Kami Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim

  Piagam Pelanggan


Membimbing   pelajar membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan,  penghayatan  dan  amalan nilai-nilai   murni   selaras dengan aspirasi negara.

Mendidik pelajar dalam berbagai-bagai kemahiran tenaga manusia yang berinovatif dan produktif ke arah pembangunan negara.

Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, sihat, bersih, ceria dan menarik.

Melahirkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.


Meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik dan kokurikulum  untuk menjadikan sekolah ini terbaik di Batu Pahat.

Membimbing dan mendidik pelajar asrama supaya mampu bersaing dengan pelajar lain di bidang kurikulum dan kokurikulum.
 

Mempertingkatkan profesionalisme guru-guru dan kakitangan melalui program yang terancang bagi mempastikan pendidikan bermutu.

Mewujudkan perkhidmatan bersih, cekap, amanah, cepat dan tepat dalam usaha melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.
 

Bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran yang positif dari semua pihak demi meningkatkan  prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik serta kokurikulum.