ASAL USUL PARIT RAJA MUAR

| asal nama MUAR | asal bandar maharani | peristiwa bandar maharani | analisis penduduk |
| asal PADANG | asal parit raja  | foto MUAR | sejarah awal MUAR |

Taha bin Benut dari keluarga OrangKaya Ringgit. Seorang intelektual dan gigih memperjuangkan nasib bangsa

Dalam buku Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi (Munsyi Abdullah) terdapat satu keterangan bahawa kampung Orangkaya Haji Junid dan kampung Orangkaya Ringgit dalam Padang merupakan kampung-kampung yang maju. Maksud kampung Orangkaya Ringgit (disebut RENGGET) itu ialah kampung Parit Raja.

Kampung Parit Raja ini telah dibuka oleh Orangkaya Yusuh bin Bonjol pada 1852. Diantara kelebihan kampung Parit Raja ialah ia mempunyai Balai Almarhum Sultan Abu Bakar menerima mengadap pemimpin-pemimpin Padang apabila baginda sudi berangkat mencemur duli dari Teluk Belanga (Singapura). Di sini baginda mempunyai seorang isteri iaitu Cik Puan Fatimah. Cik Puan Fatimah ini ialah anak perempuan Orangkaya Ringgit.

Hasil pengeluaran Parit Raja yang penting sekali ialah pinang kotai.

Dari segi pendidikan, Parit Raja ialah kampung yang mula-mula sekali memperkenalkan pembacaan "NAZAM" di kalangan kaum ibu. Selepas pembukaan Pejabat Pelajaran Johor di Johor Bahru pada 1883, kampung ini telah mendirikan Sekolah Melayu dengan gurunya didatangkan dari Teluk Belanga Singapura, tetapi kira-kira tiga tahun kemudian sekolah ini ditutup semula kerana tidak mendapat sambutan. Ibubapa di sini pada waktu itu masih berpegang kuat pada kebolehan sistem didikan tradisional.

Diriwayatkan di kampung inilah tempat berlakunya tragedi berdarah yang mengerikan yang terkenal iaitu cerita Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

Daripada cerita di atas dan berbagai-bagai bentuk rangkap syair yang masih terdapat dalam simpanan kampung ini adalah nyata bahawa pada masa dahulu kampung Parit Raja ini maju dalam beberapa hal. Hal ini jelas ternyata sebagaimana digambarkan dalam rangkap-rangkap kenangan seperti berikut :

Zaman Tok Kaya Ringgit
Badannya kecil lagi pendek
Perintah ia tiga ruang parit
Pakai pedang jalan meleret

Batu Pahat Sungai Sarang Buaya
Tiga dengan Parit Raja
Orang Besar daulat Seri Maharaja
Orang miskin jadi kaya