Tiga pelajaran sehari(1 jam setiap pelajaran).
-Sebelah pagi (selepas
sembahyang Subuh); Selepas sembahyang Zuhur; Sebelah petang (sehingga ke
waktu Asar).
Tiada bayaran. Para pelajar membantu
kerja-kerja guru mereka, (bersihkan tempat belajar, mencari kayu api,
mengerjakan sawah) di antara waktu senggang pembelajaran.
Proses Pengajaran-Pembelajaran:
- Ulangi perkataan-perkataan Arab di awal dan akhir
bacaan Al-Qur'an;
- Setelah mahir, gunakannya untuk membaca Al-Qur'an dan jadi imam dalam
sembahyang.
Sekolah-sekolah
agama awal (sekolah pondok) -
di Terengganu dan Kelantan (abad ke-18);
Kedah, Perak, Kelantan, Pulau Pinang - (penghujung abad ke-19).
Pendidikan Tak
Formal
- Belajar daripada ibu bapa dan mereka
yang lebih tua;
- Kemahiran membuat dan baiki alatan
pertanian; kemahiran pertukangan;
kemahiran seni silat dan juga sihir.
Pendidikan
Istana
- Pendidikan Islam di
istana, dipelajari oleh sultan dan para kerabat diraja;
- Pelajaran:
* Terjemahan buku-buku bahasa Arab - bahasa Melayu (guna tulisan
Jawi);
* Bahasa Arab;
* Bahasa pengantar-Bahasa Melayu.
Penglipur Lara
- Penyampaian cerita-cerita rakyat oleh
tukang cerita (Tok Selampit, Awang
Batil, Tukang Karut dan Pawang Ana);
- Bentuk lisan;
- Cerita-cerita legenda dan
dongeng: Penyerapan nilai-nilai murni kepada para pendengarnya.
ERA KEDUA: Kedatangan
British
Tiada campurtangan British. (terpaksa
dibiayai oleh orang perseorangan dan organisasi-organisasi Islam orang
Melayu);
Dikenali sebagai 'Madrasah' - ilmu
Keduniaan (Fardhu Kifayah) dan ilmu Keakhiratan (Fardhu 'Ain);
Madrasah: - Sekolah agama moden;
- Lebih kemas, teratur;
- Tekankan ajaran-ajaran para 'Reformis' dari Asia Barat/Kaum Muda;
- Sukatan pelajaran: Pelajaran
agama Islam, latihan vokasional (perdagangan,
pengiraan).
- Taraf pendidikan lebih tinggi (Madrasah
Al-Masyhur, Pulau Pinang dan
Madrasah di Kota Bharu;
- Dari Madrasah » Universiti-universiti di
Timur Tengah (Al-Azhar, Mesir dan
Masjidil- Haram, Makkah).
Sekolah Pondok:
- Sekolah agama tradisi orang
Melayu;
- Diperbaharui, dengan didirikan asrama-asrama/pondok-pondok pengajian (hampir
dengan rumah
tuk guru);
- Pelajaran: Fardhu 'Ain,seperti Pengajian Al-Qur'an,
Al-Hadith, Tasawwuf, Fiqah, Tauhid, Bahasa
Arab, Tulisan Jawi dan seni Khat, doa-doa harian.
- Didik sahsiah pelajar - seorang yang berdisiplin, amal nilai-nilai
murni dan taat beragama.
Sekolah
Vernakular: - Ikut pecahan kaum-kaum di
tanah Melayu (Melayu, Cina, India dan Inggeris);
(Dasar Pecah &
Perintah / Divide & Rule);
- Guna bahasa ibunda masing-masing dalam proses Pengajaran - Pembelajaran.
- Berterusan sehingga ke era selepas kemerdekaan.
Laporan-laporan
Pendidikan
-Laporan-laporan Pendidikan di peringkat awal seperti: * Laporan Cheeseman ( ) - Untuk bina semula sistem pendidikan (selepas
Perang DuniaKedua;
* Laporan Barnes (1949) - Untuk satukan semua sekolah vernakular;
* Laporan Fenn-Wu (1951) - Gubal semula sistem pendidikan sekolah-sekolah
Cina di
di Tanah Melayu;
* Ordinan Pelajaran (1952) - Langkah awal - penubuhan sekolah-sekolah
bercorak
'Kebangsaan' dan 'Jenis Kebangsaan'.
ERA KETIGA: Selepas
Kemerdekaan
Laporan-Laporan
Pendidikan
- Laporan-laporan Pendidikan
yang ditelah dirangka untuk menggubal suatu sistem pendidikan bersepadu
adalah:
(a) Laporan / Penyata Razak (1956)
- Bertujuan untuk mewujudkan sistem pelajaran yang sama
bagi kaum.
- Diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak.
(b) Penyata Rahman Talib (1959)
- Untuk kaji semula cadangan-cadangan di dalam Penyata
Razak.
- Cadangkan pendidikan percuma kepada semua pelajar
sekolah.
Kedua-dua penyata tersebut menjadi asas
kepada sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini.
(Untuk lihat imbasan sejarah sistem pendidikan Malaysia,
klik di sini).