TEMERLOH HINDU YOUTH ORGANISATION
PERTTUBUHAN BELIA HINDU TEMERLUH

UNDANG-UNDANG  DAN  PELEMBAGAAN
PERTUBUHAN BELIA HINDU TEMERLOH
PAHANG DARULMAKMUR

FASAL 1:  NAMA

 Nama Pertubuhan ialah PERTUBUHAN BELIA HINDU TEMERLUH dan dalam Bahasa Inggeris “TEMERLUH HINDU YOUTH ORGANISATION”  selepas ini disebut  ‘Pertubuhan’

FASAL 2: ALAMAT BERDAFTAR

a)  Alamat berdaftar dan alamat surat-menyurat Pertubuhan ini ialah di No.3303 Taman Damai Taha,
     28400 Mentakab, Pahang DarulMakmur. Alamat ini boleh ditukar dari masa kesemasa oleh
     Jawatankuasa setelah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 3: LAMBANG
 
a) Warna Lambang Pertubuhan 

i)    Kuning - Melambangkan Ugama Hindu 
ii) Hijau - Melambangkan Kecergasan mental dan fizikal
iii) Putih- Melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan
iv) Biru Tua - Melambangkan Permuafakatan dan perpaduan 

b)  Lambang Pertubuhan “NANDI” yang berwarna putih dan dikelilingi oleh bintang berwarna kuning
    dengan enam belas bujur.

c) Lambang Pertubuhan merupakan sebuah perisai berwarna hijau dengan tulisan “AUM” dalam
    Bahasa  Tamil diatas sekali. Ditengah-tengah perisai terletak “NANDI” yang dikelilingi oleh bintang
    berwarna kuning dengan enam belas bujur yang melambangkan enam belas sifat kesucian dalam
    Ugama Hindu.

d) Bentuk perisai terletak diatas alas yang mengandungi cogan kata “SERVICE ABOVE SELF”:
    (Berkhidmat tanpa kepentingan diri) dalam Bahasa Inggeris. kesemua garisan dan perkataan
    berwarna biru tua.

e)  Bendera Pertubuhan merupakan lambang pertubuhan di tengah-tengah sebidang kain putih
     berukuran  6' X 3'  atau 4' X 2'.

FASAL 4:  TUJUAN

a)  Mengadakan kemudahan untuk Belia Hindu mempelajari serta  mengamalkan
     Ugama Hindu serta falsafanya.

b) Memupuk perpaduan, persefahaman serta muhibbah dikalangan Belia.

c) Menggalakkan perkembangan jasmani, kebudayaan dan sisoal di kalangan Belia.

d) Membantu mereka yang kurang bernasib dalam apa jua cara yang sesuai.

FASAL 5: BAHASA

a) Bahasa Pertubuhan ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris.

FASAL 6: KEAHLIAN

Keahlian Pertubuhan ini terbahagi kepada 3 jenis:-

a) Keahlian Biasa dibuka kepada semua orang Belia Hindu yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun
    dan tinggal di Daerah Temerluh, Pahang Darul Makmur.

b) Keahlian Seumur Hidup dibuka kepada semua orang Belia Hindu yang berumur di antara
    15 hingga 40  tahun dan tinggal di Daerah Temerluh, Pahang Darul Makmur.

c) Keahlian Bersekutu terbuka kepada mereka semua orang Hindu yang  tinggal di Daerah Temerluh,
    Pahang Darul Makmur yang berumur 40 tahun atau lebih dan juga kepada semua orang lain yang
    mendukung tujuan Pertubuhan ini.

d)  Ahli Kehormat akan diberikan kepada mereka yang telah berjasa kepada Pertubuhan kepada
     kebaikan Ugama Hindu. Keahlian ini akan dianugerahkan didalam Mesyuarat Agung tahunan tanpa
     mengira bangsa atau ugama.

e)  Pelajar-pelajar dari Universiti atau dari Maktab tidak boleh diterima sebagai ahli tanpa kebenaran
     bertulis dari Naib Cancelor Universiti atau Maktab berkenaan.

FASAL 7: PERMOHONAN MENJADI AHLI

a) Tiap-tiap pemohon hendaklah mengisi dan menandatangani borang keahlian yang dikeluarkan oleh
    JawatanKuasa dan menyampaikannya kepada Setiausaha Kehormat.

b) Setiap permohonan hendaklah dicadang oleh seorang Ahli Jawatankuasa dan disokong oleh seorang
    Ahli Jawatankuasa yang lain.

c) Kesemua borang keahlian yang diterima oleh Setiausaha Kehormat akan dikemukakan kepada
    Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa berhak menerima atau menolak borang keahlian dengan suara
    ramai. Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.

d) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah setelah membayar yuran
    pendaftaran dan yuran tahunan pertama seperti yang ditentukan diterima ahli Pertubuhan dan
    hendaklah ia sebagai Ahli dan Setiausaha kehormat akan mengirimkan senaskah Perlembagaan.

FASAL 8:  HAK DAN KEMUDAHAN

a) Ahli Biasa mempunyai hak dan kemudahan menurut Perlembagaan ini.

b)  Ahli Bersekutu mempunyai semua hak dan kemudahan kecuali mengundi dan menjadi Ahli
    Jawatankuasa.

c)  Ahli Kehormat boleh menikmati semua kemudahan yang diberikan oleh Pertubuhan dan mereka
    dikecualikan dari pembayaran masuk yuran. Walaubagaimanapun mereka tidak boleh menjadi Ahli
    Jawatankuasa dan mengundi.

FASAL 9: BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

a) bayaran masuk dan Yuran perlu dibayar oleh Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu ialah:-

i) Yuran Pendaftaran  - RM 2.00
ii) Yuran Tahunan  - RM 12.00
iii) Yuran Ahli Seumur Hidup - RM 100.00

b) Setiap ahli bertanggungjawab menjelaskan yuran masing-masing kepada Bendahari Kehormat dalam
    tempoh 2 bulan dari awal tiap-tiap tahun.  Seorang ahli yang berada di luar negeri lebih dari 6 bulan
   dikecualikan dari pembayaran yuran, sekiranya perkara ini diberitahu terlebih dahulu secara bertulis
   kepasa Setiausaha Kehormat.

c) Seorang ahli yang tidak menjelaskan yurannya dalam tempoh masa yang ditetapkan akan hilanglah
    semua hak dan kemudahan sebagi ahli.

d) Bendahari kehormat akan mengeluarkan notis bertempoh sebulan kepada ahli tersebut. Sekiranya
    wang tunggakan itu tidak dijelaskan dalam tempoh sebulan tersebut, Bendahari Kehormat akan
    melaporkan hal itu kepada Jawatankuasa dan nama berkenaan akan dipotong dari daftar ahli.

e)  Jawatankuasa boleh menetapkan kadar bayaran masuk semula kepada ahli yang membiarkan
     keahliannya terlucut disebabkan hutang.

f) Jawatankuasa boleh menimbang hal ahli yang tidak berkemampuan menjelaskan yuran.

FASAL 10: PEMBERITAHUAN DAN PEMECATAN AHLI

a)  Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis
     dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Kehormat dan membayar segala hutangnya.

b) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dalam cara yang
    mencemarkan nama baik Pertubuhan bolehlah dipecat atau digantungkan keahliannya dalam
    sesuatu  tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum
    Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu
    akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut hendaklah
    diberi peluang menerangkandan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu menunda atau
    membatalkan keputusan itu, atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 11: MESYUARAT AGUNG

a) Pengelolaaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu
    perdua daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa,
    Mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan bilangan(korum)
    untuk mesyuarat.

b)  Jika Korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat
    maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang
    ditetapkan oleh Jawatankuasa: dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu
    yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
    menjalankan Mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Pertubuhan dan
    membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

c) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah
    berakhirnya tahun kewangan, tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat
    yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agunga tahunan ialah:-

1. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja Pertubuhan di dalam tahun yang lalu.

2. Menerima laporan Bendahari dan Penyata Kira-kira yang telah diodit bagi tahun yang lalu.

3. Melantik Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira untuk tahun yang akan datang; dan

4. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan dalam mesyuarat itu.

d) Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari
    sebelum Mesyuarat Agung tahunan diadakan, suatu pengumuman mesyuarat yang menerangkan
    tarikh waktu dan tempat serta agenda (acara mesyuarat) termasuk peringatan mesyuarat dan
    laporan berserta dengan penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diodit. Salinan
    surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat berdaftar atau di
    tempat mesyuarat pertubuhan.

e) Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:

1. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau

2. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat pertubuhan.

f) Mesyuarat Agung Khus yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

g) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah    diedarkan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

h) Fasal 11 (a) dan 11 (b) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agunga Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agunga Khas atas permintaan ahli-ahli, maka Mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
 

FASAL 12: JAWATANAKUASA

a) Jawatanakuasa Pertubuhan ini mengandungi Pegawai-Pegawai seperti berikut:-

Seorang Yang Di Pertua
Seorang Naib Yang DiPertua.
Seorang Setiausaha Kehormat
Seorang Penolong Setiausaha Kehormat
Seorang Bendahari Kehormat
Lapan Orang Ahli Jawatankuasa Biasa
Dua Orang Juru Odit

b) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas pemerintah dalam Pertubuhan ini hendaklah warganegara Malaysia.

c) Nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihannya dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun:

d) Pekerjaan Jawatanakuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatanakuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya, dan Jawatanakuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan mesyuarat agung. Jawatanakuasa hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

e) Jawatanakuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatanakuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatanakuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatanakuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

f) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatanakuasa dan Mesyuarat. Jawatanakuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Kehormat bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Ahli-ahli Jawatanakuasa dengan Surat Pekeliling. Sayarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatanakuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.
 
 

1. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang dan jelas di dalam Surat Pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap Ahli Jawatanakuasa.

2. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatanakuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu;

3. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak; dan

4. Sebarang keputusan yang didapati melalui Surat Pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Kehormat kepada Jawatanakuasa kemudiannya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

g) Ahli Jawatanakuasa yang mungkir mengahadiri Mesyuarat Jawatanakuasa tiga kali berturut-turut tanpa  alasan yang munasabah akan disifatkan sebagai telah meletkakkan jawatan di dalam Jawatanakuasa.

h) Jika seorang Ahli Jawatanakuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhi kekosongan itu.

Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu maka berkuasalah Jawatanakuasa melantik ahli Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
i) Jawatanakuasa boleh memberi arahahan kepada Setiausaha Kehormat dan pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh mengantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, enggan menjalankan keputusan jawatanakuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
 

FASAL 13: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

a) Tugas yang Dipertua ialah:-

1. mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat Jawatanakuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.

2. Bertugas sebagai ahli dalam semua Jawatanakuasa Kecil.

3. Menandatangani semua cek Pertubuhan dengan  Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.

4. Bertanggungjawab di atas kemajuan keseluruhan bagi Pertubuhan.

b) Naib Yang Dipertua akan bertugas membantu yang Dipertua dalam menjalankan tugasnya. Apabila Yang Dipertua tidak ada, maka Naib yang Dipertua akan memangku jawatan tersebut.

c) Tugas Setiausaha Kehormat:-

1. Menjalankan pengurusan Pertubuhan selaras dengan perlembagaan dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Mesyuarat agung dan Jawatanakuasa.

2. menjalankan semua kerja persuratan dan menyimpan semua buku dokumen dan surat-surat mengenai Pertubuhan, kecuali Penyata kewangan dan rekod kewangan.

3. Mengahadiri semua mesyuarat dan membuat mencatat mesyuarat.

4. Bertugas sebagai ahli dalam semua Jawatanakuasa Kecil.

5. Menyimpan buku berdaftar ahli yang mengundi butir seperti nama, tarikh dan tempat lahir, nombor kad Pengenalan, Pekerjaan, nama dan alamat Majikan dan alamat rumah bagi setiap ahli bagi setiap ahli. Setiausaha Kehormat hendaklah dalam masa 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar dibawah seksyen 14 (1) Akta pertubuhan 1966.

6. Setiausaha Kehormat hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan yang Dipertua dan Bendahari Kehormat.
 

d) Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan diatas semua hal kewangan Pertubuhan. Beliau bertanggungjawab menyimpan rekod bagi semua urusan kewangan dengan betul. Semua cek Pertubuhan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari kehormat, yang Di Pertua dan Setiausaha Kehormat.

e) Semua Ahli Jawatanakuasa Biasa adalah bertanggungjawab menghadiri mesyuarat dan bekerjasama dengan pegawai-pegawai. Setiap orang Ahli Jawatanakuasa Biasa hendaklah bertanggungjawab menjalankan sebarang kerja yang tugaskan dan menyempurnakan denga cermat dan tekun.

f) Penolong Setiausaha Kehormat akan bertugas membantu Setiausaha Kehormat dalam menjalankan tugasnya. Apabila Setiausaha Kehormat tidak ada, maka Penolong Setiausaha Kehormat akan memangku Jawatan tersebut.
 

FASAL 14: GABUNGAN

a) Berdasarkan kepada keputusan Jawatanakuasa dan rundingan denga Lembaga penasihat, petubuhan ini boleh bergabung denga mana-mana badan bukan politik yang bergerak diperingkat daerah atau negeri.

b) Pertubuhan ini hendaklah bergabung dengan Majlis Belia Hindu Malaysia.
 

FASAL 15: JAWATANKUASA KECIL

a) Selepas pemilihan pemegang jawatan, Jawatanakuasa dalam mesyuarat yang pertamanya boleh menubuhkan Jawatanakuasa Kecil seperti berikut:-

1. Jawatanakuasa Kecil Ugama.

2. Jawatanakuasa Kecil Sukan.

3. Jawatanakuasa Kecil Sosial dan Kebudayaan.

4. Jawatanakuasa Kecil Keahlian.

5. Jawatanakuasa Kecil Kebajikan.

6. Jawatankuasa Pembangunan

7. Jawatankuasa Ekonomi

8. Jawatanakuasa kecil yang lain yang difikirkan perlu oleh Jawatanakuasa.
 

b) Semua Jawatanakuasa Kecil hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang Setiausaha dan sekurang-kurangnya tiga orang ahli.

c) Pengerusi Jawatanakuasa Kecil hendaklah terdiri daripada Ahli Jawatanakuasa.

Semua Jawatanakuasa Kecil hendaklah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang diluluskan oleh Mesyuarat Jawatanakuasa.
 

FASAL 16: TATATERTIB

a) Semua ahli hendaklah mematuhi Perlembagaan Pertubuhan dan semua peraturan yang diluluskan oleh Mesyuarat Jawatanakuasa.

b) Sekiranya Jawatanakuasa atau 15 orang ahli biasa yang berhak mengundi, berpendapat bahawa kelakuan seseorang ahli itu boleh membawa keburukan kepada Pertubuhan, maka tindakan tatatertib boleh diambil terhadap ahli berkenaan. Tindakan yang sesuai boleh juga diambil terhdap mana-mana ahli yang melanggar undang-undang atau peraturan-pertaran yang berkuatkuasa.

c) Jawatanakuasa akan mengambil tindakan tatatertib dan mengadakan penyiasatan. Keputusan hendaklah berdasarkan kepada sokongan daru dua pertiga jumlah ahli yang menghadiri mesyuarat Lembaga Penasihat akan memberi nasihat dalam perkara seumpama ini.
 

FASAL 17: BUKU-BUKU

a) Pegawai Pertubuhan yang berkenaan hendaklah menyimpan buku-buku Pertubuhan selaras dengan kehendak dan keputusan dari Jawatanakuasa.

b) Buku-buku Pertubuhan hendaklah sentiasa dibawa semasa mesyuarat agung dan Jawatanakuasa.

c) Seseorang ahli yang ingin melihat buku-buku Pertubuhan hendaklah memohon dengan sebab-sebabnya. Diatas nasihat Jawatanakuasa, pegawai-pegawai boleh membenarkan Ahli berkenaan supaya melihat buku-buku Pertubuhan.
 
 

FASAL 18: PERATURAN:

Selaras denga Perlembagaan pertubuhan, Jawatanakuasa boleh meluluskan Peraturan-peraturan atau undang-undang kecil demi memudahkan pengurusan Pertubuhan dan kegiatannya. Peraturan seumpama ini hendaklah dibawa keperhatian semua peraturan ini kecuali dimansuhkan oleh Mesyuarat Agung.
 

FASAL 19: KEWANGAN

a) Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan termasuklah belanja Pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji, dan upah memeriksa kira-kira, tetapi walaubagaimana pun ahli yang telah dijatuhkan hukum di Mahkamah.

b) Bendahari Kehormat dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 50.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah di masukkan ke dalam bank dipersetujui oleh Jawatanakuasa. Kira-kira bank itu hendaklah diatas nama Pertubuhan.

c) Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang Dipertua, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.

Kerana ketiadaan yang Dipertua, Bendahari Kehormat dan Setiausaha Kehormat maka bolehlah Jawatanakuasa melantik sesiapa di anatara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan.

d) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatanakuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000.00 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 500.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh yang DiPertua bersama Setiausaha kehormat dan Bendahari Kehormat.

e) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh BendahariKehormat dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik mengikut undang-undang 20, dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diodit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan atau di tempat mesyuarat bagi Pertubuhan.

f) Tahun kewangan bagi Pertubuhan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.
 

FASAL 20: PEMERIKSA KIRA-KIRA

a) Dua orang Pemeriksa Kira-Kira yang bukan dari Pegawai pertubuhan hendaklah dilantik setiap tahun oleh Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya Pemeriksa Kira-Kira yang telah dilantik tidak dapat menjalankan tugas, maka Jawatankuasa boleh melantik pengganti.

b) Jawatankuasa boleh mengarahkan Pemeriksa Kira-Kira supaya memeriksa penyata kewangan, stok dan lain-lain pada bila-bila masa yang dikehendaki. Pemeriksa Kira-Kira akan menyediakan laporan atau pengesahan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya terdapat sesuatu perbezaan, kehilangan atau kerosakkan kepada harta benda, maka Pemeriksa Kira-Kira hendaklah melaporkan dengan segera kepada Jawatankuasa.
 

FASAL 21: PENGAMANAH

a) Tiga orang Pengamanah amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan dengan menandatangani Suatu Surat Amanah.
b) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar milik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan.

c) Sekiranya seorang Pengamanah tidak dapat menjalankan tugasnya kerana tidak sihat, tidak siuman, berada diluar negeri atau sebab yang lain, maka Mesyuarat Agung boleh memecat jawatan atau pemecatan, maka kekosongan tersebut akan dipenuhi oleh seorang Pengamanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung.
 

FASAL 22: TAFSIRAN

a) Sekiranya timbul sesuatu perselisihan mengenai tafsiran Perlembagaan dalam Mesyuarat Agung, maka keputusan akan dicapai dengan suara ramai.

b) Jawatankuasa boleh mengambil keputusan mengenai perkara-perkara yang tidak wujud dalam Perlembagaan ini kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung. Keputusan Jawatankuasa adalah muktamat kecuali diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
 

FASAL 23: LEMBAGA PENASIHAT

a) Mesyuarat Agung Tahunan boleh tanpa mengira bangsa atau ugama, melantik Warganegara yang terkenal sebagai Ahli lembaga Penasihat.

b) Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada lima orang dan sekurang-kurangnya seorang wanita.
 

FASAL 24: LARANGAN

a) Pertubuhan tidak boleh menjalankan loteri sama ada diatas nama Pertubuhan, Jawatankuasa, Pegawai=Pegawai atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

b) Sebarang kegiatan perjudian tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan dalam gerakan Kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

c) "Faedah" seperti yang diterangkan dibawah seksyen 2 Akta pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahli Pertubuhan.
 

FASAL 25: PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

a) Mesyuarat Agung boleh meminda, menambah atau membatalkan mana-mana perkara yang terdapat dalam Pindaan ini.
Pindaan tersebut hendaklah berkuatkuasa selepas diluluskan oleh Pendaftar pertubuhan.

b) Pindaan kepada Perlembagaan hendaklah diluluskan  oleh dua pertiga dari jumlah ahli biasa yang berhak mengundi yang hadir dalam mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan pindaan atau perubahan tersebut.
 

FASAL 26: PEMBUBARAN

a) Pertubuhan ini tidak boleh dibuabrkan kecuali dengan sokongan tiga perlima daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dan hadir dalam satu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

b) Sekiranya Pertubuhan ini dibuabarkan, maka semua hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut Undang-undang hendaklah dijelaskan. Sekiranya terdapat wang baki, maka ianya boleh di selesaikan mengikut cara yang dipersetujukan dalam Mesyuarat Agung.

c) Kenyataan bersabit dengan Pembubaran itu hendaklah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

================================================================