Soalan oleh kil_kenny:

Apa pendapat ko kalau ader anak m'sia yg nak cuba nasib kat US..?? 
Apakah kriteria yg perlu... 
Apakah bidang yg mempunyai peluang cerah kat sana... ( dalam IT 
sajer..??) 
kena betui² power ke..?? 
Mungkin tenaga mereka diperlukan kat sini... 
tapi diowang juga nak merasai apa yg ko dah rasa... nak carik peluang 
lebih.. kalau dapat... 

Jawapan: 

Keadaan ini bukanlah satu keadaan yang menakjubkan, malah merupakan 
perkara yang agak biasa. Cuma mungkin hanya tukangtaip seorang saja 
yang masuk akhbar dan mempunyai profile yang tinggi. Di tempat 
tukangtaip kerja, ada seorang lagi orang Malaysia yang kerja sebagai 
programmer (mungkin buat ASP). Dan di kilang kereta lain, ada seorang 
rakan tukangtaip yang berasal dari Kelantan. 

Di forum sembang.com ini sekalipun tukangtaip difahamkan ada dua-tiga 
orang lain yang bekerja di luar negara. Belantara kerja di Silicon 
Valley, California; dan Merah kerja di United Kingdom. KA kerja di 
Philadelphia, Pensylvania, kalau tak silap. Mungkin mereka kurang 
menonjol saja. 

Bidang IT yang cerah di sini ialah bidang yang 'mencipta', contohnya 
programming. Bidang-bidang yang tidak mencipta, contohnya 
maintenance, administrative, kurang cerah kerana ramai rakyat Amerika 
yang sudah berkelayakan. 

Petikan dari majalah Wired, keluaran Disember 2000: 

Peruntukan untuk visa H1 (permit kerja) di USA telah dipertingkatkan 
ke 195,000 setiap tahun. Namun tahun ini saja, sebanyak 850,000 
peluang pekerjaan di bidang IT masih mengalami kekosongan. 

Jadi dari segi peluang untuk bekerja di US, insyaAllah peluang 
pekerjaannya tetap ada. Tetapi cabaran yang paling sukar untuk diatas 
ialah bagaimana untuk mendapat kemasukan ke US itu sendiri, yakni 
untuk mendapatkan permit kerja itu. 

Di sinilah terletaknya kepentingan kita fasih berbahasa Inggeris, 
kebolehan berkomunikasi dengan berkesan, serta mempunyai skill yang 
kompetitif dengan orang-orang lain di negara maju. Selebihnya adalah 
apa yang dipanggil rezeki. Kita juga biasanya memerlukan pengalaman 
[profesional sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang kita 
ceburi. 

Kalau anda mempunyai skill yang tukangtaip sebutkan di atas, anda 
mempunyai peluang dan mungkin tukangtaip boleh tolong referkan anda 
kepada syarikat tukangtaip. Setakat ini tukangtaip sudah dapat 
menolong seorang rakan tukangtaip bekerja di San Francisco, 
California. 

Adakah hidup di USA ini glamour? Tidak semestinya. Banyak cabaran 
yang harus kita tempuhi terutama yang telah berkeluarga. Bukan mudah 
untuk adjust kepada keadaan di sini. Rata-rata, tukangtaip lebih suka 
dengan masyarakat di Malaysia yang peramah serta lemah-lembut. Bila 
tukangtaip balik bercuti hari tu, tukangtaip dapat rasakan 
perbezaannya. 

Banyak adjustment yang perlu dibuat, dari perkara yang kecil 
sehinggalah perkara yang besar. Contohnya, toilet di sini tak gunakan 
paip air... jadi anda kenalah 'kreatif'. Pintu toilet pula, adalah 
setinggi lutut dan terdapat pembukaan yang cukup luas untuk 
membolehkan orang luar mengintai ke dalam. Anda kenalah belajar untuk 
selesa dengan keadaan macam ni. 

Banyak lagi benda, contohnya pemakanan -- anda tak boleh main makan-
makan saja di restoran kerana terdapat isu halal/haram. 

Jadi hidup di sini tidaklah glamour. Cuma, sebagai seorang 
programmer, gaji anda biasanya memampukan anda hidup dengan selesa 
dengan rumah yang baik serta kereta yang baik. 

Bagi tukangtaip, perkembangan intelek anak-anak juga menjadi faktor 
penting. Tukangtaip inginkan mereka supaya membesar di negara orang 
supaya mereka mendapat pandangan yang luas bila mereka dewasa kelak. 
Tetapi pada masa yang sama mereka membesar dalam keadaan yang agak 
terkawal agar tidak melupakan tatasusila sebagai orang Islam dan 
orang timur. 


-Tukangtaip-

http://www.hazman.com

    Source: geocities.com/tukangtaip