KUMPULAN GHAZAL SRI MAHKOTA
| ghazal | tarian zapin | lagu nostalgia | ghazal sri mahkota |

Tahukah anda bahawa SMK Tengku Mahkota pernah mempunyai sebuah pasukan Ghazal ? Malah kumpulan Ghazal SMK Tengku Mahkota ini merupakan satu-satunya kumpulan Ghazal yang ujud di sekolah-sekolah daerah Muar ketika itu. Kumpulan Ghazal ini diberi nama " SRI MAHKOTA GHAZAL MUAR ". Ia ditubuhkan pada Februari 1982 oleh pengetua nya ketika itu iaitu En. Abu Bakar bin Arshat. Pada mulanya kumpulan ini mempunyai 13 orang ahli yang terdiri dari pelajar sekolah ini.

Kumpulan ini telah menyertai Pesta Muzik Daerah Muar pada 14 Mei 1982 dan telah muncul johan  tanpa bertanding. Maka secara otomatik Kumpulan Ghazal Sri Mahkota ini telah berjaya melayakkan diri ke peringkat Pesta Muzik Negeri Johor di Kluang pada 19 Jun 1982 tetapi gagal mendapat sebarang tempat.

Sekarang kumpulan ini telah lama berkubur, namun peralatan muzik ghazalnya seperti akordian, tabla, gambus, gitar, marakas dan lain-lain masih elok tersimpan di Pusat Sumber sekolah.