SEJARAH KG SUNGAI GERSIK
| sejarah sg. balang | sejarah sarang buaya | jambatan sg. sarang buaya | sejarah sg. resik |
| kenangan sg. sarang buaya | rumah adat bugis |

Pintu gerbang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Kolam Air Panas Kawasan kolam dipagari dengan besi berkilat krom
Rupa Kolam Air Panas sebelum dimajukan.              
Kawasan kolam yang telah dimajukan. Terdapat kemudahan surau, gerai makanan,gerai cenderamata dan  tapak permainan kanak-kanak Air panas ini boleh diambil dengan menggunakan pili di badan kolam

Sungai Resik (atau Gersik) merupakan satu nama yang tidak  asing bagi penduduk Muar. Kampung Sungai Resik dibuka oleh orang-orang Jawa. Tempat mereka meneroka tanah di kampung ini terdapat satu alur sungai yang mengalir. Orang-orang Jawa menamakan tempat ini Sungai Resik. "Resik" dalam bahasa Jawa bermakna "Bersih". Ia dibuka pada ahir kurun ke 19.

Satu keistimewaan yang terdapat di Sungai Resik ini ialah "Kolam Air Panas". Ia merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri. Menurut cerita salah seorang penduduk tertua di kampung ini iaitu Tn. Hj. Ismat, 88 tahun, kolam air panas ini ditemui oleh Embah Salleh Sampudin (yang tidak diketahui asal usulnya) pada 1912. Sewaktu mula-mula ditemui terdapat dua buah mata air iaitu mata air yang besar mengalirkan air yang mendidih dan berasap, manakala mata air yang lebih kecil mengeluarkan air suam.

Apabila Embah Salleh Sampudin ghaib, Tn. Hj Ismat mengambil alih tugas membersihkan kawasan sekitar. Beliau mengakui bahawa Embah Salleh sering menghubunginya melalui mimpi dan menjanjikan hadiah. Hadiah-hadiah tersebut seperti "Cemeti Nogosari" yang diperbuat daripada tembaga tulin seberat 600gm dan berusia lebih 600 tahun. Dari lambangnya, cemeti itu pernah digunakan oleh Kerajaan Majapahit sebagai "Simbol Kebesaran".

Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti pembinaan jalan tar, menyimin gigi kolam, membina dua buah kolam di dalam bilik air, taman permainan kanak-kanak dan hiasan kawasan sekitarnya. Pada tahun 1990 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100,000.00 untuk mencantik dan mengindah kawasan ini.Peruntukkan dari Kerajaan juga diberi untuk Kolam Air Panas ini bagi menanam pokok bunga dan pokok peneduh sesuai sebagai tempat perkelahan yang popular di daerah Muar.

Pada tahun 2001 sewaktu webmaster mengunjungi kolam ini, keadaan telah berubah menjadi lebih selesa dan banyak kemudahan asas serta kemudahan rekreasi disediakan. Malah kerja-kerja pengubahsuaian dan pengindahan sedang rancak dijalankan oleh pihak kontraktor. Sememangnya Kolam Air Panas ini amat sesuai dijadikan salah satu destinasi pelancongan menarik di daerah Muar.

1