Identiti sebenar son goku
Kira-kira 5 tahun selepas perlawanan menentang pikor,kita mendapat tahu bahawa son goku mempunyai anak yang bernama son gohan (nama datuk goku).Gohan juga mempunyai ekor seperti ayahnya.Ketika itu seorang makhluk asing bernama raditz mendarat di bumi.Dia dengan senang dapat mengalahkan son goku.Dia juga memberitahu tentang identiti sebenar son goku.
Goku adalah orang saiya,salah seorang yang terselamat
ketika planetnya meletup,iaitu planet saiya.Kaum saiya adalah askar dimana antara yang terkuat di seluruh galaksi.Kaum saiya adalah makhluk yang suka berlawan,menawan dan menjual planet.Goku telah dihantar kebumi untuk memusnahkannya,tetapi ketika dia mendarat dibumi kepalanya telah terhantuk dan memadamkan segala ingatannya tentang orang saiya dan tujuan dia dihantar ke bumi.Raditz memberitahu bahawa dia adalah abang goku dan nama sebenarnya ialah kakaroct.
Goku dan pikor bekerjasama untuk menewaskan raditz kerana menculik anaknya son gohan.Untuk seketika,merekaberdua telah kalah tetapi gohan menjadi marah dengan kekalahan ayahnya dan menentang raditz.Ini mengakibatkan raditz tersungkur kebelakang.Ketika itu goku mencadangkan pikor menggunakan kuasa terkuatnya untuk mengalahkan raditz.Dengan mengikut rancangan yang goku cadangkan,goku memeluk belakang badan raditz,sementara itu menggunakan kuasa kuatnya dan mengenai badan raditz dan goku sehingga tembus.Sebelum raditz mati,dia sempat memberitahu bahawa 2 orang super saiya akan datang kebumi dan memusnahkannya.Raditz dan son goku mati manakala pikor mengambil untuk dilatih sebelum kedatangan 2 orang saiya tersebut.
Kehidupan goku selepas mati,goku telah berjumpa dengan mahadewa kaiou dan berlatih dibawah ajarannya.Sementara dibumi,gohan seronok berlatih bersama dengan pikor sehingga lama-kelamaan menjadi kawan.Setahun telah berlalu dan orang saiya yang dimaksudkan oleh raditz mendarat di bumi,mereka bernama bezita dan nacpa.Mereka datang untuk menyempurnakan misi raditz.Son goku telah terlambat untuk kebumi.Sementara itu kawannya mencuba untuk berlawan dengan bezita dan nacpa sebelum son goku sampai.Yamu mati ketika berlawan dengan makhluk asing yang bewarna hijau.Kurin telah meningkatkan kuasanya dan mengalahkan makhluk asing itu.Ten shi han,chiou zu dan pikor mati semasa menentang nacpa.
Goku akhirnya tiba di saat akhir.Goku berlawan dengan nacpa dan dengan senang dapat mengalahkana nya.Tetapi bezita mencampak nacpa dan membunuhnya sendiri.Perlawanan antara son goku dan bezita berlangsung dengan lamanya.Beberapa orang sahaja yang terselamat iaitu goku,gohan kurin dan yazirobel.Perlawanan itu berakhir apabila bezita tidak boleh berlawan kerana lemah dan perlu dirawat.Kurin ingin membunuh bezita tetapi telah dihalang oleh goku.
Beberapa orang yang terselamat iaitu goku,gohan,kurin dan yazirobel terpaksa dirawat dihospital.Selepas ini kita akan mengikuti cerita tentang dimana dewa dan pikor berasal.
© 1997 makb2@hotmail.com
This page hosted by
Get your own Free Home Page