Menu
  Home
  Biodata
  Lagu
  Lirik
  Guestbook
 
Maklumbalas
  Borang
  E-Mail
 
Carian

 
Counter
Counter
 

 

 

 


IN-TEAM

In-team ditubuhkan pada bulan Jun tahun 1998. Pada asalnya In-team adalah salah sebuah kumpulan nasyid di matrikulasi UIAM. Pelbagai nama telah dicadangkan untuk kumpulan ini, tetapi akhirnya In-team telah terpilih berdasarkan aspek keunikan dan maknanya yang bervariasi. In-team boleh ditakrifkan dalam dua maksud, dua bahasa. Di dalam bahasa Inggeris "In-team" bermaksud 'dalam kumpulan' manakala dalam Bahasa Melayu "intim" bermaksud akrab dan erat melambangkan hubungan ahli dalam satu kumpulan.

Pada awal penubuhannya, kumpulan ini sering mendapat jemputan bagi mengadakan persembahan samada di UIAM sendiri atau di luar kampus antaranya di Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Rabbani dan Hijjaz di Kuantan Pahang. Dalam menjadikan kumpulan ini sebuah kumpulan yang terbaik, berapa pertandingan nasyid telah disertai oleh In-team. Antaranya ialah pertandingan anjuran Kolej Ibnu Sina, Universiti Malaya yang mana in-team telah muncul juara dan mendapat anugerah vocal terbaik.

Hijjaz yang menjadi tetamu kehormat dalam satu majlis persembahan nasyid serta-merta tertarik dengan persembahan, bakat dan kebolehan In-team. Bertitik tolak daripada persembahan Hijjaz bersama in-team di Pahang, kumpulan ini akhirnya dilamar untuk sesi ujibakat dan seterusnya bernaung dibawah Hijjaz Muzik Entertainment bagi merakankan album. Secara rasminya, kumpulan In-team ditubuhkan dan bernaung di bawah Hijjaz Muzik Entertainment dan bersama-sama 'berjuang' bersama Hijjaz.

Inteam terdiri daripada remaja yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Shahril (shah), Hisyam (syam), Hazzamin (mien) dan Suhaimi (mie). Nama mereka semakin hari semakin popular, semakin di kenali, semakin ke depan. Sejak kemunculan album mereka yang pertama KASIH KEKASIH dan diikuti IMPIAN KASIH nama kumpulan ini semakin menjadi sebut-sebutan terutamanya di kalangan remaja.

Namun itu bukan tujuan asal. Bukan mencari populariti tetapi mencari kualiti. Lagu berkualiti, persembahan berkualiti bahkan personaliti yang berkualiti digabungkan untuk matlamat sebenar iaitu 'Menyeru dan mengajak ke arah kebaikan dan keredhaan Allah SWT' melalui nasyid.

 

 

  Copyright © Ikhwanul In-Team