Soalan dari Gunx:

Antara point yg menarik perhatian saya dlm artikel tsbt (temuramah 
Hazman di akhbar Mingguan Malaysia) ialah tukangtaip ada menyatakan 
Malaysia masih dlm tahap perkembangan dlm IT manakala Amerika 
Syarikat sudah dalam tahapkematangan. 
Pada pendapat tukangtaip berapa lama tempoh bagi Malaysia utk 
mencapai ke tahap kematangan tsbt ? 

Jawapan:

Bila industri ini akan matang di Malaysia, quite honestly, tukangtaip 
tak tahu bila masanya, kerana tukangtaip bukan pakar ekonomi. Tetapi 
sudah pasti jika industri perisian ingin berkembang, maka pertama 
sekali kita perlu belajar dari orang lain. Ini tidak boleh dielakkan 
kerana kita masih lagi merangkak dari segi teknologi dan kebolehan 
mencipta. 

Terdapat usaha-usaha di negara kita untuk membuat 'technology 
transfer' dari negara luar. Misalnya projek simulasi kapalterbang 
yang pernah dibangunkan oleh S*****, mendapat technology transfer 
dari sebuah syarikat simulator di Montreal, Kanada. 

Ketika anda membaca buku-buku teks di universiti, anda sedang 
mengalami technology transfer dari minda orang luar ke dalam minda 
anda. 

Proses itu sedang berlaku. Dan insyaAllah lambat laun kita akan naik 
ke atas juga. Tetapi satu faktor yang penting ialah kemampuan dan 
keinginan diri kita sendiri untuk menaikkan tahap diri kita agar 
sejajar dengan tahap antarabangsa. 

Ketika tukangtaip membuat ceramah di universiti bulan Disember lalu, 
tukangtaip menyelinap masuk ke bilik tutorial mereka, menyamar 
sebagai student. Tukangtaip perhatikan reaksi pelajar-pelajar ketika 
pensyarah memberi tutorial. 

Tukangtaip tidak berapa suka dengan apa yang tukangtaip perhatikan. 
Reaksi pelajar-pelajar, amnya, adalah amat lembab dan tidak bermaya. 
Macam patung. Kaku. 

Jika ini reaksi yang ditunjukkan, maka bolehlah diramalkan bahawa 
kebanyakan pelajar ini hanyalah datang ke universiti untuk 'kais pagi 
makan pagi'. Sekadar cukup tenaga untuk survive saja. 

Untuk menjadi seorang programmer atau ahli komputer yang handal, 
seseorang harus meningkatkan dirinya jauh lebih tinggi dari tahap 
survival ini. Untuk industri perisian kita mencapai kematangan, yang 
penting sekali ialah kita perlu mempunyai pengetahuan, kecekapan 
serta kreativiti supaya dapat menghasilkan ciptaan baru, bukan 
setakat mempergunakan ciptaan orang lain untuk diubahsuai. 

Contohnya, kita mengimport komponen third-party dan hanya mengubah 
properties dalam VB untuk kegunaan projek kita. Bila negara kita 
sudah mencapai kematangan, maka kita sudah mampu untuk menghasilkan 
komponen-komponen ini sendiri, atau dapat mencari idea sendiri untuk 
mengimplementasikan business logic tanpa menggunakan komponen yang 
diimport. 

Jadi untuk negara kita mencapai kematangan dalam industri, kita 
secara kolektif harus bermula dengan diri kita sendiri. Proses 
pemprograman merupakan proses yang kreatif dan sepertimana proses-
proses artistik lain, ia perlu dilatihi. Tidak cukup hanya 
mempelajari. 

Namun ke mana berakhirnya ilmu ini bergantung kepada diri kita 
sendiri untuk meresapinya.

    Source: geocities.com/tukangtaip