SENARIO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Noor Asmak Md Noh

                Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan menuju kearah status negara perindustrian menjelang abad ke 21 tidak dapat tidak negara perlu melahirkan ramai tenaga pakar dalam bidang sains dan teknologi.Justeru itu guru memainkan peranan utama dalam merealisasikan hasrat negara kepada pencapaian  pelajar 60:40 dalam bidang sains dan matematik. Selaras dengan itu juga matlamat pendidikan negara  adalah untuk melahirkan rakyat yang berbudaya sains dan teknologi serta mampu memahami dan menangani isu-isu dan masalah dengan pemikiran yang rasional serta dapat mengaplikasikan peluang yang ada dalam kehidupan pada masa kini dan masa depan. Walaupun negara kita mempunyai cita-cita yang murni dan setinggi gunung namun kita perlu sedar,sejak beberapa dekad kebelakangan ini prestasi pelajar kita dalam mata pelajaran matematik agak mengecewakan.     Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan? Adakah pelajar-pelajar kita, ibubapa,guru-guru atau kementerian pendidikan.  Seterusnya jika kita hasratkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akan menjadi lebih cemerlang maka kita perlu memberi nafas baru kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bidang matematik supaya kita berjaya melahirkan 60:40 dalam bidang matematik dan sains.

                Sehubungan dengan itu kita perlu meneliti dan memahami apakah faktor-faktor yang menyebabkan naik turun dalam mata pelajaran matematik. Sekiranya kita membuat tinjauan secara rambang kepada pelajar-pelajar sekolah rata-rata kita mendapati pelajar kita lebih mengemari kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah,seperti melepak di pusat membeli belah , di pusat-pusat hiburan dan sebagainya. Sedar atau tidak pelajar-pelajar kita tidak dapat mengerakkan minda mereka untuk berfikir dengan mendalam betapa pentingnya matematik dalam kehidupan mereka.Apabila kita membuat kaji selidik terhadap mata pelajaran matematik sudah pasti kita akan mendapati lebih separuh daripada pelajar akan mengatakan pelajaran matematik itu satu subjek yang membosankan, sukar untuk mencari jawapan, melihat angka-angka sahaja sudah memualkan pelajar. Pelbagai jawapan akan diberi oleh pelajar yang rata- ratanya bersifat negatif .Di manakah salah silapnya pelajar kita. Kenapakah mereka berkelakuan sedemikian?: Kenapa pelajar fobia kepada matamatik. Keadaan ini akan lebih meruncing sekiranya mereka tidak mendapat galakan daripada ibubbapa kerana sesetengah ibubapa  sibuk menguruskan urusan masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab dalam mengurus atau menyelia kerja sekolah anak-anak.Keluarga yang berada akan melepaskan tanggung jawab dengan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen yang tidak berkemampuan pula akan membiarkan terus anak-anak mereka dengan prinsip cukuplah sekadar anak-anak mereka mengenal huruf sahaja kerana mereka masih dapat meneruskan kehidupan walupun tidak pandai matematik. Seiring dengan ini kita akan mendapati ramai pelajar kita yang seolah-olah hilang arah tuju tidak mempunyai kesungguhan, ketinggalan kerana tidak adanya kesedaran tentang kepentingan matematik

               Faktor-faktor yang menyebabkan  naik turun pencapaian pelajar dalam matematik juga disebabkan oleh fokus pengajaran matematik pada hari ini.Umumnya bertumpu kepada memasukkan pengetahuan matematik daripada guru kepada pelajar. Manakala fokus penyelidikan pula bertumpu kepda usaha untuk mencari jalan yang paling berkesan bagi merealisasikan tugas tersebut .Perspektif seperti ini menimbulkan dilema kegagalan dalam penggunaan ilmu yang dipelajari untuk memenuhi keperluan masa hadapan .

        Melihat kepada kurikulum matematik maka kita pasti bersetuju pelbagai perubahan telah dibuat tetapi kurikulum masih  tertumpu   kepada aktiviti menulis simbol -simbol tertentu dengan berpandukan beberapa peraturan yang khusus. Kurikulum itu memerihalkan sifat asas matematik dan cara mengajar . Davis (1986) berpendapat :

  1. Matematik membabitkan simbol-simbol yang ditulis atas kertas.

  2. Matematik membabitkan manipulasi simbol-simbol tertentu mengikut peraturan tertentu

  3. Kemahiran dalam pengiraan biasa adalah matlamat utama pendididikan matematik

  4. Program pendididkan matematik mengabaikan kemahiran pelajar dalam membina pengetahuan baru terhadap pengetahuan yang sedia ada tetepi menekankan kepada konsep hafalan.

        Kajian yang dibuat dalam tahun 1995 (NST,5 Feb 1995)di peringkat sekolah untuk menentukan sejauhmana minat dan kecenderungan terhadap sains dan matematik telah dipupuk. Faktor-faktor kemerosotan pelajar telah diperolehi iaitu :

   a.    Kurikulum di sampaikan disekolah terasing daripada pengalaman pelajar dengan itu mereka tidak dapat mengaitkan  pengalaman disekolah  dengan pengalaman  diluar sekolah.

   b.    Cara penyampaian  guru lazimnya tidak melibatkan  pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memang tidakdapat dinafikan  para guru kita telah dilatih untuk mengendalikan pelajar  dengan aktiviti " hands- on".Malangnya ia tidak melibatkan  aktiviti "minds-on"

    c.    Pembelajaran lebih mementingkan kebolehan pelajar  untuk memberikan  jawapan yang  betul. Persediaan untuk ujian pula memusatkan kepada latih tubi dan kurang mementingkan  proses pemahaman dan pembinaan  konsep  oleh pelajar 

   d.    Menekankan sifat-sifat  keindividuan dan persaingan  antara pelajar  serta kurang memupuk semangat  kerjasama.

        Retetan daripada ini  kita perlu memikirkan apakah cara yang berkesan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan  yang  telah wujud  bagi memenuhi keperluan  masa hadapan. Maka program secara menyeluruh perlu dibuat membabitkan   strategi pengajaran dan matlamat pendidikan. Apabila tugas mendidik di berikan kepada guru  maka guru-gurulah yang menjadi alasan  utama terhadap naik turun pencapaian dalam matematik. Jikalau kita cuba menyingkap  apa yang berlaku  di bilik darjah yang berorientasikan  mazhab tradisional,  didapati guru-guru  berpegang teguh kepada falsafah  yang pengetahuan itu  hanya  berpindah dari guru kepada pelajar. Apabila kita  memfokus  kepada kaedah pengajaran   didapati strategi-strategi di dalam khazanah seseorang guru   adalah terhad.  Pembelajaran lebih  berpusat kepada penghantaran maklumat  daripada guru  sedangkan pada masa kini  kalau kita selidiki   terdapat guru-guru  yang bukan opsyen  yang mengajar matematik,  berapa ramai guru matematik  sendiri  yang tidak mempunyai  pengetahuan  yang meluas terhadap  matapelajaran   matematik . 

            Sehubungan  itu pendekatan  guru dalam pengajaran perlu  berubah daripada pengajaran tradisional yang berpusatkan pelajar.Guru perlu menggalakkan pelajar membina kemahiran sendiri dengan mengunakan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian. Pengunaan ICT merupakan satu ransangan yang positif kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini beserta pengunaan kalkulatur grafik juga pengunaan geometers sketchpad bagi memantapkan pengetahuan pelajar tentang kebenaran matematik.

        Pelajar juga perlu digalakkan belajar secara koperatif dimana para pelajar dapat berbincang membuat penyiasatan, penerokaan dan membuat kesimpulan bersama-sama. Pelajar juga digalakkan mengembangkan idea-idea secara konstruktivisme dalam sesuatu situasi yang diberi. Supaya konsep yang diperkenalkan boleh digunakan untuk jangka panjang.

          Para guru perlu inovatif dan kreatif membuat kajian dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar.Pendekatan yang sesuai perlu dicari dan digunakan. Refleksi keatas pendekatan dibuat dan perlu diulangi kitaran sehingga membuahkan kejayaan. Persekitaran pembelajaran yang menyokong dan mengalakkan penaakulan matematik dan meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap matematik perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru matematik dengan menjana minda pelajar kearah yang positif.

          Guru juga perlu menganalisis secara berterusan pengajaran dan pembelajaran secara memerhati, mendengar dan mengumpul maklumat tentang pelajar untuk mentafsir apa yang sedang dipelajari dan memeriksa kesan tugasan, wacana dan persekitaran pembelajaran keatas pengetahuan. Kemahiran dan kecenderungan matematik pelajar. Ini adalah bagi menjamin setiap pelajar mempelajari matematik dan membentuk kecenderungan positif terhadap matematik untuk jangka panjang.

        Kesimpulannya dalam menangani transformasi  pendidikan pada masa kini kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan perlu kita mengambil kira bahawa perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi. Lazimnya sesuatu inovasi itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang berkesan, menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana.

  

 Rujukan :

1.Davis,R.1986.Conceptual and procedural knowledge in mathematics: A Summary analysis. In J. Hiebert (Ed), Conceptual and Procedural Knowledge: The Case of Mathematic.Hillsdale, N.J. Lawrence Erlbaum Associates.

2. John Mc Neil, 1995. Curriculum,The Teacher's Initiative, Prentice Hall,Inc. A Simon & Schuster Company Englewood Cliffs, New Jersey.

3.Prof.Muhammad Hamid Al Afendi & Prof. Ahmad Nabi Baloch. 1990.Kurikulum dan Pendidikan Guru, Terjemahan DBP Kuala Lumpur.

4. Nota Kursus SM-WB 10 .2002 . Recsam, Pulau Pinang.

5.Classroom Teacher. Jilid 3, Bil 1,1998. Seomeo Recsam .Penang.

6. Classroom Teacher  Jilid 4, Bil 1,1999.Seomeo Recsam, Penang.           

 

[Balik Ke Menu Kertas Ilmiah]