Gambar yang kat atas tu gambar aku le. Nama sebenar aku ialah Kamaruzaman bin Che Daud. Aku berasal dari Kelantan. Aku dilahirkan empat tahun selepas merdeka di Tumpat. Korang kira le sendiri tahun berapa aku dilahirkan. Kalau korang tak tau Tumpat tu kat mana, ni petuanya. Korang pergi stesyen keretapi dan korang ambil tiket ke Tumpat. Naik je keretapi tu jangan turun-turun, sampai keretapi itu dah tak mau jalan lagi. Kat situlah Tumpat. Sebab Tumpat ialah stesyen yang akhir sekali di Pantai Timur. Kalau korang tak de masa nak naik keretapi, korang boleh kudakan injin carian aku yang ada kat depan tu, jumpa la  kot.

Status aku, dah kahwin dan dah ada anak dah. Isteri aku anak jati Muar, Johor. Anak aku yang seorang tu pun dah besar. Mereka berdua tinggal di Muar dan aku kerja kat Kolumpo. Setiap hari Sabtu aku balik le ke Muar, jumpa anak dan isteriku. Tak payah le aku bercerita panjang lebar tentang keluarga aku. Kalau korang nak berkenalan dengan mereka klik aje kat sini.

Mungkin korang juga tertanya-tanya kenapa laman ini dinamakan dengan nama BoyanJR. Sebenarnya aku terlibat juga dengan irc, tapi tak de le serious sangat. Kat irc aku gunakan nick BoyanJR. Jadi bila aku create hompej ni, aku namakan Laman BoyanJR. Jadi kawan-kawan yang biasa bersembang dengan aku kat irc tu tak de le tercengang-cengang.
 
Masa lapang pula aku suka membaca akhbar dan merayau-rayau kat laman orang baik dalam negeri mahu pun luar negeri. Akhbar kegemaran aku ialah Berita Harian, Watan dan Harakah. Disamping itu aku juga suka mengikuti perkembangan politik tanahair. Kalau korang pun minat juga tentang politik, korang boleh le melawat hompej parti-parti politik utama di negara ini yang mana ada kat depan laman aku ni. Disamping itu juga, aku suka lepak kat kedai kopi. Kat sana macam-macam le cerita kita boleh dengar. Dari perkembangan IT hinggalah kepada perkembangan politik semasa tanah air dan macam-macam lagi cerita kedai kopi.
 
Aku rasa cukup le serba ringkas aku ceritakan tentang biodata BoyanJR. Akhir sekali aku harap akan mendapat sesuatu yang berfaedah dari laman aku ini.

Wassalam.