibina pada 2 Disember 1987 selaras dengan dasar kerajaan untuk mengadakan sekolah    vokasional di setiap daerah.
        Pengambilan pertama ialah Tingkatan 4, bermula pada 20 Febuari 1989 mengikuti pelbagai kursus yang disediakan di sekolah ini. Sekolah ini menawarkan sembilan jenis kursus untuk pelajar lepasan Sijil Rendah Pelajaran yang berminat dalam bidang vokasional.
        Bagi sesi persekolahan 1996, sekolah ini telah terlibat dalam penstrukturan      semula dan dinaikkan taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik. Pengambilan pertama aliran teknik ialah pada 8 Januari 1996 yang menawarkan tiga jurusan. Pada masa yang sama sekolah ini masih lagi menawarkan aliran vokasional dan kemahiran.

ke atas
1