MUZIK TRADISIONAL MUAR

MUZIK TRADISIONAL MUAR
| ghazal | tarian zapin | lagu nostalgia | ghazal sri mahkota |

GHAZAL


Peralatan muzik Ghazal.
Kelab Ghazal di sekolah menengah dan rendah di Muar

Permainan Ghazal adalah satu daripada muzik yang amat digemari oleh penduduk Muar. Pada tahun-tahun 50an  60an dan 70an muzik ini cukup popular di daerah ini. Ia selalu dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga di majlis-majlis rasmi.

Antara kumpulan muzik Ghazal yang sangat terkenal di Muar pada masa dulu ialah  SRI PENAMBANG MUAR GHAZAL dan SERI MAHARANI GHAZAL. Kumpulan-kumpulan ini dipimpin oleh Allahyarham Ahmad bin Jusoh manakala penyanyi-penyanyinya yang terkenal ialah Fadzil Ahmad, S.Fauziah, Zainorin Mohd. Dom dan Anis Es. Kumpulan ini juga banyak membuat rakaman piring hitam pada tahun 60an dan 70an.

Pengalaman webmaster semasa kecil menonton persembahan Ghazal di rumah orang kahwin ialah kebiasaannya kumpulan Ghazal bukan sahaja membawa lagu-lagu rentak Ghazal dalam persembahan mereka bahkan mereka juga akan membawakan bersama lagu-lagu berentak zapin dan gambus.

Untuk sementara waktu, bagi peminat-peminat Ghazal boleh mengakses maklumat berkaitan Muzik Ghazal di kaitan di bawah

YAYASAN WARISAN JOHOR

Ingin dengar lagu ghazal?  Sila klik lagu di bawah, tetapi pastikan komputer anda mempunyai perisian Real Player (sekurang-kurangnya Real Player 5).

Dengar Kuala Sedili  

 Dengar Seri Mersing  

1