PROJEK PENANAMAN POKOK JATI
| tanaman sentang | rasional sentang | tanaman jati | tanaman orkid | program skk |
| taman_burung | makmal_komputer | keceriaan & kemudahan | akuarium_ikan | membudaya AlQur'an |


 

Anak-anak Pokok Jati yang ditanam di kawasan belakang padang Anak-anak Pokok Jati yang baru di tanam

Projek ini adalah program di bawah kendalian Unit Perancang Pembangunan dan Bekalan JPN Johor dan Kementerian Pendidikan di bawah skop Hutan Pendidikan.

Sebanyak 1000 batang pokok spesis jati iaitu 500 batang pokok Jati Sentang dan 500 batang pokok Jati Emas telah ditanam di kawasan seluas satu ekar di bahagian belakang kawasan padang SMK Tengku Mahkota. Kerja-kerja penanaman telah mula dijalankan pada pertengahan bulan Julai 1998 di bawah kendalian seorang kontraktor bumiputra Kelas F.

Mengikut perjanjian yang termetrai, kontraktor terbabit dikehendaki menanam, menjaga, merumput dan membaja selama tempoh 3 bulan sahaja. Di bawah tempoh tersebut, anak-anak pokok dikehendaki hidup semuanya dan mempunyai ketinggian setinggi 4 kaki. Selepas tempoh 3 bulan, kerja-kerja penyelenggaran pokok jati ini akan diserahkan kepada pihak sekolah.

Selain dari dijadikan pokok-pokok lanskap untuk mencantikkan kawasan sekolah, pokok jati ini juga mempunyai nilai komersil yang tinggi. Kualiti kayu jati yang sememangnya tinggi ini bakal menarik perhatian para pengusaha perabot tempatan dan luar untuk membelinya. Difahamkan juga, hasil jualan kayu ini nanti, akan diserahkan kepada pihak SMK Tengku Mahkota.