Asas akidah
islamiah
Alhamdulillah hirubbil alamin wassolatu
wassol mu al saidina mohammadin wa ala alihi wasahbihi wasallam.
Segala puji bagi Allah Tuhan bagi sekelian
alam, selawat dan salam atas penghulu kita Nabi Mohammad s.a.w. dan siapa yang mengikuti
pertunjuknya hingga ke hari khiamat. Umat Islam pada hari ini tidak menghayati
ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka dan kebanyakan mereka tidak
mengetahui ajaran Islam yang mereka anuti kebanyakan cara hidup mereka
berpedoman kepada kehendak nafsu, mereka mencampur aduk antara ajaran Islam
dengan ajaran-ajaran bukan Islam, kecuali sebilangan yang amat kecil yang masih
hidup secara Islam.
Firman Allah:(Al-Quran, ayat: 34) yang
bermaksud:
"Nampakkah (wahai Mohammad) keburukan
keadaan orang yang menjayakan hawa nafsunya tuhan yang dipuja bagi ditaati ?
Maka dapatkah engkau menjadi pengawal yang menjaganya jangan sesat. Atau adalah
engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendakwa atau memahaminya (apa yang
engkau sampaikan kepada mereka) mereka hanya seperti binatang ternakan bahkan
bawaan mereka lebih sesat lagi".
Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa
orang yang berpedoman kepada hawa nafsu adalah sesat, mereka tidak akan menemui
jalan yang benar. Kerana tabiat nafsu lebih suka kepada kebebesan yang mutlak
dan itu adalah tabiat binatang.
Membentuk Akidah Manusia
Manusia sebagai makhluk Allah yang mulia
mempunyai akal fikiran maka untuk membentuk dan mendisplinkan mereka mestilah
berasaskan akidah ketuhanan dan dengan pegangan akidah ketuhanan dapat
membendung manusia dan melakukan kejahatan dan harus menyedari bahawa apa
bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh manusia pada hari ini adalah berpunca
tentang akidah ketuhanan. Umat Islam pada hari ini sangat memerlukan kepada
pembinaan akidah dan menamakan rasa kebesaran Allah di dalam hati terutama di
saat pembinaan kebendaan yang sangat pesat ini. Sekiranya tidak seimbang dengan
pembangunan akidah dengan pembangunan kebendaan maka pembangunan kebendaan akan
rosak dan runtuh. Umat Islam pada hari ini telah hilang pegangan keagamaan.
Sehingga mereka yang sering mengerjakan amal ibadat masih juga berterusan
melakukan berbagai kemaksiatan hingga sampai ke peringkat mengejek-ngejek dan
memperkecil-kecilkan ajaran agamanya sendiri sedangkan perbuatan itti boleh
terkeluar dan Islam (murtad) demikian menurut pendapat Imam Malik, Al-Shafie,
Ahmad bin Hambal, Imam al dan Ishak.
Fiman Allah:(Surah At-Taubah, ayat: 21)
Yang bermaksud :
" Dan jika mereka mencabuli
sumpahannya sesudah mereka mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela
agamamu maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir
".
Apa Erti Akidah Ketuhanan
Akidah ertinya ikatan, pegangan terhadap
rukun-rukun iman yang enam :
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab-Kitab
4. Beriman kepada Rasul-Rasul
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar
Ini berdasarkan kepada
pertanyaan seseorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w.
( Riwayat Muslim )
Yang bermaksud:
" Lelaki itu bertanya: Ceritakan
kepada ku tentang iman ? Baginda bersabda: Iman itu bahawa engkau beriman
kepada Allah, Malaikatnya, Kitab-kitabnya, Rasul-Rasulnya, Hari Akhirat dan
Beriman dengan Qadar baik dan buruk ".
Beriman Kepada Allah
Beriman kepada Allah merangkumi dan segi
rububiyahnya iaitu beriman bahawa Allah sebagai pencipta alam, pengatur dan
penyusuan dan lain-lain. Beriman dan segi uluhiyahnya iaitu mengesakan Allah
dalam peribadatannya dan beriman kepada Allah dan segi isma' dan sifatnya iaitu
beriman bahawa nama-nama Allah dan sifat-sifatnya sesuai dengan kebesarannya.
Beriman kepada Allah adalah merupakan rukun yang sangat penting dan ia adalah
asas akidah, manakala rukun-rukun yang lain itu tertakluk di bawah beriman
kepada Allah.
Semua Makhluk Memuji Allah
Seseorang yang beriman harus menyedari
bahawa tiada suatu pun makhluk di dalam alam mi yang tidak bertasbih dan memuji
Allah.
Firman Allah:(Surah Al-Isra', ayat : 44)
Yang bermaksud:
" Tiada sesuatu pun melainkan
bertasbih memujinya tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka ".
Semua Makhluk Bersedia Untuk Berkhidmat
Bagi Manusia. Allah telah menceritakan bahawa angin dan sebahagian dan jin
berkhidmat untuk Nabi Sulaiman a.s.,
Firmannya:(Surah Saba, ayat: 21-31)
Yang bermaksud:
" Dan kami kurniakan kepada Nabi
Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanan satu perjalanan adalah
menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepanjang perjalanannya adalah menyamai
perjalanan biasa sebulan, dan kami alirkan baginya mata air dan telaga dan kami
mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya
dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah kami. Kami akan
merasakannya (pukulan) dan azab api neraka gulungan jin ini membuat untuk Nabi
Sulaiman apa yang ia kehendaki dan bangunan-bangunan yang tinggi dan
patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang seperti kolam serta
periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya ".
Beriman Kepada Malaikat
Beriman kepada Malaikat adalah sebahagian
dan akidah. Al-Quran menceritakan kepada kita bahawa para Malaikat di wakilkan
oleh Allah untuk menjaga manusia, dan ditugaskan untuk mengira dan
memperhitungkan amalan-amalan manusia dan merekodkan di dalam buku catatan
peribadi mereka,
Firman Allah:(Surah At-Thariq, ayat : 4)
Yang bermaksud:
" Tiada sesuatu diri jua pun melainkan
ada malaikat yang menjaga (keadaan serta penyimpan peringatan mengenai segala
bauan)".
Firman Allah:(Surah Qaf, ayat: 18)
Yang bermaksud:
" Tidak ada sebarang perkataan yang
dilafazkannya atau perbuatan yang dilakukan melainkan ada di sisinya malaikat
pengawas sentiasa sedia menulisnya".
Dan firmannya:(Surah Ar-Ra'ad, ayat:10-11)
Yang bermaksud:
"Sama sahaja kepadanya: Sesiapa di antara
kamu yang merahsiakan katanya di dalam hati dan menyatakannya juga yang
bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar beijalan pada waktu siang bagi
tiap-tiap seseorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dan hadapan dari
dan belakangnya yang mengawas dan menjaga dengan sebab perintah Allah."
Malaikat yang ditugaskan untuk mengira
amalan-amalan manusia ia mencatat semuanya kemudian dikemukakan kepada Allah
Rabil'alamin untuk diberi balasan yang sewajarnya. Beriman Kepada Kitab-Kitab Allah Beriman kepada kitab-kitab Allah adalah satu
juzu dari akidah dan yang dimaksudkan dengan beriman kepada kitab-kitab ialah
beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi: iaitu
Sahaf yang diturunkan kepada Ibrahim,Taurat diturunkan kepada Musa, Injil yang
diturunkan kepada Isa, Zabur yang diturunkan Nabi Daud dan Al-Quran yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
Mengenai beriman kepada kitab-kitab, dua
perkara yang patut diperhatikan :
1. Yang dimaksudkan dengan beriman kepada
kitab-kitab ialah beriman kepada kitab-kitab yang asal yang diturunkan sebelum
dipinda oleh tokoh-tokoh agama dan diketahui bahawa kitab-kitab Allah yang lain
dari Al-Quran semua telah dipinda dan ditukar ganti ayatnya,
Firman Allah:(Surah Ah Imran, ayat: 78)
Yang bermaksud:
" Dan sesungguhnya di antara mereka
(ahli-ahli kitab) ada ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa
membaca kitab Taurad dengan mengubah maknanya supaya kamu menyangkanya
sebahagian dan kitab (Taurad) pada hal ia bukanlah dan kitab itu, dan mereka
pula berkata: bahawa ia adalah dari sisi Allah pada hal ia bukanlah dari sisi
Allah dan mereka (tergamak) berkata dusta terhadap Allah sedangkan mereka
mengetahui (bahawa mereka adalah dusta)’.
2. Al-Quran adalah kitab Allah yang terakhir
diturunkan iaitu diturunkan kepada Nabi Mohammad s.a.w, ia tidak di datangi
oleh sebarang kepalsuan ia dijaga oleh Allah s.w.t.,
Firman Allah:(Surah AI-Hajj, ayat: 9)
Yang bermaksud:
" Sesungguhnya Kami-lah yang
menurunkan al-Quran dan Kami-lah yang memelihara dan menjaga ".
Al-Quran merupakan, (manhaj) jalan-jalan
diturunkan sebagai pedoman untuk manusia mencapai kejayaan dan kebahagiaan di
dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Ia menunjuk jalan yang lurus untuk
manusia.
Firman Allah: (Surah Al-Isra', ayat : 9)
Yang bermaksud:
" Sesungguhnya Al-Quran itu memberi
petunjuk ke jalan yang amat betul ".
Al-Quran merupakan dastur yang paling baik
untuk manusia, kerana ia adalah ciptaan Allah yang lebih mengetahui tentang hal-hal
manusia, menolak peraturan al-Quran bermakna menolak peraturan yang lebih baik
untuk manusia.
Beriman Kepada Para Rasul a.s.w.
Beriman kepada para Rasul a.s.w. adalah
satu juzu' dan akidah. Yang dimaksudkan dengan beriman kepada para Rasul ialah
mempunyai bahawa mereka adalah perutusan Allah untuk manusia. Tidak harus di
bezabezakan antara seseorang Rasul dengan Rasul yang lain. Mengingkari
mana-mana Rasul yang di utuskan bermakna mengingkari risalah-risalah Allah dan
mengingkari al-Quran. Kerana al-Quran menyebut nama-nama sebahagian dan mereka.
Firman Allah:(Surah al-Baqarah, ayat : 285)
Yang bermaksud:
" Rasulullah telah beriman kepada apa
yang diturunkan kepadanya dan Tuhannya dan juga orang yang beriman semuanya
beriman kepada Allah dan malaikat, dan kitabnya dan rasulnya (mereka berkata)
kami tidak membeza-bezakan antara seseorang (dengan yang lain) dan
Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi, kami dengar dan kami taat (kami pohon)
keampunan Mu wahai Tuhan kami dan kepada Kamu jualah tempat kembali ".
Beriman Kepada Hari Akhirat
Beriman kepada adanya Hari Akhirat adalah
satu juzu' dan akidah ia memberi kesan yang kuat dalam membentuk manusia dan
membendung kejahatan-kejahatan manusia. Orang yang menyedari bahawa ia akan di
bawah kehadapan pengadilan Allah pada han akhirat sudah tentu ia akan berfikir
terlebih dahulu sebelum ia melakukan suatu kejahatan dan tiada seorang pun yang
dapat melarikan diri dan hukum Allah,
Firman Allah:(Surah al-Isra', ayat: 13-14)
Yang bermaksud:
"Dan tiap-tiap seorang manusia kami
kalungkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada han khiamat kelak dan kami
akan keluarkan kepadanya kitab surat-suratan amalan yang akan di dapatinya
terbuka untuk di tatap, lalu kami perintahkan kepadanya bacalah suratan
amalanmu, cukuplah engkau sendiri pada han itu menjadi penghitung terhadap
dirimu tentang segala yang telah engkau lakukan."
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Allah
Beriman kepada Qada' dan Qadar adalah satu
juzu' dari akidah, erti beriman kepada Qada' dan Qadar ialah menyakini bahawa
apa jua yang berlaku di dalam dunia ini termasuk perkara-perkara yang berlaku
pada diri manusia adalah telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t tanpa campur tangan
manusia. Manusia dituntut supaya meredai apa jua yang ditakdirkan itu. Sama ada
baik atau buruk di samping berusaha untuk mengelakkan dan sebarang bala dan
berikhtiar untuk mendapatkan rezeki, beriman kepada Qada' dan Qadar bukanlah
memberi erti menyerah sesuatu kepada takdir tanpa sebarang usaha dan ikhtiar.
Beriman kepada Qada' dan Qadar mendorong
seseorang itu bekerja lebih keras untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Ayat
yang mulamula menyentuh tentang Qada' dan Qadar ialah mengenai rezeki dan ajal
di mana Allah-lah menyatakan bahawa kedua-duanya tidak akan bertambah atau
kurang dengan semata-mata usaha manusia. Seseorang tidak akan mati sebelum tiba
ajal yang di tetapkan dan sebelum habis rezeki yang telah Allah tetapkan.
Firman Allah:(Surah Al Imran, ayat: 145)
Yang bermaksud:
" Dan tiap-tiap yang bernyawa tidak
akan mati melainkan dengan izin Allah iaitu satu ketetapan (ajal) yang tertentu
masanya yang ditetapkan oleh Allah".
Dan Sabda Rasulullah s.a.w.
Yang bermaksud:
" Ketahuilah bahawa sekiranya umat
manusia semuanya bersepakat untuk memberi manfaat (menolong) engkau dengan
sesuatu pertolongan nescaya mereka tidak dapat menolong engkau kecuali apa yang
telah dituliskan (ditakdirkan) dan sekiranya mereka bersepakat hendak
memudaratkan engkau dengan sesuatu kemudaratan nescaya mereka tidak dapat
memberi kemudaratan kepada engkau kecuali apa yang telah dituliskan
(ditakdirkan) oleh Allah ke atas engkau, diangkat akan kalam dan keringlah
dakwat (ertinya itulah yang ditetapkan oleh Allah)".
Umat Islam pada hari ini perlu
menterjemahkan pengertian akidah ini ke dalam penghidupan mereka supaya
seimbang antara pembinaan kebendaan dengan pembinaan kerohanian dan semoga akan
dapat membendung gejala-gejala yang sedang menimpa masyarakat pada hanri ini,
antara gejala-gejala itu ialah:
1. Pengaruh barat yang berteraskan
kebendaan yang menguasai masyarakat dan ia adalah utama ke arah kerosakan
akhlak.
2.Penumpuan masyarakat ke arah pencapaian
akademik yang tinggi sehingga lupa tanggungjawab terhadap Allah.
3. Alat-alat sebaran am, media cetak dan
elektronik memberi peluang yang luas kepada peminat-peminat hiburan.
4. Penyelewengan dalam perniagaan dan
pembangunan dan memperniagakan hak rakyat.
5. Tidak bertanggungjawab dalam menjalankan
tugas harian yang diamanahkan.
6. Pengaruh politik wang yang mempengaruhi
sebahagian ahli-ahli politik.
7. Pilih kasih dalam pembahagian jawatan
dan pekerjaan kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan.
8. Sistem ganjaran yang tidak adil.
9. Pengaruh dadah, arak, rasuah, judi dan
lain-lain.
Gejala-gejala seperti ini tidak dapat dihapuskan
dengan hanya bergantung kepada ketegasan undang-undang semata-mata tetapi perlu
juga kepada kesedaran kerana yang menjadi perakuan ialah pegangan akidali
ketuhanan yang mendalam.
Beriman kepada Allah dan segi uluhiyahnya, rububiyahnya
dan asmak dan sifatnya adalah merupakan tali yang menghubung antara manusia
dengan Allah, kerana makhluk yang paling mulia yang ada atas muka bumi ini
ialah manusia dan suatu yang paling mulia yang ada di dalam diri manusia ialah
hatinya dan sesuatu yang paling mulia yang ada di dalam hati ialah iman kepada
Allah kerana demikian orang yang dikurniakan nikmat iman ialah sebesar-besar
nikmat dan semulia-mulianya.
Firman Allah:(Surah al-Hujurat, ayat : v)
Yang bermaksud:
" Allah menjadikan iman itu perkara
yang kamu cintai serta diperhiaskan di dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran
dan perbuatan fasik serta perbuatan durhaka itti perkara-perkara yang kamu
benci, mereka bersifat demikian ialah orang-orang tetap menurut jalan yang
lurus ".
Iman kepada Allah tidak cukup dengan hanya
semata-mata ucapan dengan lidah dan dipercayai oleh hati, tetapi iman yang
sebenarnya ialah pegangan sepenuhnya dengan hati kemudian akan terbitkan
buktinya seperti matahari yang mengeluarkan cahayanya dan bunga mawar yang
mengeluarkan baunya yang wangi.
Ciri-ciri Keimanan
Antara ciri-ciri keimanan seseorang itu
ialah mencintai Allah dan Rasulnya mengatasi cintanriya kepada bapa, anak,
isteri, jawatan, pangkat dan apa jua yang ia kasihi dan miliki dan ternampak
tanda-tanda cintanya kepada Allah dan Rasulnya pada percakapan, perbuatan dan
segala urusan hidupnya.
Firman Allah:(Surah At-Taubali, ayat : 24)
Yang Bermaksud:
" Katakanlah wahai Mohammad, jika
bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kami dan isteri-isteri
(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahai
dan perniagaan yang kamu bimbing akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal
yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih dan
Allh dan Rasulnya dan daripada berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga
Allah mendatangkan keputusan (azab siksanya) kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik ".
Dan ayat-ayat di atas dapatlah difahamkan
bahawa mencintai keduniaan mengatasi cintanya kepada Allah dan Rasulnya dan
juga cintanya kepada berjihad ke jalan Allah boleh membawa kepada bala bencana
di dunia dan di akhirat dan orang yang bersifat demikian adalah fasik. Ia tidak
akan mendapat taufik dan hidayah dan Allah selama-lamanya.
Keimanan seseorang tidak akan sempurna
selagi tidak merasai benar- benar cinta kepada Allah dan Rasulnya dan cinta
syariatnya dan cintakan perjuangan untuk menegakkan syariatnya, Sabda
Rasulullah s.a.w.:(Riwayat Muslim)
Yang bermaksud:
"Tiga perkara, sesiapa yang
mempunyainya akan terasa kemanisan iman : ia kasih kepada Allah dan Rasulnya
melebihi kekasihnya kepada selain dan keduanya, dan ia tidak kasih kepada
seseorang melainkan kerana Allah, dan ia benci kembali kepada kekufuran setelah
Allah selamat-kannya seperti mana ia benci bahawa dicampak ke dalam api."
Seperti mana cintakan Allah dan Rasulnya
merupakan antara ciri-ciri keimanan seseorang itu, maka demikian juga berjihad
untuk menegakkan agamanya adalah juga antara ciri-ciri keimanan, dan al-Quran
sering menyertakan iman dengan jihad dalam beberapa ayatnya antara:
Firman Allah:(Surah al-Hujurat, ayat: 15)
Yang bermaksud:
" Sesungguhnya orang-orang yang
benar-benar beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya
kemudian mereka terus percaya dengan tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang
dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang
yang benar-benar (pengakuan imannya) ".
Keimanan seperti ini telah dibuktikan oleh
para sabahat Rodhi Allah hu anhum sehingga Allah memuji mereka dan
Firmannya:(Surah al-Ahzab, ayat : 23)
Yang bermaksud:
" Di antara orang beriman itu ada
orang yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah
(untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai
menjalankan janjian itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu
giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu sedikit
pun)."
Orang yang benar-benar beriman kepada Allah
sangat jelas takutnya kepada Allah kerana orang yang kenal Allah dan
kebesarannya maka akan menyedari kekurangan dan kecuaiannya terhadap perintah
Allah.
Firman Allah:(Surah Fathir, ayat : 23)
Yang bermaksud:
" Sebenarnya yang menaruh bimbang dan
takut melanggar perintah Allah dan kalangan hambanya hanyalah orang yang
berilmu."
Dan firmannya lagi:(Surah al-Ahzab, ayat :
39)
Yang bermaksud:
" (Nabi-nabi yang telah lalu itu)
ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah, serta mereka takut melanggar
perintahnya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun yang lain dari
Allah."
Sebagai tanda keimanan yang paling nyata
lahirnya pada seseorang itu ialah berpegang teguh kepada ajaran wahyu Allah dan
berpegang teguh kepada ajaran Allah, bermakna ia sentiasa berhubung dengan
Allah dan mengambilnya ajaran itu dan Allah,
Firman Allah:(Surah an-Nur, ayat: 51-52)
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan
oleh orang-orang yang beriman ketika di ajak kepada kitab Allah dan sunah
Rasulnya supaya menjadi hakim memutuskan perkara-perkara di antara mereka
hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat dan mereka itulah
orang-orang yang beroleh kejayaan dan sesiapa yang taat kepada Allah dan
Rasulnya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan
terdedah kepada azab Allah, merekalah orang-orang yang beroleh
kemenangan."
Dan firmannya lagi:(Surah an-Nisa, ayat :
65)
Yang bermaksud:
"Maka demi tuhan mu (wahai Mohammad)
mereka tidak (disifatkan) beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam
mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka. Kemudian mereka tidak pula
merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan dan apa yang telah engkau
hukumkan dan mereka menerima (keputusan itu) dengan sepenuhnya."
Orang yang benar-benar beriman ternampak
betapa erat hubungannya dengan Allah dan dengan sesama orang yang beriman, ia
sentiasa sujud, rukuk kepada Allah dan mematuhi apa jua larangannya dan
berlemah lembut terhadap sesama orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap
orang kafir.
Firman Allah:(Surah al-Fatihah, ayat: 29)
Yang bermaksud:
"Nabi Mohammad pesuruh Allah dan orang
yang sama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir (musuh Islam)
dan (sebaliknya) bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat
Islam)."
Antara ciri-ciri keimanan seseorang ialah
sentiasa mengerjakan amal soleh dan membersihkan dirinya dari kekotoran dosa,
kerana demikian kebanyakan ayat-ayat al-Quran menyertakan perkataan iman dengan
amal soleh sebagai menyatakan bahawa amal soleh itu adalah buat bagi iman dan
juga sebagai menyatakan bahawa iman yang palsu tidak akan melahirkan buahnya
iaitu amal soleh dan akan lahir tanda-tanda kepalsuan iaitu nifak dan riak,
Firman Allah:(Surah al-Ashr, ayat : 1-3)
Yang bermaksud:
" Demi masa, sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula
berpesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar."
Iman yang sebenar akan lahirlah peribadi
yang mulia dan mempunyai kekuatan. Dan berjaya dalam segala urusan dunia dan
akhirat kerana mereka sentiasa mendapat pertolongan dan pertunjuk dan Allah.
Firman Allah:(Surah ,ayat : 51)
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami tetap membela serta
mempertahankan Rasul-Rasul kami dan orang yang beriman, dalam kehidupan dunia
dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari khiamat)."
dan firmannya:(Surah Ar-Rum, ayat: 47)
Yang bermaksud:
" Dan sememangnya adalah menjadi
tanggungjawab kami menolong orang yang beriman."
Sekiranya orang-orang beriman menyedari
serta yakin akan kenyataan-kenyataan di atas maka akan bertambah lagi imannya
kepada Allah dan segala gerak-gerinya mestilah menumpu ke arah mencari
keredhaan Allah.
Orang yang benar-benar beriman kepada Allah
akan dapat merasai :
1. Bebas dari dikuasai oleh orang lain
kerana orang yang beriman hatinya sentiasa bergantung kepada Allah yang maha
berkuasa, dia yang menghidupkan dan yang mematikan memberi manfaat dan mudarat,
muliakan dan menghinakan.
Firman Allah:(Surah Al-A'raf, ayat:188)
Yang bermaksud:
" Katakanlah: aku tidak berkuasa
mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak kecuali apa yang
dikehendaki oleh Allah dan kalau aku mengetahuinya (perkara-perkara yang azab)
tentu aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan
faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah
pesuruh Allah yang memberi amaran (bagi orang yang engkar) dan membawa berita
gembira bagi orang yang beriman."
Punca-punca kemunduran seseorang atau
sesuatu bangsa ialah apabila ia di kuasai atau di tindas oleh orang lain sama
ada dan segi politik atau keagamaan. Maka Islam datang untuk membebaskan
manusia dan diperhambakan oleh sesama manusia dan di kongkong pemikiran dan
peradapannya.
2. Orang yang beriman kepada Allah
merasakan dirinya berani dan kuat dan tidak takut kepada mati malah menjadi
cita-cita untuk mati syahid dalam membela agama. Kerana orang yang beriman
kepada Allah ia menyakini bahawa Allah yang melanjutkan usia seseorang dan
memendeknya. Dan bukan kerana sebab-sebab yang lain,
Firman Allah:(Surah Ah Imran, ayat: 145)
Yang bermaksud:
" Dan tiap-tiap makhluk yang bernyawa
tidak akan mati melainkan dengan izin Allah iaitu satu ketetapan ajal yang
tertentu."
dan Firmannya:(Surah Ali Imran, ayat: 154)
Yang bermaksud:
" Mereka menyembunyikan di dalam hati
mereka apa yang tidak mereka nyatakan kepada mu, mereka berkata (sesama
sendiri) kalaulah ada sedikit bahagian kita dan pertolongan yang dijanjikan itu
tentulah (orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? Katakanlah (wahai
Mohammad): kalau kamu berada di rumah kami sekalipun nescaya keluarlah juga
orang-orang telah ditakdirkan oleh Allah akan terbunuh itu di tempat mati masing-masing."
dan Firmannya:(Surah An-Nisa, ayat: 87)
Yang bermaksud:
" Di mana jua kamu berada maut akan
mendapatkan kamu bila sudah sampai ajal, sekalipun kamu berada dalam
benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."
3. Orang yang beriman menyakini bahawa
rezeki adalah datang dan Allah dan bukan datang dan manusia dan tidak pula
bertambah dengan hanya usaha manusia semata-mata.
Firman Allah:(Surah Hud, ayat: 6)
Yang bermaksud:
" Dan tiadalah sesuatu pun dari
makhluk-makhluk yang bergerak dibumi melainkan Allah jualah yang menanggung
rezekinya dan mengetahui tempat kediaman dan tempat ia simpan."
dan Firmannya:(Surah Al-Ankabut, ayat: 60)
Yang bermaksud:
"Dan ingatlah berapa banyak binatang
yang tidak membawa rezekinya bersama-sama, Allah jualah yang memberi rezeki
kepadanya dan kepada mu dan Dialah yang sangat mendengar lagi mengetahui."
dan Firmannya:(Surah Al-Ankabut, ayat: 63)
Yang bermaksud:
" Allah memewahkan rezekinya bagi
sesiapa yang di kehendakinya di antara hamba-hambanya dan menyempitkan rezekinya
itu baginya."
Apabila orang yang beriman menyedari bahawa
rezekinya di tangan Allah maka akan terlepaskan ia dari sifat bakhil, tamak
haluba dan sebagainya dan bertukar menjadi pemurah dan suka berkorban dengan
harta benda.
4. Tentang hati dan tetap jiwanya.
Firman Allah:(Surah ar-Ra'ad, ayat: 28)
Yang maksud:
" Orang-orang yang beriman dan tenang
tenteram hati mereka dengan zikir Allah dan ketahuilah dengan zikir Allah itu
tenang tenteramlah hati manusia."
dan Firmannya:(Surah al-Fatihah, ayat : 4)
Yang bermaksud:
" Dialah yang menurunkan semangat
tenang tenteram ke dalam hati orang yang beriman (semasa mereka meradang
terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambali iman dan yakin di samping iman
dan keyakinan yang sedia ada."
Apabila hati orang beriman sentiasa tenang
maka ia menghadapi ujian Allah dengan tabah, dan tidak berputus asa sekiranya
tidak tercapai sesuatu yang dikehendakinya.
5. Orang yang beriman mempunyai kekuatan
untuk mengalahkan nafsunya dan godaan syaitan, kerana demikian orang yang
benar-benar beriman tidak akan terjebak dengan keduniaan yang kotor dan mereka
sentiasa mulia di sisi Allah dan pada pandangan manusia, dan itulah merupakan
rahsia mengapa Allah selalu menyertakan iman dengan amal soleh kerana amal
soleh itu adalah buah bagi iman.
Firman Allah:(Surah Yunus, ayat 9)
Yang bermaksud:
" Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman
mereka sempurna."
dan Firmanya:(Surah al-Hajj, ayat: 54)
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah sentiasa memimpin
orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."
dan Firmannya:(Surah At-Taghabun, ayat:11)
Yang bermaksud:
"Dan sesiapa beriman kepada Allah maka
Allah akan memimpin hatinya."
6. Orang yang benar-benar beriman kepada
Allah maka Allah akan memberi penghidupan yang baik semasa di dunia dan di
akhirat. Yang dimaksudkan dengan penghidupan yang baik di dunia termasuklah
selamat dan kegelinciran akidah, mendapat pertolongan bila berhadapan dengan
musuh-musuh, selamat harta benda rumah tangga, anak isteri dan menghadapi
cabaran hidup dengan mudah.
Firman Allah:(Surah an-Nahl, ayat : 97)
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang beramal soleh dan lelaki
dan perempuan sedang ia beriman maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dengan
kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka akan pahala
mereka dengan balasan yang lebih baik dan apa yang telah kerjakan."
dan Firmannya:(Surah al-A'raf, ayat : 96)
Yang bermaksud:
"Dan sekiranya penduduk negeri itu
beriman serta bertakwa tentulah kami akan membukakan kepada mereka itu pintu
pengertian yang melimpah berkatnya dan langit dan bumi."
Perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadat
Orang Islam yang melafazkan dua kalimah
syahadat mestilah menjaga dan berlakunya perkara-perkara yang membatalkan
syahadatnya kerana orang yang bersyahadat adalah seperti orang yang berwudu'.
Selagi ia tidak melakukan perkara-perkara membatalkan wudu' nya maka selama
itulah ia berada dalam keadaan suci, demikianlah orang yang bersyahadat; selagi
tidak berlaku perkara-perkara yang membatalkan syahadatnya maka selama itulah
ia dalam keadaan mukmin. Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadat
adalah seperti berikut:
Bertawakal dan Menyerah Diri Kepada Yang
Lain Dari Allah
Firman Allah: (Surah al-Maidah, ayat : 23)
Yang bermaksud:
"Dan kepada Allah jualah hendaklah
kamu semua berserah, jika kamu benar orang yang beriman."
Bertawakal kepada Allah bukan bererti meninggalkan
sebarang usaha tetapi yang dimaksudkan ialah bertawakal kepada Allah ialah
menyerah diri kepada Allah setelah berusaha dan berikhtiar.
Allah menyuruh kita beramal ibadat tetapi
tidak seharusnya berpegang dan percaya kepada amalan semata-mata. Kerana
seorang mukmin tidak memasuki syurga dengan amalannya semata-mata tetapi
memasuki syurga dengan iman serta janji Allah terhadap orang yang beriman dan
beramal.
Allah menyuruh kita berusaha bercucuk tanam
tetapi tidak seharusnya kita menaruh kepercayaan sepenuh kepada tanaman yang
kita usahai itu tetapi kepercayaan sepenuhnya ialah kepada Allah yang memberi
rezeki.
Allah menyuruh orang-orang Islam
menyediakan alat kelengkapan senjata untuk berperang melawan musuh tetapi tidak
seharusnya menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap alat senjata, tetapi
kepercayaan untuk mencapai kemenangan ialah dengan pertolongan Allah,
Firman Allah: (Surah al-Anfal, ayat : 60)
Yang bermaksud:
"Sediakanlah untuk menentang
musuh-musuh yang menceroboh segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan
dan pasukan berkuda yang lengkap."
dan berfirman: (Surah Al Imran, ayat : 126)
Yang bermaksud:
"Dan ingatlah bahawa pertolongan yang
membawa kemenangan itu hanya dari sisi Allah yang maha kuasa lagi maha
bijaksana."
1. Tidak Mahu Mengakui Bahawa Segala Rezeki
Adalah Datang Dari Allah
Orang yang sengaja tidak mahu mengakui
bahawa rezeki yang diterima itu datang dari Allah adalah bertentangan dengan
kalimah syahadat yang diucapnya (la illah ha illah) kerana orang yang melafazkan
kalimah itu dengan sendirinya mengakui Allah (Allah sebagai pentadbir dan
memberi rezeki).
Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa
ramai dan kalangan manusia yang kufur yang kedua itu, Firman Allah:(Surah
Ibrahim, ayat: 36)
Yang bermaksud:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah
nescaya lemahlah kamu untuk menentu bilangannya. Sesungguhnya manusia sangat
suka meng-ingkarinya lagi tidak menghargai nikmat Allah."
dan firman:(Surah Lokman, ayat: 20)
Yang bermaksud:
"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa
Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan apa yang
ada di bumi dan telah melimpah kepada kamu nikmat-nikmatnya yang zahir dan
nikmatnya yang batin dalam pada itu ada antara manusia orang yang membantah
dalam perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan kepada
pengetahuan atau sebarang petunjuk."
3. Beramal Bukan Untuk Allah
Segala pekerjaan yang dilakukan oleh
manusia sama ada ia berupa duniawi atau akhirwi adalah untuk dinilai oleh
Allah, dan amal ibadat itu tidak tertentu pada solat, puasa, zakat, haji malah
setiap amalan yang dilakukan kerana Allah adalah ibadat,
Firman Allah:(Surah al-An'am, ayat :
162-163)
Yang bermaksud:
"Katakanlah sesungguhnya sembahyangku
dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekelian alam dan tidak sekutu baginya."
Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa
apa bentuk pekerjaan yang dilakukan kerana Allah serta tidak berjangkit dengan
ajaran Islam adalah dikira sebagai ibadat maka akan terkeluar dan erti ibadat
ialah apa bentuk pekerjaan yang bukan khasatkah kerana Allah walaupun ia berupa
ibadat seperti:
- Berkhidmat untuk negara (yang betulnya
berkhidmat kerana Allah untuk negara)
- Berkhidmat untuk masyarakat (yang
betulnya berkhidmat kerana Allah untuk masyarakat)
- Ilmu untuk ilmu (yang betulnya ilmu untuk
diamal dan amal untuk Allah).
Dan seterusnya apa jua amalan pekerjaan
yang memalingkan manusia dan berhadap kepada Allah adalah syirik.
4. Memberi Kuasa Kepada Selain Allah
Untuk menetapkan sesuatu hukum sama ada
halal atau haram atau memberi kuasa hakim kepada selain Allah sedangkan ia
adalah kepunyaan Allah,
Firman Allah:(Surah al-A'raf, ayat : 54)
Yang bermaksud:
"Ingatlah kepada Allah jualah tertentu
urusan mencipta dan urusan pemerintahan."
dan firmannya:
Yang bermaksud:
"Hanya Allah jualah yang menetapkan
hukum ia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi
keputusan."
Firman Allah:(Surah at-Taubah, ayat : 31)
Yang bermaksud:
"Mereka menjadikan pendita-pendita dan
ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik selain dari Allah."
Termasuk juga dibawah pengertian memberi
kuasa menentukan sesuatu hukum ialah melalui dasar demokrasi berparlimen atau
apa jua peraturan-peraturan untuk menentukan sesuatu hukum halal atau haram
tanpa berdasarkan kepada dalil-dalil dan al-Quran dan Hadith.
Umat Islam di arah supaya mengikuti hukum
hakam yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya.
Firman Allah:(Surah al-Jatsiyah, ayat 18)
Yang bermaksud:
"Pada kesudahannya kami jadikan engkau
(wahai Mohammad) dan utuskan engkau menjalankan satu jalan yang cukup lengkap
dan hukum-hukum agama maka turutlah jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa
nafsu orang yang tidak mengetahui."
5. Memberi Ketaatan Kepada Selain Allah
Tanpa Keizinannya
Kerana perkataan " la illah ha illah
" memberi erti: tiada tuhan yang di taati melainkan Allah. Ketaatan yang
dizinkan oleh Allah ialah mentaati Rasulnya.Firman Allah
Yang bermaksud: (Surah An-Nisa, ayat 80)
"Sesiapa yang taat kepada Rasulallah
maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah."
Dan mentaati pemerintah, Firman
Allah:(Surah An-Nisa, ayat 59)
Yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, taatlah
kamu kepada ALlah dan taatlah kamu kepada RasullAllah dan juga kepada ullul
amri (pemimpin)."
Walau bagaimanapun, mentaati pemimpin di
syaratkan ia terlebih dahulu mentaati Allah, menyerahkan segala urusan kepada
Allah dan Rasulnya dan ketaatan kepadanya adalah di dalam perkara-perkara yang
diharuskan oleh syara'. Adapun perkara-perkara yang dilarang oleh syara’ maka
tidak harus di taati seperti tersebut di dalam hadith, baginda
bersabda:(Riwayat Ahmad)
Yang bermaksud:
"Tidak harus mentaati makhluk dalam
melakukan kemaksiatan terhadap Alkhalid (Allah)."
Firman Allah:(Surah al-An'am, ayat 116)
Yang bermaksud:
"Dan jika engkau menurut kebanyakan
orang yang ada di muka bumi nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan
Allah."
Dan firman:(Surah al-Syu'ara, ayat : 151)
Yang bermaksud:
"Dan janganlah mentaati
perintah-perintah orang yang melampaui batas-batas iaitu orang yang melakukan
kerosakan di bumi dan tidak membuat."
6. Berhukum dengan hukuman yang lain dari
hukum Allah dan Rasulnya
Antara perkara yang membatalkan syahadat
ialah berhukum dengan hukum yang lain dari hukum Allah dalam perkara yang telah
di naskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulnya,
Firman Allah:(Surah al-Maidah, ayat : 44)
Yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang tidak menghukum
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka
itulah orang-orang yang kafir."
Dan firman:(Surah an-Nisa, ayat : 60)
Yang bermaksud:
"Maka demi tuhanmu (wahai Mohammad)
mereka tidak disifatkan sebagai beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim
dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian pula yang
merasa di dalam hati mereka satu keberatan dan apa yang telah engkau hukumkan
dan mereka menerima hukuman itu dengan sepenuhnya."
Dan Firmannya:(Surah An-Nisa, ayat : 60)
Yang bermaksud:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka,
marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan
kepada hukum RasulAllah nescaya engkau lihat orang munafik itu berpaling serta
menghalang manusia dengan bersungguh-sungguh daripada menghampiri mu."
Dan firmannya:(Surah An-Nur, ayat 47)
Yang bermaksud:
"Dan apabila diajak mereka kepada
kitab Allah dan Sunnah Rasulnya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di
antara mereka maka dengan serta merta sepuak dari mereka yang berpaling
engkar."
7. Janji Kepada Islam atau Sebahagian Dari
Ajarannya
Firman Allah:(Surah Mohammad, ayat 8-9)
Yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang kafir maka
kecelakaan bagi mereka dan Allah mensia-siakan amalan mereka kerana sesungguhanya
mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah mengenai ajaran tauhid dan
hukum-hukum syara' yang diterangkan di dalam al-Quran."
8. Mengutamakan Kepentingan Dunia dan
Kepentingan Akhirat
Firman Allah:(Surah Ibrahim, ayat : 2)
Yang bermaksud:
"Dan kecelakaan besarlah bagi orang
yang kafir ingkar terhadap al-Quran dan azab yang amat berat yang akan menimpa
mereka di akhirat kelak iaitulah orang yang mengutamakan dunia lebih dan
akhirat."
Firman Allah:(Surah At-Taubah, ayat 27)
Yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Mohammad) jika
bapa-bapa kamu, anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu
dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dari perniagaan yang
kamu bimbing merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika
semuanya itu menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya
dan daripada berjihad untuk agamaNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
azab siksanya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik."
9. Mempersendakan Kita-Kitab Suci Al-Quran
dan Sunnah Rasulnya
Firman Allah:
Yang bermaksud:
"Patutkah nama Allah dan ayatnya serta
Rasul-Nya kami memperolok-olokan dan mengejek-ngejeknya"
Perbuatan mempersenda-sendakan ayat
al-Quran atau syiar-syiarnya boleh membatalkan syahadat.
10. Menghalalkan Sesuatu Yang Diharamkan
Oleh Allah atau sebaliknya
Firman Allah:(Surah an-Ha, ayat: 105)
Yang bermaksud:
"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu
hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat Allah dan mereka ialah orang yang
bertabiat berdusta."
dan firmannya:(Surah an-Ha, ayat: 117)
Yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu berdusta dengan
sebab apa yang disifatkan oleh Iidah kamu, ini halal dan ini haram untuk
membuat kata-kata yang dusta berhadap Allah, sesungguhnya orang yang berdusta
terhadap Allah tidak akan berjaya."
11. Tidak Beriman Dengan Nas-nas Al-Quran
dan Sunnah yang sabit daripada Rasulullah s.a.w.
Firman Allah Taala:(Surah al-Baqarah, ayat
: 85)
Yang bermaksud:
"Maka patutkah kamu hanya percaya
kepada sebahagian dari isi kitab tuhan dan mengikari sebahagian yang lain? Maka
tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain
dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari khiamat akan di tolak mereka
ke dalam azab siksa yang amat berat."
12. Berkasih Mesra Dengan Orang Kafir dan
Munafik dan Di Samping Bermusuh Sesama Orang Beriman
Firman Allah:(Surah al-Maidah, ayat : 51)
Yang bermaksud:
" Wahai orang yang beriman, janganlah
kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat; kerana
setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengah yang lain dan sesiapa yang
menjadikan mereka teman rapatnya di antara kamu maka sesungguhnya ia adalah dan
gulongan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang
berlaku zalim."
dan firmannya:(Surah an-Nisa, ayat : 138)
Yang bermaksud:
"Sampaikan khabar berita baik kepada
orang-orang munafik : bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab siksa yang
tidak terperi sakitnya iaitu orang yang mengambil orang kafir menjadi teman
rapat dengan meninggalkan orang-orang beriman."
dan firmannya:(Surah al-Maidah, ayat : 57)
Yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, janganlah
kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan
permainan dan orang yang telah diberikan kitab sebelum kamu dan orang-orang
kafir musyrik itu menjadi penolong dan bertakwalah kamu kepada Allah jika kamu
benar-benar orang yang beriman."
13. Tidak Bersopan Terhadap Rasulallah
s.a.w.
Firmannya:(Surah al- Hujurat, ayat : 2)
Yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, janganlah
kamu mengangkat suara cakap kamu melebihi suara cakapan Nabi dan janganlah kamu
menyaringkan suara semasa menghadapkan suara kepadanya. Sebagaimana setengah
kami menyaringkan suaranya semasa menghadapkan cakap kepada setengahnya yang
lain (larangan demikian supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang
kamu tidak menyedarinya."
dan Firman Allah:(Surah al-An'am, ayat :
112)
Yang bermaksud:
"Dan demikianlah kami jadikan bagi
tiap-tiap nabi itu musuh dari syaitan, manusia dan jin. Sebahagian dari mereka
membisikan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah
susunan untuk memperdaya (pendengarnya) dan jika tuhanmu menghendaki tentulah
mereka tidak melakukan, oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka adakan
(dan perbuatan yang kufur dan dusta itu)."
14. Hati Merasai Jemu dan Benci Bila
Diperkatakan: Allah Yang Maha Esa Alam Adalah Sebagai Bukti Keesaan Allah.
Firman Allah:(Surah az-Zumar, ayat : 45)
Yang bermaksud:
"Dan (antara keburukan orang-orang
yang melakukan syirik) apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa
atau sebagainya) geli gemanlah serta liar hati mereka yang tidak beriman kepada
hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja selain
dari Allah mereka dengan serta merta riang dan gembira."
15. Mendakwa Bahawa Al-Quran Mempunyai
Makna Yang Batin Menyalahi Makna Yang Zahir dan Mendakwa Bahawa Setengah
Manusia Memahami Makna Yang Batin Melalui ILham
Firman Allah:(Surah Yusuf, ayat : 2)
Yang bermakna:
"Sesungguhnya kami menurunkan kitab
itu sebagai quran yang dibaca dengan bahasa Arab supaya kami (menggunakan) akal
kamu memahaminya."
Firman Allah: (Surah ar-Ra'ad, ayat :
37)
Yang bermaksud:
"Dan demikian kami menurunkan al-Quran
sebagai hukum dalam bahasa Arab dan demi sesungguhnya jika engkau wahai
Mohammad menurut kehendak nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu
pengetahuan tentang kebenaran maka tiadalah engkau beroleh dari Allah sesuatu
pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepada mu dari perkara-perkara
yang tidak diingini."
16. Tidak Mempunyai Ma'rifat Tentang Allah
Akan Ma'rifat Yang Sebenar Dengan Mengingkari Sebahagian Dan Sifat-SifatNya
Firman Allah:(Surah al-A'raf, ayat : 18)
Yang bermaksud:
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang
baik yang mulia oleh itu maka serukanlah dan berdoalah kepadanya dengan
menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam
menggunakan nama-namanya mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka
telah kerjakan."
dan firmanya:(Surah Tha Ha, ayat: 8)
Yang bermaksud:
"Katakanlah wahai Mohammad serulah nama
Allah atau nama Ar Rahman yang mana sahaja kamu serukan dari kedua-dua nama itu
kerana Allah mempunyai nama-nama yang baik serta mulia."
17. Mempercayai Bahawa Kuasa-kuasa Selain
Allah Boleh Memberi Kesan Kemudaratan atau Kemanfaatan seperti:
1. Kekuatan api boleh membakarkan dengan
sendirinya
2. Kekuatan nasi boleh mengenyangkan dengan
sendirinya
3. Iblis dan jin boleh mendatangkan
kemudaratan dengan sendirinya
4. Kalau tidak kerana doktor itu, maka saya
akan jadi begini atau begitu
5. Kalau tidak kerana ubat itu maka saya
sudah mati dan lain-lain lagi.
© 2000 Pemuda UMNO Cawangan Taman Bukit Kepayang. All rights
reserved.