Sesudah
meninggalkan sekolah
setiap diri telah
ke arah
ribuan liga
mata angin berkelana
mencari hala yang berbeza
menghabiskan baki usia
yang masih tersisa.

Syukurlah kerana
sebahagian daripada kita
rezeki masih berbaki
hingga ke hari ini.

Namun demikian,
sahabat kita Mohd Fazilan Adam dan
Mohd Fitree Ishak telahpun
selesai menduduki ujian
di dunia ini.

Mereka berdua
dan juga datuk nenek kita
telahpun memulakan
kehidupan yang sebenar;
yang panjang,
dan kekal,
abadi,
selamanya.
Selama-lamanya. ( marilah bersama
menyedekahkan sejambak al-Fatihah
untuk mereka semua ).

Kita pun seorang
demi seorang akan
menyusul mereka
membawa buku catatan.
Ini janganlah dilupa.

Kuwujudkan laman ini
untuk menghimpunkan kembali
rakan-rakan yang telah
jauh terpisah membawa diri.

Sekadar alamat e-mail,
sejajar dengan era teknologi
internet yang semakin maju,
semoga perhubungan kita
juga menjadi lebih laju;
tidak seperti dahulu
berutus surat mengambil masa berminggu.

Dengan e-mail yang terhimpunkan
insya Allah alamat rumah juga akan dapat dikesan,
bolehlah kita kunjung-mengunjung pada hari Lebaran;
andainya ada kesempatan,
sihat poket dan tubuh badan.

Semoga kewujudan ini laman
memberi manfaat kepada pelayar sekelian.