| LOKASI KEMALANGAN MAUT DAERAH PAPAR 2004 PASTIKAN ANDA MENGETAHUINYA DAN LEBIH BERHATI-HATI ?????????? |
|||||||||||
| LOKASI KEMALANGAN, APA PERLU ANDA BUAT ? | |||||||||||
| 1. Km 18 Jalan Papar / Kota Kinabalu ( Hadapan Skim Penempatan Kinarut ) - Pastikan pejalankaki melintasi jalanraya. - Kawasan ini anda perlu berhati-hati dengan Mini Bas yang sering membuat pusingan 'U'. - Berhati-hati juga dengan penjual ikan yang akan menyebabkan pembeli memberhentikan kenderaan mereka secara serta merta. - Jalanraya kawasan ini sangat gelap pada waktu malam. - Waktu sering terjadi kemalangan Jalanraya. Pagi 0700 hrs hingga 1100 pagi. Malam 1900 hrs hingga 2100 malam. 2. Km 7 Jalan Papar / Kinabalu ( Hadapan Melinsung Summer bay ) - Pastikan Signal kenderaan dihadapan anda. - Kawasan ini juga adalah lalan kerbau melintas jalan. - Jangan mengekori terlalu rapat kenderaan dihadapan anda di kawasan ini. - Waktu sering berlaku kemalangan sebelah petang. 3. Km 3 Jalan Papar / Beaufort ( Selekoh Kampong Andus ) - Pastikan kenderaan yang datang dari arah hadapan anda. - Kawasan ini adalah laluan binatang ternakan (Kerbau) - Jalanraya kawasan ini juga tidak rata. - Jangan memotong dikawasan ini. - Ikut nasihat papan tanda AMARAN. - Waktu kemalangan sebelah petang hingga malam. 4. Km 15 Jalan Papar / Beaufort ( Jambatan Sungai Kimanis ) - Kawasan ini adalah kawasan selekoh oleh itu kurangkan Kelajuan kenderaan anda disini. - Terdapat satu jambatan besi disini yang gelap pada waktu malam. - Jika anda memandu daripada Beaufort pada waktu malam pastikan anda tidak memandu laju dan menaikkan lampu hadapan pada arah tingga jika tiada kenderaan di hadapan anda. - Jangan sekali-kali leka di kawasan ini. 5. Km 20 Jalan Papar / Beaufort ( Kampong Mandahan ) - Pastikan orang melintas jalan. - Jalanraya kawasan ini lurus tapi pastikan anda tidak memandu laju kerana terdapat banyak simpang ke kawasan rumah kediaman disini. - Pada waktu tengahari kawasan ini adalah kawasan yang sangat panas dan pastikan anda tidak keletihan. 6. Jalan Lama Papar / Kota Kinabalu - Sepanjang jalanraya ini mempunyai pendudukan yang ramai dan pastikan anda menumpukan kepada pejalankaki. - Sekitar kampong tersebut juga ramai orang yang mabuk dan anda perlu berhati-hati ketika memandu. - Jangan memotong di kawasan selekoh. - Kebanyakkan jalanraya di laluan ini adalah tidak rata. |
|||||||||||
| TIPS PEMANDUAN SELAMAT | |||||||||||
| Sekiranya anda memandu kenderaan pada waktu tengahari pastikan anda mempunyai rehat yang cukup. Adalah dicadangkan agar anda berhenti rehat di mana-mana pekan atau bandar untuk berehat. Kebanyakkan kemalangan jalanraya yang berlaku pada waktu tengahari adalah disebabkan pemandu mengantuk. Bagaimana ianya berlaku ? Ini berlaku apabila anda berhenti untuk makan tengahari dan sebaik sahaja anda selesai makan, anda terus menaiki kenderaan anda. Semasa sistem penghadapan kita sedang berlaku, badan kita akan menjadi panas tetapi apabila anda berada dalam kenderaan yang berhawa dingin (Aircond) Siaten badan akan berlawanan dengan suasana sejuk dalam kenderaan. Ini menyebabkan kita mengantuk. Bagaimana mengelakkan ini berlaku ? Selepas makan tengahari pastikan anda berehat terlebih dahulu sebelum memandu semula. Biasakan meminum minuman panas selepas anda makan untuk mempercepatkan proses penghadaman anda. Anda juga boleh memakan buah-buahan selepas makan tengahari. Jangan sekali-kali mandi selepas makan dan seterusnya memandu. |
|||||||||||
| Menu Utama | |||||||||||