Judul Buku: Nayagi
Pengarang: Uthaya Sankar SB
Penerbit: Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya
Cetakan Pertama: 2000
ISBN: 983-808-101-9
Nayagi memuatkan sepuluh cerpen hasil pena Uthaya Sankar SB yang diterbitkan oleh sepuluh penuntut tahun akhir Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya bagi memenuhi syarat kursus Pengurusan Penerbitan.
Kumpulan berkenaan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Nayagi terdiri daripada Asogan Palaniappan, Deena Rani Sanmuganathan, Ho Kok Cheong, Maliga S Neelamegam, Norhazan Abdul Rahman, Ramakrishnan Ramanaidu, Stella Angelus Santiago, Teynmoli Subramaniam, Tan Pei Yi dan Vimalan Ramakrishnan.
Keistimewaan kumpulan cerpen Nayagi terletak pada penggambaran citra budaya serta pemaparan tema dan persoalan mengenai kaum India dalam kesemua sepuluh cerpen.
Judul cerpen yang terkandung dalam buku ini adalah seperti berikut:
1. Anda, Sebuah Kampung dan Sebuah Kisah
2. Datuk Datang ke Kampung Kami
3. Dizigotik
4. Doa Tahun Baru
5. Emak dan Kasih Ibu
6. Nayagi
7. Sang Penulis
8. Sebuah Cerita Biasa
9. Siru Kambatil
10. Wanita
Uthaya Sankar SB telah memberi izin kepada pelajar terbabit menerbitkan kembali sepuluh cerpen dalam buku ini tanpa sebarang bayaran royalti. Namun, hak cipta dan hak moral kesemua cerpen tetap dipegang oleh pengarang.
Buku Nayagi tidak terdapat di pasaran kerana jumlah cetakan terhad. Bagaimanapun, kesemua cerpen yang terkandung dalam Nayagi boleh dibaca dalam buku-buku lain.