TAZKIRAH
 
 
     peesal
     Buat Santapan
     Tue Aug 14 14:31:23 2001
 

     UCAPAN-UCAPAN IMAM AL- SYAFIE
     1. Barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa, maka tidak ada kemuliaan baginya.
     2. Perhiasan ulama' itu adalah taqwa; dan kecantikkannya adalah murah hati.
     3. Tidaklah sukses dalam menuntut ilmu, melainkan orang yang menuntutnya dalam kekurangan.
     4. Tidak ada aib yang lebih buruk bagi ulama' selain dari kesukaan mereka terhadap apa-apa yang
     tidak dusukai Allah buat mereka, dan ketidak sukaan mereka terhadap apa- apa yang disukai Allah
     buat mereka.
     5. Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.
     6. Kemiskinan ulama' itu adalah faqril iktiyar (kerana pilihan), sedangkan kemiskinan orang bodoh itu
     adalah faqrul idhithirar (kerana terpaksa)
     7. Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan Allah kepada ahli tauhid.
     8. Barang siapa merasa dirinya lemah , maka ia akan memperoleh istiqamah.
     9. Barang siapa yang ingin hatinya diterangkan oleh Allah, maka hendaklah ia berkhaluat(menyendiri)
     , mengurangi makan, dan tidak bergaul dengan orang- orang bodoh yang buruk nudipekertinya, serta
     tidak berkumpul dengan orang- orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan tidak mempunyai
     adab.
     10. Aku tidak pernah kekenyangan selama enam belas tahun kecuali hanya satu kali , lalu aku
     muntahkan ketika itu jua.
     11. Tidak mengetahui riya' kecuali orang- orang yang ikhlas.
     12. Kalau aku tahu bahawa meminum air itu menghilangkan keperwiraanku, tentu aku tidak akan
     meminumnya.
     13. Ketika ia ditanya tentang murua'ah, ia menjawab: "Ia adalah menahan anggpta darri apa- apa yang
     tidak berguna. Dan rukunnya ada empat: akhlak yang baik, thawaduk, murah hati dan melawan hawa
     nasfsu."
     14. Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang
     lemah?" Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan aku akan berangkat dari dunia
     ini."

     15. Janganlah anda berbicara kecuali yang perlu saja, sebab kalau anda mengucapkan satu kalimat
     beerti ia telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.
     16. Orang yang berakal itu ialah orang yang diikat oleh akalnya dari segala perbuatan tercela.
     17. Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman pula terhadap teman sahabatnya dan menjadi
     musuh terhadap musuhnya.
     18. Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan
     yang menyamai perpisahan dengan mereka.

     19. Janganlah kau meragui hak saudara mu kerana percaya akan kebaikkan hatinya.
     20. Barangsiapa menasihati saudaranya nescaya diam- diam, bererti ia telah menasihati dan
     mengingati kebaikannya; dan barang siapa menasihatiinya ditempat ramai, maka ia telah membuka
     rahsianya dan memburukkan namanya.
     21. Persahabatan dengan orang yang tidak takut celaan itu adalah tercela.
     22. Tidakkah engkau menghormati seseorang melebihi harga dirinya, melainkan harga diriku jatuh
     setimbang dengan penghormataan ku yang lebih tadi.
     23. Allah telah menciptakan anda sebagai orang merdeka, maka jadilah seperti apa yang telah Allah
     ciptakan itu .
     24. Barangsiapa bersahabat dengan orang dermawan, ia akan menjadi orang dermawan. Dan
     barangsiapa bersahabat dengan orang dengan orang jahat maka iapun akan dituduh orang jahat.
     25. Aku ingin orang belajar ilmu dariku tetapi tidak menibahkannya padaku.
     26 . Tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang , melainkan aku tidak peduli apalah kebenaran itu
     keluar dari lisanku atau lisannya. Dalam riwayat lain: tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang,
     melainkan aku suka kalau Allah menampakkan kebenaran ditangan orang itu.
     27. Barangsiapa yang telah berbuat baik kepadaku maka ia telah mengikatmu . Dan barang siapa yang
     kasar terhadapmu maka ia telah membebaskan mu.
     28. Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat , tidak suka bergaul dapat menimbulkan
     permusuhan, kerana itu bersikaplah antara keduanya itu.
 

     peesal
     Renungan Bersama
     Sun Aug 12 12:52:51 2001
 

     Ibnu Abbas RA. telah berkata: Bahawasanya ketika Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabal ke
     negeri Yaman (Untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: "Hindarilah doa orang
     yang di zalimi, kerana sesungguh nya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang
     mendindingi". H.R. Tirmizi. Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Abu Ya'la dan Dhiya AL-Maqdisi
     ada riwayat tambahan daripada hadis yang di sebutkan tadi yg. bermaksud: "Jauhi lah doa orang yang
     di zalimi walaupun ia se orang kafir, kerana doa nya tidak terdinding.(Lihat Tuhfatul Ahwazi Juzu' 6
     ms. 155)
 
 

     Assam_Kumbang
     tazkirah
     Thu Aug 2 10:09:44 2001
 

      Assalamualaikum......

      Anas r.a. berkata, "Ada 7 pahala yang akan tetap diterima oleh sesorang itu apabila ia mati kelak;

      1. Orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat
     untuk beribadah.

      2. Orang yang mengalirkan air sungai selagi mana orang tetap menggunakannya.

      3. Orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang yang membacanya.

      4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang memanfaatkannya.

      5. Orang yang menanam buah-buahan selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia atau
     pun binatang.

      6. Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.

      7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan
     kedua orang tuanya.

      Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda katanya,"Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah
     semua amal ibadahnya kecuali pada 3 pekara iaitu;

      01. Sedakah

      02. ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya

      03. Anak yang soleh yang tidak lupa mendoakan ibu bapanya.
 
 
 
 
 
 
 
 

      hanchaw
     Mengawal sarik
     Thu Jul 26 09:26:09 2001
 
 

     Apakah punca perasaan marah dan cemburu?

     Bagaimana pula cara untuk mengawal perasaan tersebut? Adakah terdapat
     sebarang zikir atau ayat yang boloeh dibaca bagi mengatasi perasaan marah?
 

     Setakat manakah seorang isteri boleh bersikap cemburu?

     Jawab:
     Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu dari
     syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan
     dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah
     dia berwuduk." (HR Abu Daud)

     Itulah punca marah. Punca cemburu?
     Sebab kita kasih dan cinta kepada seseorang. Cinta membuahkan rasa
     cemburu (ghirah). Cemburu terhadap agama adalah wajib hukumnya.

     Bagaimana jika agama ini dipersenda-sendakan. Syariat Islam dileceh-
     lecehkan. Nabi Muhamad s.a.w. dihina-hina. Kemungkaran berlaku di
     depan mata. Murtad berlaku di sana-sini?

     Kalau kamu tidak ada perasaan apa, itu tandanya kamu tidak ada sifat
     cemburu langsung pada agama kamu. Tidak ada sifat cemburu bermakna
     kamu tidak kasih pada agama ini.

     Jika kamu bereaksi tertentu termasuk marah dsbnya adalah tanda kamu
     ada sifat cemburu pada agama kamu. Itu tandanya kamu kasih pada agama
     ini.

     Dulu, jika anak perempuannya menconteng arang ke muka orang tuanya
     dengan  melakukan zina, mau saja anak itu tembus perutnya dirodok parang
     pendek atau golok. Itu cemburu namanya...

     Ada anak-anak perawan yang murtad, kamu jadi susah hati. Kamu jadi
     marah. Kamu ambil langkah yang sewajarnya berdasarkan bidang dan kemampuan
     masing-masing, itu cemburu namanya. Kamu kasih kepada agama kamu.

     Kalau kamu tidak ada apa-apa. Kalau kamu jadi bodoh seperti orang
     yang kena pukau. Iman kamu perlu dikoreksi kembali. Kamu tidak ada sifat
     cemburu pada agama kamu.

     -----------------
     Jika isteri bersifat cemburu kepada suaminya, itu adalah wajar.
     Puncanya ialah cinta dan kasih.

     C inta membuahkan cemburu. Cemburu pula melahirkan kemarahan. Tidak
     semua cinta itu terlarang. Tidak seluruhnya cemburu itu dibenarkan. Tidak
     semestinya kemarahan itu berfaedah.

     Tiada cinta, tiadalah cemburu.
     Dan orang yang tiada sifat marah langsung adalah ibarat keldai. Orang
     yang pemarah adalah orang membiarkan syaitan menguasai dirinya.

     Gunakanlah pertimbangan akal. Berjalanlah atas lorong-lorong
     kesederhanaan.Sematkanlah cinta, cemburu dan marah pada tempatnya
     masing-masing.

     ---------------------
     Isteri wajar sahaja bersikap cemburu asal sahaja ada landasannya.
     Asal saja bertempat. Asal saja bersederhana. Jika tidak bersikap begini si
     isteri akan menuduh macam-macam kepada suami, sangka-sangka buruk
     yang terlarang akan bermunculan. Rumahtangga akan berantakan.

     ----------------------------
     Sabdanya lagi: "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang
     pandai  bergusti, hanyasanya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang
     mampu menguasai dirinya ketika sedang marah." (HR Bukhari & Muslim dari Abu
     Hurairah)

     Rasulullah pernah menganjurkan doa kepada Aisyah r.a.: "Ya Allah,
     ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lindungilah aku
     dari syaitan." (HR Ibnu Sunni)

     Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar orang yang sedang marah
     berwuduk (lihat HR HR Abu Daud)

     Wallhu a'lam

     Rujukan
     Al-Azkar - Al-Nawawi
 
 
 

     Labai
     Darihal Syaitan
     Wed Jul 18 20:27:42 2001
 

     Baginda Rasullullah SAW bersabda :

     Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara kamu semua sebanyak tiga
     ikatan, apabila ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu yang berbunyi : " Engkau
     memperolehi malam yang panjang, maka tidurlah terus". Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada
     Allah SWT. maka terurailah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau ia terus berwudhu, lalu terurailah
     pula ikatan seterusnya, jikalau ia bersembahyang, maka terurailah seluruh iakatannya, sehingga
     berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana di
     atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas .
     ( Muttafaq ' alaih)
 
 

peesal
Buat Kulaan Sabarataan
Thu Aug 16 18:04:11 2001
 

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.....

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan menndoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
 

kukupu
     Renungan (Fwd)
     Fri Oct 5 11:28:29 2001
 

     Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Kepapaan

     1. Tidur di dalam keadaan bertelanjang (yakni tidak memakai apa-apa).
     2. Makan dan minum di dalam keadaan berjunub (belum mandi junub).
     3. Memudahkan setiap makanan yang tumpah di atas saprah.
     4. Bakar kulit bawang merah dan putih.
     5. Berjalan di hadapan orang tua-tua tanpa menghormatinya.
     6. Menyapu sampah pada waktu malam.
     7. Memanggil kedua ibu bapa dengan nama masing-masing .
     8. Membiarkan sampah di dalam rumah (berselerak).
     9. Bersegera keluar dari masjid selepas daripada sembahyang subuh berjemaah.
     10. Pagi-pagi duduk di kedai (pergi awal-awal) dan pulang dari kedai lambat-lambat (semua jenis
     kedai).
     11. Membiarkan bekas-bekas hidangan sentiasa terbuka.
     12. Menghembus setiap api dengan mulut.
     13. Menyikat rambut dengan sikat yang patah.
     14. Ibu bapa yang mendoakan anak-anaknya dengan kecelakaan.
     15. Tidak mendoakan kedua ibu bapa dengan kebajikan.
     16. Memakai serban dalam keadaan duduk.
     17. Makan sesuatu dalam keadaan dalam tidur mengiring.
     18. Mencolek gigi dengan segala jenis kayu (selain kayu dibenarkan).
     19. Basuh kedua tangan dengan segala jenis selut dan tanah (dengan sengaja dan tidak ada sebab).
     20. Duduk dibendul (muka pintu rumah).
     21. Mengambil air sembahyang (wuduk) di dalam tandas.
     22. Menjahit kain yang koyak di atas tubuh sendiri.
     23. Membiarkan rumah bersawang dan bersarang labah-labah.
     24. Bakhil, kikir dan kedekut.
 

     p/s: (Sumber rujukan :Kitab Pelita Penuntut
     Terjemah daripada kitab
     Taklimul Taklim Thariqul Muta'alim. Garapan Syeikh
     Mohd Shafei Bin
     Abdullah Alfatahami, muka surat 56)

Lissa
Untuk semua sahabatku
Thu Nov 1 12:02:05 2001
 

SUDAH BERSEDIAKAH ANDA KETIKA DIPANGGIL PULANG OLEH ALLAH???

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

- Zulkiflee Bin Ali