Perpustakaan
SMK Jalan Kolam Air ditubuhkan pada tahun 1973. Bangunan perpustakaan dibina
pada pertengahan tahun 1980, dan siap dibina pada akhir bulan Ogos 1982 di blok
C.
Badan
perpustakaan pada masa itu terdiri daripada seorang guru perpustakaan, seorang
pembantu dan 35 orang pengawas. Pengawas-pengawas dibahagikan kepada lima
kumpulan. Tiap-tiap kumpulan bertugas sekali dalam seminggu. Perpustakaan
dibuka mulai pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang, dan dibuka semula dari pukul
2.00 petang hingga 4.00 petang pada hari persekolahan. Pada hari Sabtu,
perpustakaan dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Pada bulan Februari 1992, Pusat
Sumber baru mula dibina. Bangunan PSS yang bertingkat dua itu merangkumi
perpustakaan, bilik serba guna, bilik PIBG, Makmal Bahasa, dan 2 buah bilik
mesyuarat. Sumber kewangan untuk membina bangunan tersebut adalah daripada
dermaan masyarakat dan pelajar serta pertunjukan oleh Sekolah Rendah Segamat.
Sejak 1999, perpustakaan SMKJKA
hanya dibuka pada hari persekolahan, iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat.
Perpustakaan
baru ini telah dibuka kepada semua warga SMKJKA termasuklah bekas pelajar
SMKJKA. Kini, terdapat 22487 buah buku fiksyen dan non-fiksyen
dalam perpustakaan ini.
Koleksi bahan
bacaan di perpustakaan ini boleh dibahagikan kepada:
i.
bahan
bacaan umum termasuk akhbar, majalah dan buku fiksyen
ii.
buku-buku rujukan (non-fiksyen)
iii.
buku-buku
rujukan peperiksaan
iv.
buku
skrap, hasil kerja pelajar
v.
album
foto
vi.
koleksi
kertas peperiksaan
vii.
koleksi
cd, vcd dan sebagainya
viii.
carta
/ kad bergambar
Mulai
Jun 2003, kaunter pinjaman bahan bukan buku khususnya majalah dan jurnal telah
dibuka bagi memenuhi permintaan pelajar dan guru.
Selain
peruntukan tahunan kerajaan dan wang suwa, bahan-bahan simpanan perpustakaan ini juga diperoleh melalui
sumber lain seperti orang perseorangan, persatuan-persatuan dan pungutan derma
“Tabung Riang Ria”.
Tabung Riang Ria dimulakan pada bulan Mei 2001 dan
ditamatkan pada akhir bulan Oktober 2002. Dalam tempoh masa itu, pungutan derma
adalah sebanyak RM712.20. Wang itu telah digunakan untuk membeli buku fiksyen
Inggeris, modem dan “CD writer”.
Sejak tahun
2004, Encik Lau Cher dilantik sebagai Guru Perpustakaan dan Media. Dalam unit perpustakaan tahun ini,
beliau dibantu oleh guru-guru berikut:
· Cik
Tan Lee Lee (pagi)
· Cik Norazah Buang (pagi)
· Pn. Halita Ahmad (petang)
· Pn. Tee Kee Boon (petang)
· Pn. Azizah binti Yahya (petang)
· Pn. Suhaila bt Mustapha (petang)
Kini, terdapat 80 orang Pengawas
PSS dari Tingkatan 2 hingga 5 yang bertugas di perpustakaan ini.
Selain itu, jadual waktu penggunaan
perpustakaan mengikut kelas juga disediakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Biasanya, penggunaan perpustakaan oleh kelas-kelas bahasa
akan bermula pada bulan Februari, setiap tahun. Peminjaman buku secara
berkelompok dibenarkan untuk kegunaan guru bahasa semasa P & P dijalankan
di dalam bilik darjah masing-masing.
Pada
bulan September 1999, Sistem Pengautomasian PSS mulai beroperasi. Perkhidmatan
pinjam-pulang diberi melalui talian komputer. Pada tahun ini, sistem “e-Source”
diperkenalkan bagi menggantikan sistem yang lama. Cenderamata akan diberi
kepada ahli-ahli yang banyak meminjam pada akhir tahun mengikut tingkatan.
Mulai tahun
2004, semua pelajar baru (Peralihan & Tingkatan 1) dibenarkan meminjam buku
dengan nombor pendaftaran sekolah masing-masing.
Mulai tahun
1999 juga, Program Membina Tabiat Membaca (Program Nilam) telah dilaksanakan.
Program ini merupakan program kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pada setiap akhir tahun, sijil anugerah nilam akan diberi
kepada pelajar-pelajar yang layak menerimanya mengikut ketetapan berikut:
·
Sijil
Gangsa: 72 – 143 buah
·
Sijil
Perak: 144 – 215 buah
·
Sijil
Emas: 216 – 287 buah
·
Sijil
Nilam: 288 dan ke atas
Antara
aktiviti rutin yang akan dijalankan pada tahun ini:
i.
Gotong-royong
ii.
Projek
Keceriaan Perpustakaan
iii.
Ceramah
Pendedahan Penggunaan Perpustakaan kepada pelajar baru
iv.
Pengambilan
Calon Baru
v.
Bengkel
Pengurusan Perpustakaan
vi.
Bengkel
Pemprosesan Buku Baru & Bahan Bukan Buku
vii.
Pameran
Bertema / Bermusim
viii.
Projek
Membuat Buku Skrap (Isu-Isu Semasa)
ix.
Penjilidan
kertas soalan peperiksaan.
x.
Mesyuarat
Agung LPPSS
xi.
Kempen
Bulan Membaca (6)
xii.
Pameran
Kemerdekaan
xiii.
Bengkel
pengenalan sistem “e-source”.
xiv.
Lawatan sambil belajar ke perpustakaan
universiti
Ke Arah
Masyarakat Celik Huruf, Berilmu & Berinovatif
< MISI >
Menjadikan
Perpustakaan SMKJKA sebagai Sumber Maklumat yang Berkualiti & Berkesan
Pusat Sumber SMK Jalan Kolam
Air
2007 - 2011
BAHAGIAN |
RANCANGAN |
ANGGARAN |
PERPUSTAKAAN |
1.
Meningkatkan
sistem pengautomasian (e-Source) untuk pengurusan pemprosesan buku dan
majalah secara berasingan 2.
Menggantikan rak-rak kayu buku rujukan (000 – 900)
dengan rak-rak besi jenis “adjustable” 3.
Menceriakan kawasan dalam perpustakaan dengan mengecat
dindingnya 4.
Menambahkan kuantiti koleksi buku dan majalah dalam
perpustakaan 5.
Mewujudkan sudut
“internet” / Kafe Siber di dalam perpustakaan 6.
Melengkapkan
perabot perpustakaan dengan set sofa 7.
Mewujudkan /
membina bilik khas untuk kegunaan forum / perbincangan 8.
Mewujudkan sudut
/ bilik tayangan mini dengan membeli televisyen dsb. 9.
Menambahkan
papan pameran dan papan buletin 10.
Mewujudkan bilik khas untuk koleksi bahan kenegaraan. |
RM 10,000 RM5,000 RM 1,000 RM 20,000 RM 10,000 RM 1,000 RM 3,000 RM 3,000 RM 1,000 RM 1,000 |
Bulan |
Nama Program |
Matlamat |
Sasaran |
|
Tindakan |
JANUARI |
1. GOTONG-ROYONG 2. TAKLIMAT
PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN |
1.1
Membersihkan kawasan dalam dan luar perpustakaan 1.2 Menceriakan kawasan dalam perpustakaan 1.3 Menyusun rak-rak dan meja kerusi. 2.1 Mendedahkan penggunaan perpustakaan dan peraturannya kepada pelajar
baru |
Pengawas PSS Pelajar Baru |
RM50 RM 20 |
Ketua Pengawas PSS Guru Perpustakaan |
FEBRUARI |
1. PENGAMBILAN PENGAWAS PSS BARU |
1.1 Memberikan peluang
kepada pelajar yang berminat untuk menjadi pustakawan. |
Pelajar T1, 2 &
4 |
RM 20 |
AJK Lembaga Pengawas PSS |
MAC |
1. BENGKEL PENDEDAHAN SISTEM PENGAUTO-MASIAN e-SOURCE 2. KEM MOTIVASI/JATI DIRI |
1.1 Memperkenalkan
program pengautomasian terbaru kepada pembantu PSS dan pustakawan 1.2 Melicinkan urusan peminjaman bahan perpustakaan 2.1 Membina semangat jati diri di kalangan pengawas PSS 2.2 Memupuk semangat kekitaan dan sikap
berdisiplin |
Semua Pengawas
sekolah Pengawas PSS |
RM 50 RM 50 setiap orang |
AJK Lembaga Pengawas Unit B & K |
APRIL |
1. PAMERAN BERMUSIM 2. BENGKEL MEMPROSES BUKU BARU |
1.1 Mengadakan pameran “Antidadah” 2.1 Memproses buku-buku baru |
Semua Pelajar Pengawas PSS |
RM20 |
AJK Keceriaan Guru Perpustakaan |
MEI |
1.
URUSAN BANK SOALAN 2.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR |
1.1
Mengumpul kertas soalan
peperiksaan pertengahan tahun 2.1 Melawat
perpustakaan UTM, Skudai Johor 2.2 Meningkatkan
perkhidmatan perpustakaan |
S/U Peperiksaan Pengawas
PSS |
RM 10 (jilid) RM20 setiap orang |
AJK Stok UBK |
P engetahuan
E stetika
P engembaraan
U tilitarian
S etiakawan
T eknologi Maklumat
A malan Murni
K
etenangan Jiwa
A
manat
A
khlak Mulia
N
adi Ilmu