Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk membuktikan kebenaran?   

   

Judul Buku: Panchayat

Pengarang: Uthaya Sankar SB

Penerbit: Uthaya Sankar SB

Cetakan Pertama: April 2002

ISBN: 983-40562-3-0

Harga Pasaran: RM20.00

Panchayat adalah majlis timbang cara dalam amalan hidup kaum India. Tarafnya lebih kurang seperti mahkamah penghulu (tetapi tidak sama). Pada asalnya, panchayat diwakili oleh lima (panca) orang warga tua terhormat di kampung berkenaan. Akan tetapi, mengikut peredaran zaman, panchayat mula dipengerusikan oleh seorang sahaja; biasanya ketua kampung.

Cerpen “Pancayat” (Siru Kambam, 1996) yang berlatarkan Kubur Gajah menampilkan misteri kehilangan berhala emas Kaali Devi dan disusuli beberapa kes kematian secara tiba-tiba. Tidak ada penyelesaian yang jitu pada akhir cerpen; dan ini disengajakan.

Beberapa persoalan dalam cerpen berkenaan terjawab dalam novel Panchayat. Tetapi novel ini pula pasti menimbulkan beberapa persoalan baru yang tidak dijawab di sini. Hal ini juga disengajakan.

Suatu hal yang ketara (dan sesungguhnya saya senangi) dalam karya saya adalah penampilan budaya, bahasa, adat dan cara hidup masyarakat India yang terdiri daripada beberapa keturunan yang bangga dengan identiti keturunan masing-masing.

Sebenarnya saya beranggapan adalah menjadi tanggungjawab saya menampilkan kebudayaan kaum India untuk tatapan dan pemahaman para pembaca yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Lapan bab pertama novel Panchayat telah saya hasilkan antara waktu-waktu kuliah di Universiti Malaya pada awal tahun 1994. Sewaktu saya terlantar di Hospital Universiti akibat kemalangan pada bulan Februari 1994, saya membina plot dalam kepala untuk sepuluh bab terakhir.

Manuskrip novel ini pada mulanya diberi kepada sebuah penerbitan terkemuka tanah air. Penilai meluluskan manuskrip novel ini untuk diterbitkan. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, saya diberitahu bahawa manuskrip berkenaan sedang dinilai semula sebagai sebuah novel kanak-kanak!

Tidak setakat itu, kemudian manuskrip yang sama diserahkan pula kepada seorang ustaz di penerbitan yang sama untuk dinilai semula bagi kali yang entah keberapa. Dan seperti yang telah saya duga, manuskrip yang saya serahkan lesap begitu sahaja. ... (Baca lagi di SINI)

Kini novel yang sama saya terbitkan sendiri pada April 2002. Harga tawaran adalah RM15.00 senaskhah. Bacalah dan mungkin anda dapat menjadi ketua panchayat untuk memberikan keadilan terhadap segala persoalan yang wujud.

Hubungi uthayasb@tm.net.my atau 013-3913278 jika ada sebarang pertanyaan.

Gunakan BORANG PESANAN untuk pembelian melalui pos

Novel Panchayat boleh juga dibeli di Silverfishbooks, Bangsar, Kuala Lumpur

AMARAN: Novel ini mengandungi unsur-unsur politik, keagamaan, budaya, adat, seram, ganas dan sebagainya yang mungkin mengganggu ketenteraman sesetengah pihak.

      

“Uthaya Sankar SB merupakan penulis muda berbakat.”

– Othman Puteh, Siru Kambam (1996)

 

“His works are meant for the thinking reader.”

– Dina Zaman, New Straits Times, 4 July 2001

 

“He is one of our brightest literary stars.”

– Amir Muhammad, The Edge, 19 November 2001

 

“Penulis muda berbakat yang telah membawa pembaharuan dalam sejarah perkembangan cerpen Bahasa Malaysia.”

– Raja Rajeswari, Berita Harian, 6 Februari 1999

 

“Dia amat menyanjung tinggi kelompok audiens yang bermentaliti tinggi dan menghargai karya bijak.”

– Othman Puteh, Kolokium Kesusasteraan Melayu Moden V, 8-10 Mei 2001

 

“It is a known fact that Uthaya Sankar SB is one of the few active non-Malay writers known in the Malay literary circle.”

Bissme S, The Sun, 13 March 1999

 

“Beliau mahu menjadikan karya sebagai wahana untuk mengetengahkan budaya dan pemikiran masyarakat India untuk diterima oleh masyarakat Malaysia.”

Ahmad Muhammad, Berita Harian, 2 November 2001

     

   Bacalah wawancara SuaraAnum.com di SINI.

    

To go to the main page, click HERE