Drilling

[Main]     [Information]    [Email]    [Links]     [Goodies]    [Contact]

 

DRILLING

Mesin dan Peralatan

Jenis-jenis Mesin Gerudi

Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang, disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang sengat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik. Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi, seperti:

  1. Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif.
  2. Mesin gerudi tiang
  3. Mesin gerudi jejarian
  4. Mesin gerudi mudah alih
  5. Mesin gerudi kerja khas
  1. Mesin Gerudi Tekan ( Jenis meja dan lantai )

    Mesin ini dinamakan mesin gerudi sensitif kerana hantarannya dibuat dengan tangan, jadi kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan merasa gerakkan pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi. Mesin ini terdiri daripada 2 jenisiaitu jenis meja dan jenis lantai. Jenis meja mempunyai turus yang pendek dan dipasang diatas meja, sementara jenis lantai mempunyai turus yang panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang besar dan berat supaya stabil kedudukannya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz sehingga 13mm sahaja.

  2. Mesin Gerudi Tiang

    Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukannya stabil. Bentuk mesin ini hampir sama dengan bentuk mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat pembolehubah dan hantaran berkuasa aautomatik, dan pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan keljuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear.

  3. Mesin Gerudi Jejari

    Mesin gerudi jejari sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak ke luar atau kedalam dia atas lengan jejarian dan lengan ini dipasang diatas turus tegak mesin itu. Gerakan berpandu ini membolehkan spindal gerudi ditempatkan pada sebarang arah lokasi diatas permukaan benda kerja. Dengan itu kerja tidak perlu diset berulang kali. Terdapat juga mesin gerudi jejarian yang dipasang dengan kepala universal yang boleh dikilas pada sebarang sudut. Ini membolehkan lubang yang terletak pada permukaan bersudut digerudi tanpa mengubah pengesetannya. Keistimewaan lain mesin ini ialah:

    a) boleh menggerudi lubang yang lebih besar.

    b) mejanya besar dan turusnya lebih tinggi

    c) pemilihan kelajuan lebih luas

    d) tegap dan tidak bergegar

  4. Mesin Gerudi Mudah Alih

    Mesin ini mudah dibawa ke sana kemari. Gunanya ialah untuk menggerudi lubang yang kecil dan dikendalikan dengan kuasa elektrik. Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih, iaitu:

    a) Jenis Pistol

    Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang sebelah tangan. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan.

    b) Jenis Kerja Berat

    Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan kedua belah tangan. Ia digunakan untuk kerja-kerja berat.

  5. Mesin Gerudi Khas

Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk pelbagai kegunaan, bergantung kepada mesin gerudi khas itu. Jeni-jenis mesin gerudi khas ialah:

  1. Mesin Gerudi berbilang Spindal
  2. Mesin Gerudi Regu
  3. Mesin Gerudi Turret
  4. Mesin Gerudi Kawalan Angka Berkomputer.

 

Bahagian-Bahagian Mesin Gerudi Tekan (Meja) dan Mesin Gerudi Tiang

Tapak

Tapak diperbuat daripada besi tuang. Oleh sebab tapak tersebut berat, kedudukan mesin mesti stabil. Terdapat lurah-lurah T yang berfungsi untuk memegang benda kerja yang besar. 

 

Turus

Turus diperbuat daripada keluli berlubang dan dipasang pada tapak. Di bahagian hujung sebelah atas dipasang motor. Alatan lain yang dipasang pada turus ialah meja. 

 

Meja

Meja diperbuat daripada besi tuang, berbentuk segiempat bujur dan bulat. Lurah T yang terdapat pada meja berfungsi untuk mengikat ragum mesin atau benda kerja. Meja boleh digerakkan turun naik atau dikilas pada sebarang sudut. Ia juga boleh ditempatkan di mana-mana kedudukan yang sesuai disepanjang turus 

 

Pengawal Kelajuan Motor

Alat ini digerakkan oleh kuasa elektrik. Fungsi utamanya ialah memutarkan spindal dengan perantaraan takal dan tali sawat. Mesin gerudi meja atau mesin gerudi tiang biasanya mempunyai empat jenis pengawal kelajuan. Terdapat juga mesin yang dipasangkan gear belakang bagi menambahkan lagi pilihan kelajuan. 

 

Spindal

Spindal diperbuat daripada keluli. Lurah-lurah gelugur diperbuat bagi membolehkan ia berputar. Spindal juga boleh digerakkan turun naik dengan pertolongan rak dan gear pinaan. Spindal mempunyai lubang tirus jenis Morse No. 2 untuk disesuaikan dengan tirusan batang gerudi, cuk gerudi, adptor, soket dan liang sendi. 

 

Pengawal Hantaran

Hantaran dibuat sepenuhnya dengan tangan. Bahagian hujung tuil penghantar dipasang dengan gear pinan dan rak dipasang pada soindal. Dengan ini spindal boleh bergerak turun dan naik apabila tuil penghantar diputarkan. Spring lingkar pula dipasang bagi mengembalikan tuil penghantar kepada kedudukan asal. 

 

Tolok Pengawal Dalam

Kebanyakkan mesin dilengkapi dengan alat ini bagi memudahkan menggerudi mengikut dalam lubang yang dikehendaki.  

 Gerudi

Gerudi ialah alat yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses menggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesi gerudi atau mesin pelarik. Gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida.  

 

Jenis-jenis Gerudi

Gerudi terdapat dalam pelbagai jenis iaitu:

  1. Gerudi Pintal
  2. Gerudi Lurah Lurus
  3. Gerudi Rata
  4. Gerudi Benam
  5. Gerudi Pusat
  6. Gerudi Melubang Senggat
  1. Gerudi Pintal

Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan di canai supaya dapat menghasilkan sudut pemotongan dan sudut kelegaan. Terdapat juga gerudi pintal yang digunakan untuk kerja-kerja khas iaitu:

    1. Gerudi Pintal Tiga Lurah atau empat Lurah

      Gunanya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti lubang teras pada tuangan. Lurah dan bilangan matanya boleh memotong dengan lebih banyak, boleh menyokong gerudi dengan lebih sempurna dan boleh menghasilkan permukaan lubang dengan lebih licin dan tepat.

    2. Gerudi Pintal Lubang Minyak

      Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh turun sampai ke tepi pemotong, Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan lebih cepat dan sempurna. Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan kerja-kerja pengeluaran.

    3. Gerudi Pintal Pendek Dan Panjang

      Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu mudah untuk memusatkan kerja. Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang dalam. Kedua-dua jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.

    4. Gerudi Pintal Sudut Helixs Rendah Dan Sudut Helixs Tinggi

Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliksnya sama ada lebih kecil ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 300. Keistimewaan gerudi pintal sudut heliks tinggi ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan dan logam liat. Selain itu gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik, gentian, asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.

  1. Gerudi Lurah Lurus

    Lurahnya selari dengan paksi. Ia digunakan untuk menggerudi bahan yang lembut seperti loyang, tembaga dan aluminum dan juga logam nipis kerana ia tidak tersepit atau terbolos semasa menembusi logam tersebut. Terdapat juga jenis gerudi lurah lurus yang mempunyai mata yang diperbuat daripada tip tungsten karbida.

  2. Gerudi Rata

    Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai. Sudut pemotonganya dicanai 900 dan sudut kelegaan pulaantara 50 hingga 120 bergantug pada jenis logam yang digerudi. Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini kerana banyak terdapat kekurangan. Antaranya ialah lubang yang dihasilkan tidak berapa bulat, saiz tidak tepat tatal sukar dikeluarkan.

  3. Gerudi Benam

    Gerudi ini mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan berbentuk kon. Sudut matanya ialah 900 hingga 1200. Gerudi benam digunakan khas untuk menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau lubang rivet boleh dipasang. Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.

  4. Gerudi Pusat

    Mata gerudi ini terdapat dikedua-dua hujungnya. Gerudi pusat biasanya mempunyai sudut pemotongan 600 sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar 600 dan 1200 di kedua-dua hujungnya. Ia boleh didapati dalam

    pelbagai saiz iaitu daripada 3mm ke atas. Kegunaan gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja pemusatan sama ada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.

  5. Gerudi Melubang Senggat

Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang senggat rata bagi menempatkan kepala skru Allen serta untuk melicinkan permukaan bintik dan juga menyediakan tempat kedudukan nat, kepala pasak atau kengkangnya.

 

Bahagian-bahagian Gerudi Pintal:

Badan 

Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada:

  1. Hujung mata

    Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan sudut kandung 1180, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini, dengan masing-masing membentuk sudut 590 dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi.

  2. Pusat mata

    Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk ke dalam permukaan logam.

  3. Bibir Pemotong

    Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat sama panjang.

  4. Lurah

Lurah terdapat disepanjang bahagian badan. Fungsinya ialah:

i) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon

ii) Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar

iii) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.

iv) Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.

e) Lengkang Lurah

Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang belakang gerudi dan lebih tebal di bahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap.

f) Jidar

Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya ialah untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel. Geseran ini bpleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.

 

Batang

Bahagian gerudi yang masuk ke dalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang sendi dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  1. Batang Lurus

    Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi.

  2. Batang tirus

Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mampunyai saiz lebih daripada 13 mm. Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukannya sendiri. Ia boleh dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz. Batang gerudi dan lubang spindalmesin serta lubang liang sendi masing-masing mempunyai tirusan Morse.

 

Putting

Putting berbentuk nipis, terletak dibahagian pangkal gerudi. Putting terdapat pada bahagian batang tirus sahaja. Putting berfungsi untuk memudahkan gerudi diputar kerana putting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin atau soket atau liang sendi. Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dengan mudah dengan menggunakan alat perenggang.

 Sudut Pemotong dan Sudut Kelegaan Bibir Pemotong

Terdapat tiga jenis sudut yang perlu diberi perhatian apabila mencanai mata gerudi:

  1. Sudut Pemotongan

    Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 590 dari paksi iaitu membahagi dua sudut kandung mata gerudi. Jika sudut ini dicanai dengan betul dengan sendirinya bibir pemoong menjadi sama panjang, jika tidak, lubang yang dihasilkan akan menjadi lebih besar, Bukaan sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok sudut gerudi.

  2. Sudut Kelegaan Bibir Pemotong

    Sudut kelegaan bibir terbentuk dengan mencanaikan permukaan belakang hingga ke tumit tepi pemotong. Fungsi sudut kelegaan ialah supaya permukaan hujung mata tidak bergesel dengan benda kerja.

  3. Sudut Heliks

Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara mencanai kerana ia telah sedi dibentuk semasa membuat gerudi. Sudut heliks tinggi digunakan untuk menggerudi logam.

 

Coolants

Ia digunakan untuk mengawal suhu komponen kerja dan peralatan. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk:

a) mencuci bahan yang diproses dan mengawal habuk

b) mengurangkan kuasa yang diperlukan untuk menggerudi

c) mengelakkan pengaratan keatas alatan dan bahan yang diproses.

Coolant boleh dibahagikan kepada 2 jenis, mineral coolant dan latte oil coolants. Coolants yang biasa digunakan ialah mineral coolants kerana kosnya lebih murah.

 

Mesin Mencanai

Mencanai adalah merupakan salah satu proses yang amat penting di dalam menghasilkan permukaan yang licin dan menajamkan peralatan. Mesin canai boleh dibahagikan kepada dua jenis, mesin canai bench dan mesin mencanai bertiang.

  1. Mesin mencanai meja

    Mesin mencanai jenis ini adalah bersifat universal. Ia berkeupayaan melakukan pelbagai kerja-kerja menggerudi. Mesin ini dilengkapi dengan 2 roda canai yang berukuran 200x30mmx20mm bore. Mesin ini juga dilengkapi dengan pelindung roda canai, pelindung mata ketika mencanai dan takung coolants. Mesin ini menggunakan motor electric yang beroperasi pada kadar 1/2kw dan disertai dengan butang starter.

  2. Mesin Canai Bertiang

Mesin canai ini juga bersifat universal dan dilengkapi dengan dua roda mencanai yang bersaiz 200 x 30 mm x 20 mm bore. Mesin ini juga dilengkapi dengan pelindung roda canai dan pelindung mata. Motor electric yang digunakan juga adalh sama seperti mesin canai meja, iaitu berkuasa 12kw. Perbezaan kedua-dua mesin ini adalah mesin canai ini bertiang manakala mesin canai meja tidak bertiang.

 Langkah Keselamatan Ketika menggunakan Mesin-mesin Gerudi dan Canai

Paastikan anda memakai pakaian yang sesuai ketika mengendalikan mesin-mesin ini.

Elakkan daripada memakai jam tangan dan barangan kemas. Ini kerana barangan seperti ini boleh menarik perhatian mesin.

Jangan bermain dan menggangu dengan rakan ada kerana peralatan mesin-mesin ini amat merbahaya.

Berikan tumpuan yang sepenuhnya ketika menjalankan aktiviti.

Ikut prosedur yang betul ketika menjalankan mesin

Elakkan kerja berseorangan.

Langkah-Langkah Kerja

Procedure Menjalankan Kerja-Kerja Mengerudi dan Menggunakan Mesin Gerudi

Seperti mana yang kita sedia maklumkan, apabila hendak menjalankan atau melakukan sesuatu aktiviti, kita hendaklah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Tanpa prosedur yang betul sudah tentu kita tidak dapat menjalankan aktiviti tersebut dengan betul. Begitulah juga dengan menjalankan aktiviti mengerudi ini. Disini ada disenaraikan beberapa prosedur yang perlu diikuti oleh para pelajar ketika menjalankan aktiviti ini.

1. Sebelum menjalankan aktiviti menggerudi kita hendaklah memastikan apakah jenis bahan yang hendak digerudi, ketebalan bahan tersebut ataupun saiz lubang yang hendak digerudi.

2. Jika didapati bahan tersebut agak tebal atau terlalu tebal, kita hendaklah menggunakan gerudi pusat terlebih dahulu sebelum terus menggerudi bahan tersebut. Ini adalah untuk memastikan penggerudian yang kemas dan lebih selamat.

3. Apabila jenis bahan sudah ditentukan, lubang yang bersaiz kecil perlu ditebuk ke bahagian yang hendak digerudi untuk memastikan supaya bahan tersebut tidak lari ketika penggerudian dijalankan. Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan center punch.

4. Kemudian kita perlu menentukan pula jenis mata gerudi yang bersesuain dengan bahan yang hendak digerudi itu. Contohnya saiz diameter mata gerudi tersebut dan sudut kandung yang bersesuaian. Saiz mata gerudi yang saya gunakan ialah saiz 9, saiz 7, saiz 4, dan saiz 2.

5. Apabila bahan-bahan ini sudah tersedia, pasangkan mata gerudi ke spindle dengan kukuh supaya ianya tidak tercabut ketika penggerudian dijalankan. Kemudian laraskan meja operasi untuk memudahkan lagi menggerudi.

6. Kelajuan mesin perlu dilaraskan sebelum mesin dijalankan atau selepas mesin dijalankan. Ini adalah mengikut jenis mesin yang digunakan. Kelajuan mesin perlu lah dilaraskan mengikut ketebalan bahan yang digerudi. Untuk bahan yang agak tebal, kelajuan mesin perlulah perlahan, contohnya 800 rpm. Bagi bahan yang nipis kelajuannya boleh mencapai tahap 2500 rpm.

7. Semasa aktiviti gerudi dijalankan, coolants perlu digunakan untuk meneutralkan suhu mata gerudi. Coolants amat penting untuk mengekalkan lagi ketahanan mata gerudi dan menggelakkan ia haus.

8. Apabila penggerudian selesai, alihkan bahan yang digerudi dengan cermat. Kemudian bersihkan mata gerudi dantempatkannya semula ditempat yang sesuai.

Prosedur dan Langkah Kerja Mencanai dan Menggunakan mesin Canai

Seperti menggerudi aktiviti mencanai juga mempunyai prosedurnya yang tersendiri. Diantaranya ialah:

i) Sebelum menggunakan mesin canai pastikan kedua-dua roda canai tersebut adalah sama besar dan seimbang. Ini adalah untuk mengekalkan ketahanan mesin dan mengelakkan mesin daripada rosak.

ii) Setelah kedua-dua mesin seimbang, pastikan juga kedua-dua mata canai tersebut tidak haus ataupun masih lagi di dalam keadaan yang baik. Jika kurang memuaskan honning perlu dijalankan ke atas roda-roda canai tersebut.

iii) Disamping itu jarak diantara penahan dengan roda canai juga mestilah dipastikan supaya ianya tidak terlalu rapat atau terlalu jauh. Ukuran yang sesuai ialah 1m.

iv) Ketika mencanai kerapkan penggunaan coolant, supaya suhu diantara bahan dan roda canai tidak terlalu tinggi dan dapat mengekalkan ketahanan alat dan bahan. Saya telah diarahkan oleh instructor saya supaya menamatkan hasil kerja saya seperti di dalam diagram.

Copyrighted by WEBMASTER of UNITEX

1