Apa Yang Perlu Dibawa

Kalau anda nak bawa apapun ke sini bawalah, asalkan jangan terlebih access sudah. Juga jangan bawa barang-barang yang dilarang seperti senjata, dadah dan yang sewaktu dengannya (anda tidak begitu bukan?).

Di antara perkara-perkara yang disyorkan dibawa adalah seperti berikut:-
 
PAKAIAN
Cuaca di Okinawa tidak sejuk. Bawalah pakaian yang memadai:-
  • Untuk kuliah adalah casual. Jeans dan t-shirt adalah dibenarkan.
  • Sesekali ada aktiviti. Elok sangat kalau pakai baju batik.
  • Kadang-kadang ada parti formal/istimewa. Bawalah pakaian kebangsaan.
  • Untuk minggu orientasi, perlu berpakaian semi-formal. Berbaju kemeja dengan tali leher.
  • Untuk upacara penutup dan lawatan ke mainland, long-suite adalah digalakkan
KAMERA
Sudah tentu anda ingin merakamkan kehidupan di sini. Kalau mahu, bawalah kamera dan filem secukupnya. 

Harga filem di sini adalah  (500 yen bagi ASA200, 36)
Harga proses adalah sekitar 1000 yen
Harga cetakan 35yen sekeping (3R)
 

PERALATAN ELEKTRIK
Kalau nak bawa peralatan elektrik, silalah pastikan voltage dan kabelnya. Sila lihat foto di sebelah mengenai keadaan di sini.

Setakat radio, walkman atau CDE player tu OK.

Plug 3-pin tidak disediakan dalam bilik.
 

MAKANAN
OIC ada menyediakan menu HALAL. Breakfast dan dinner disediakan (percuma). Yakin dan tawakkal sahajalah dan usahlah diselidiki hingga ke akar umbi. Daging dan ayam halal ini diperolehi dari Tokyo.

Tapi kalau nak bawa makanan tambahan seperti serunding, Brahim, mee maggi atau yang sewaktu dengannya adalah bagus juga, tapi packing elok-elok. Dua kali saya datang ke sini, penuh beg isi makanan tidak pula ditanya atau dibuka oleh kastam.

Kalau buat baik dengan mama-san kat shukudo tu dapatlah extra sikit. Apa nak buat dengan yang extra tu faham-fahamlah sendiri :-)
 
 

BUKU, AUDIO VISUAL

Kalau nak dengar lagu, bawalah kaset atau CD sendiri beserta dengan perakamnya.

Kalau nak bawa video, ingat kat sini NTSC dan kat Tanah Air kita ialah PAL.

Setiap peserta kena buat morning presentation mengenai diri sendiri, keluarga, negara dan apa-apa sahaja. Kalau dah ada bahan yang tersedia, bawa sajalah.
 

OMEYAGE
Omeyage ini ialah cenderamata. Adalah menjadi adat resam kat sini (tidak wajib), kita tukar-tukar cenderamata sesama peserta kursus. Beri juga pada cikgu-cikgi yang ajar kita. Pada coordinator kita atau pada sapa-sapa yang kita nak bagi atau yang bagi pada kita. Paling sikit bawalah dalam 20 benda (yang murah-murah dan ringan le!)

Teramatlah eloknya bawa satu khusus untuk OIC. Ia akan dipamerkan di galeri cenderamata. Saya tengok ruang untuk Malaysia kosong je... walaupun pesertanya ramai.
 

KAD NAMA
Tradisi orang Jepun ialah bertukar-tukar kad nama (business card). Bagi yang belum ada, buat dan bawalah ke sini. Kalau nak buat kat sini mahal wooo.
 

 

 

1