Permainan Hoki

Karnival Indoor Hoki 5 Sebelah  UPSI   2002 

 

 

 

 

 

Syarat –Syarat Pertandingan

 

1.                  Nama:

             Pertandingan ini dinamakan Karnival Indoor Hoki Lima (5) sebelah tertutup UPSI 2002.

 

            Penganjur :

            Kelab Hoki UPSI

 

            2  Undang-undang permainan:

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Antarabangsa FIH dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kecil Pertandingan.

 

            3. Pertandingan:

Pertandingan ini tertutup kepada semua pasukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang ingin memasuki pertandingan tersebut.

 

            4. Bayaran:

Bayaran masuk pertandingan ialah sebanyak RM16.00 (ENAM BELAS  RINGGIT SAHAJA) bagi setiap pasukan.

 

            5.Pendaftaran:

Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 8 orang pemain sahaja termasuk pemain simpanan.

 

6. Kelayakan Penyertaan seorang pemain:

               

              Pendaftaran pemain adalah tertutup seperti yang telah ditetapkan.

             (Merujuk perkara 3)

 

   Pendaftaran pemain adalah diwajibkan disertakan bersama nombor  KAD

   MATRIK setiap pemain yang hendak bermain.

 

               Mana-mana pasukan yang menggunakan pemain yang tidak didaftarkan seperti 

               pendaftaran asal pasukan , maka pasukan tersebut akan didenda atau disingkirkan

               dari pertandingan tanpa menunggu bantahan.(Rujuk 19.2)

 

7.  Masa:

 

    Semua perlawanan akan di jalankan selama 5 minit x 5 minit = 10 minit   bagi tiap-  

     tiap separuh masa dengan rehat selama 3 minit.

 

   8.  Perlawanan:

 

    Semua perlawanan akan dimulakan pada masa yang ditetapkan oleh     

    Jawatankuasa     Pertandingan dan Teknik. Sebarang pertukaran masa akan   

    diberitahu lebih awal kepada pasukan yang terlibat.

 

 

                Hanya lima minit sahaja lanjutan masa tambahan daripada masa yang ditetapkan   

                akan diberi kepada pasukan-pasukan untuk hadir di dalam padang sebelum   

                perlawanan dimulakan. Jika gagal berbuat demikian, maka kemenangan akan diberi

                kepada pasukan yang hadir di dalam padang. Ini tertakluk kepada undang-

                undang     ceraian 14.3 dengan jumlah 2 gol  dan 3 mata.

 

9.  Bilangan pemain:

 

    Semua pasukan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya empat (4) orang  

    pemain semasa hendak dimulakan perlawanan. Pasukan yang mengandungi kurang

    daripada empat orang pemain akan dikira kalah dan diberi kemenangan percuma

    kepada pasukan lawannya. Ini tertakluk kepada undang-undang ceraian 14.3.   

    Sekiranya kedua-dua pasukan mengandungi kurang daripada empat orang pemain

    maka perlawanan akan ditunda dan kedua – dua pasukan akan didenda RM10.00.

 

10.  Senarai nama pemain:

 

    Ketua pasukan hendaklah meyerahkan satu senarai nama pemain tidak lebih

    daripada 8 orang pemain serta dengan nombor baju yang dipakainya kepada

    pengawai teknikal sepuluh minit sebelum perlawanan dimulakan. Ketua pasukan   

    hendaklah memakai ARM BAND.

 

 

11.   Pertukaran:

 

    Pertukaran di jalankan secara “rolling” sistem.

   

 

12.       Tuan Rumah:

 

    Pasukan yang namanya mula-mula tertulis didalam jadual pertandingan ialah menjadi

     pasukan tuan rumah.

 

13.  Jersi / alatan keselamatan:

   

    Penganjur akan menyediakan bip untuk menggantikan jersi. Pemain diwajibkan

    memakai “shin guard” atas tujuan keselamatan.

 

14.       Format pertandingan:

      Pertandingan ini akan dijalankan secara liga satu pusingan.

                Jika pasukan melebihi 10 pasukan maka pihak penganjur akan mengadakan dua   

                kumpulan. Johan setiap kumpulan layak memasuki pertandingan akhir.

 

                Tiga (3) mata akan diberi untuk setiap kemenangan dan satu mata untuk permainan

                 yang seri.

 

                Perbezaan gol yang lebih (goal difference) akan dianggap sebagai pemenang.

 

                Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang sama. (goal

                 difference is the same) pasukan yang menjaringkan bilangan terbanyak sekali       

                 akan     di anggap sebagai pemenang.

 

                             Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi bilangan gol yang sama , pasukan

                 yang kena (goal conceded) bilangan gol yang kurang akan di anggap sebagai

                 pemenang.

 

                Jikalau kedua-dua pasukan memperolehi bilangan yang sama juga, (goal conceded

                 is the same) pasukan yang mengalahkan lawannya akan dianggap sebagai       

                 pemenang.

 

                             Jika kedua-dua pasukan telah mencapai keputusan seri dalam pertandingan

                  mereka, keputusan muktamad akan diambil dengan penalti stroke 3 pemain secara

                  sudden death.

 

15.  Sudden Death:

 

                          Jika perlawanan akhir berkesudahan seri selepas masa sebenar maka “MASA   

                          TAMBAHAN” 3-1-3 MINIT akan diberikan. Dalam masa tambahan

                          ini,”PERATURAN SUDDEN DEATH” AKAN DIKUATKUASAKAN       

                          yang     mana perlawanan ini akan ditamatkan jika mana-mana pasukan

                          menjaringkan gol pertama. Jika kedudukan masih seri tanpa jaringan gol  maka

                          “SISTEM PENALTI STROKE” hendaklah dijalankan bagi menentukan

                          “MENANG KALAH” pasukan tersebut.

                          Jumlah penalti stroke ialah 3 untuk setiap pasukan. Jika keputusan kekal maka

                           penalti stroke sudden death akan dijalankan.

 

16.       Jadual Pertandingan:

 

         Jadual pertandingan akan disusun oleh Jawatankuasa Pertandingan dan akan

         disebarkan kepada pasukan-pasukan yang berkenaan. Jawatankuasa   

         Pertandingan akan menentukan masa setiap perlawanan dan berhak membuat

         pindaan kepada jadual tersebut pada bila-bila masa sekiranya didapati perlu.

         Pasukan yang gagal bermain dengan alasan tidak menerima Jadual Pertandingan

         tidak akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa. Pasukan-pasukan adalah

         bertanggungjawab sendiri untuk mendapatkan jadual tersebut.

 

 

17.       Permohonan Penangguhan:

                   

                    Jawatankuasa berhak untuk menangguh atau meminda mana-mana perlawanan

                     tanpa memberi sebarang alasan.

 

18.       Perlawanan Yang Ditunda Dan Dihentikan:

   

                    Sekiranya pengadil berpendapat padang tidak sesuai untuk permainan

                     disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal lain yang tidak dijangkakan

                     maka perlawanan tersebut akan dihentikan dan Jawatankuasa  Pertandingan

                     akan menetapkan tarikh / masa yang lain untuk perlawanan yang ditangguhkan

                     itu.

    

                Jika perlawanan ditangguhkan sebelum separuh masa pertama  

               permainan ditamatkan maka perlawanan semula akan diadakan dengan    

         tidak mengambilkira apa-apa keputusan yang berlaku.

 

                   Jika perlawanan ditangguhkan selepas separuh masa kedua 

          berlangsung maka keputusan perlawanan semasa kekal. 

 

 

 

19. Lembaga Tatatertib:

 

 

                            Sistem mata demerit akan dijalankan untuk dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.

 

    Kad Kuning      -           3 mata

    Kad Merah      -           8 mata

 

 

                            Tindakan tatatertib akan diambil berdasarkan system mata demerit.

 

    6   mata                        -           Penggantungan 1 perlawanan

    8   mata                        -           Penggantungan 2 perlawanan

    14 mata                        -           Penggantungan 3 perlawanan

 

20.  Bantahan:

 

    Segala bantahan yang berkaitan dengan perlawanan hendaklah dibuat dengan       

     bersurat selewat-lewatnya 10 minit selepas perlawanan untuk pertandingan awal

     dan akhir selepas permainan tamat. Rayuan hendaklah disampaikan kepada

     Pengerusi Jawatankuasa Bantahan/Rayuan beserta dengan ‘WANG

     BANTAHAN’ tunai sebanyak RM 20.00 selepas perlawanan tersebut. Wang itu

     akan dikembalikan sebanyak 70% jika benar bantahannya dan jika tidak, wang   

     tersebut tidak akan  dikembalikan. Keputusan Jawatankuasa Bantahan/Rayuan

     adalah muktamad.

 

22. Kuasa Jawatankuasa:

 

     Jawatankuasa adalah berkuasa bagi mentafsirkan Undang-undang kecil yang   

      tidak tercatat. Semua keputusan dan ketetapan oleh Jawatankuasa adalah

     muktamad dan tidak lagi tertakluk kepada apa-apa rayuan, pengadilan atau dalam

      hal lain.

 

23.        Pindaan:

 

        Pindaan atau tambahan kepada undang-undang kecil tidak boleh dibuat       

         melainkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan ini.

 

24.       Hal-hal lain Yang tidak Diperuntukkan:

  

                Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini tidak layak untuk

                membuat tuntutan gantirugi dan sebagainya dimana-mana mahkamah sekalipun

                 jika berlaku sebarang kemalangan sebelum semasa dan selepas  pertandingan.

 

                  Segala hal yang tidak diperuntukkan dibawah peraturan-peraturan ini

           atau soal perbezaan taksiran mengenai peraturan ini hendaklah diambil             

           tindakan oleh Jawatankuasa yang keputusannya adalah muktamad.

 

  Jawatankuasa Rayuan

  

Jawatankuasa rayuan terdiri daripada :

a)                  Pengarah Pertandingan

b)                  Ketua Pengadil

c)                  Dua orang pengurus yang tidak terlibat.

 

Pertandingan Hoki “Indoor”(Ubahsuai)

Perkara yang berbeza dari undang-undang hoki.

 

1.                  Pasukan dan jumlah masa permainan

 

(i)                  2 pasukan mengandungi 8 orang pemain setiap satu. Sewaktu perlawanan setiap pasukan mesti mempunyai

minimum     -           4 orang pemain

maksimum  -           5 orang pemain

 

(ii)                Pertukaran pemain hanya dibenarkan apabila

a)      gol dijaringkan atau melintasi garisan belakang,

b)      rehat

c)      pemain tercedera

 

 

            (iii)      Jumlah masa permainan        -           2 bahagian masa yang sama

selama 5 minit setiap satu.5–3-5

(Masa dihentikan  apabila bola

keluar padang permainan)

                                  penalti stroke dan penalti corner

ditamatkan (rehat/masa penuh tamat)

 

* Melanggar undang – undang diatas – P.C terhadap pasukan terbabit

 

2.                  Kapten – Tiada perubahan

 

3.                  Pengadil dan penjaga masa

 

(i)                  Sewaktu penalti corner, pengadil yang bertanggungjawab akan dibantu oleh rakannya yang akan hanya meniup apabila jelas ternampak kesalahan dilakukan oleh penyerang.

(ii)                Permainan advantej digalakkan namun permainan bahaya menggunakan kayu, badan atau sebagainya perlu diambil tindakan.

(iii)               Penalti stroke bermakna masa dihentikan.

 

4.                  Bangku pemain simpanan

Jumlah orang yang dibenarkan berada di bangku pemain simpanan

-           maksima 4 orang pemain

                        -           Maksima 2 orang pegawai pasukan.

 

                  Semua peralatan perlu diletakkan di belakang kerusi pemain simpanan.

 

 

   

5.                  Permulaan permainan dan memulakan semula permainan.

 

*    Permulaan        -           pihak lawan berada 3 meter dari bola

 

*    Buli                  -           Semua pemain yang tidak mengambil buli mesti

berada sekurang-kurangnya 3 meter dari tempat buli.

 

Berlaku kekalutan dalam D maka buli diadakan di luar D bertentangan garisan tengah gol.

 

6.                  Menjaringkan gol

 

Hanya tolakan dan menceduk yang tidak merbahaya untuk menjaringkan gol sahaja dibenarkan.

 

      7.          Salahlaku permainan

 

(i)                  Pemain tidak dibenarkan memukul bola.

(ii)                Pemain tidak dibenarkan baring di atas padang sewaktu permainan.

(iii)               Pemain tidak dibenarkan berada dalam kawasan kecil gol pada sepanjang masa.

 

      *    Penalti

     

(i)                  Kesalahan yang disengajakan dalam kawasan sendiri – P.C untuk penyerang.

(ii)                Kesalahan dalam D – P.C atau P.S jika kesalahan disengajakan

(iii)               Kad kuning – Tidak kurang dari 2 minit dan tidak lebih dari 5 minit.

(iv)              Jika pemain simpanan dikenakan kad kuning maka salah seorang pemain di dalam padang permainan perlu dikeluarkan dan tidak boleh digantikan. Ia hanya boleh dimasukkan semula bila masa penggantungan tamat.

(v)                Kad merah (permainan semasa) – Sama seperti kad kuning tetapi pasukan akan menamatkan permainan dengan kekurangan seorang pemain.

 

8.             Tolakan percuma

 

·        di mana sahaja kawasan permainan – pihak lawan berada sejauh 3 meter dari tempat tolakan.

·        Dalam jarak 3 meter dari D untuk penyerang – semua pemain mesti berada dalam jarak 3 meter dari bola,

·        Jika kesalahan berlaku dalam D oleh penyerang – tolakan boleh diambil dari dalam D.

·        Melambatkan masa permainan- P.C jika diluar D.

·        Sewaktu P.C – bola mesti dimatikan seketika (dalam atau luar D) sebelum cubaan menjaringkan gol dibenarkan.

·        Jika bola melintasi garisan tengah maka undang-undang P.C tamat.

 

9.         Penalti Stroke-Ubahsuai

 

(i)                  P.S boleh dikenakan jika pemain terbabit melakukan kesalahan serius

dengan sengaja atau tidak bersemangat kesukanan dimana sahaja

dalam padang permainan.

 

(ii)                Sewaktu P.S – hanya tolakan sahaja dibenarkan. Kedudukan sama seperti permainan padang biasa.

(iii)               Tidak dibenarkan mengheret bola sewaktu P.S.

(iv)              Jika tiada gol maka tolakan percuma untuk pertahanan.

 

10.       Bola diluar padang permainan

 

            (A)       Keluar garisan tepi

 

(i)                  dimana sahaja – tolakan dikawasan bola keluar

(ii)                Berhampiran D – Semua pemain mesti berada 3 meter jauh dari bola kecuali pemain yang mengambil tolakan.

 

(B)       Keluar garisan gol atau garisan belakang

 

(i)                  Oleh penyerang atau secara tidak sengaja oleh pertahanan – tolakan percuma untuk pihak pertahanan.

(ii)                Secara sengaja oleh pertahanan – dari mana–mana bahagian padang maka P.C akan diberikan.

 

 

http://www.oocities.com/upsikarnivalsukan/

(c) copyright Allright Reserve 2002

karnivalsukan@hotmail.com

gomogi30@hotmail.com

 

1