Oleh
|
Y.B.
Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan
Menteri Pendidikan.
Y.Bhg.
Tan Sri Dr. Johari Bin Mat,
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.
Y.
Bhg. Dato Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Naib-Naib
Canselor ,
Dato’-Dato’,
Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum W.B.T.dan
Salam Sejahtera.
Marilah
kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izin-Nya
jua, kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Majlis Perutusan Tahun Baru
bagi tahun ini.Sempena bulan Syawal
yang mulia ini, agaknya belum terlewat bagi saya mengucapkan Selamat Hari
Raya Aidilfitridan juga Selamat
Menyambut Tahun Baru kepadasemua
warga Kementerian yang sedang berkhidmat di seluruh tanah air.Semoga
tahun baru ini akan membawa kita ke arah kejayaan yang lebih gemilang dalam
usaha berterusan untuk memartabatkan sistem pendidikan di negara kita.
Kita
telahpun sama-sama mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan tahun pertama
abad ke-21 ini. Dalam tempoh setahun, kita telah bergerak sebagai satu
angkatan yang besar,yang terdiri
dari para anggota yang komited terhadap perjuangan meningkatkan mutu pendidikan
negara. Atas komitmen tersebut, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada semua, terutama kepada guru-guru yang berada di barisan hadapan,
di sekolah-sekolah di seluruh pelusuk negara, yang sentiasa memberi sokongan
padu dan kerjasama yang erat sehingga kita dapat bersama-sama mencapai
kejayaan setakat ini. Saya berharap sokongan dan kerjasama itu,yang
telah diberikan oleh semua pihak akanberkekalan
dan terus dimantapkan lagi di masa akan datang.
Sesungguhnya,
dalam sebuah organisasi yang begini besar dengan jumlah anggota melebihi
300,000 orang termasuk guru dan bukan guru, sudah pasti kekuatan kita amat
bergantung kepada penyatuan hati dan penghayatan wawasan yang sama. Wawasan
kita ialah untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan terbaik dan berkualiti
demi membangunkan generasi masa depan Malaysia yang dinamis dan progresif.Itulah
komitmen kita, dan itulahjuga yang
kita janjikan kepada seluruh masyarakat melalui satu daripada ikrar Piagam
Pelanggan kita iaitu “menyediakan sistem pendidikan terbaik berasaskan
budaya ilmu untuk memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta
memenuhi matlamat perpaduan negara”.
Di
samping berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti pengajaran
dan pembelajaran supaya semangat perpaduan terus subur, kita perlu menentukan
anak-anak kita mempunyai peluang untuk bercampur gaul antara satu sama
lain melalui pelbagai aktiviti dan program luar bilik darjah. Untuk mencapai
matlamat tersebut, kita akan menghidupkan semula Program Integrasi Sekolah
yang cuba diperkenalkan pada tahun 1986. Program ini akan menjurus kepada
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang boleh dilaksanakan secara bersama oleh
sekolah-sekolah di sesebuah daerah. Saya berharap, perancangan yang rapi
dengan mengambilkira semua keperluan akan disediakan oleh pihak Pejabat
Pendidikan Daerah terutamanya dan sekolah-sekolah yang terlibat untuk merealisasikan
program ini secepat mungkin.
Di
samping mempertingkatkan interaksi di kalangan anak-anak dari pelbagai
kaum dan latar belakang, kita berharap pendekatan ini akan turut menggalakkan
kerjasama dan persefahaman di kalangan ibu bapa termasuk mengadakan mesyuarat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi beberapa sekolah dalam sesuatu
daerah.
Selain
daripada program tersebut, kita juga akan terus berusaha untuk menggunakan
pendekatan lain yang sesuai untuk memupuk semangat perpaduan kaum di kalangan
anak-anak kita. Satu daripada pendekatannya ialah melalui pelaksanaan Sekolah
Wawasan.Kita akan melaksanakan projek perintis Sekolah Wawasan mulai tahun
ini dengan melibatkan sekolah-sekolah baru dan sekolah-sekolah lama yang
bersetuju menyertai projek perintis ini. Ingatlah, harga keamanan dan kestabilan
negara amat tinggi untuk dibayar oleh generasi akan datang tanpa perpaduan
kaum.
Kegagalan
kita mencari pendekatan terbaik memupuk perpaduan kaum di negara tercinta
ini bererti kita mengundang mala petaka yang telahpun kita saksikan berlaku
di negara-negara yang dilanda kemelut kebencian dan konflik perkauman yang
tidak sudah-sudah. Oleh itu, tradisi mendidik menggunakan pendekatan “meluntur
buluh biarlah dari rebungnya” melalui konsep Sekolah Wawasan ini perlu
kita cuba dengan bersungguh-sungguh tanpa kesangsian.
Formula
Sekolah Wawasan ini yang menawarkan perkongsian satu kampus dengan setiap
jenis atau aliran sekolah memiliki bangunan tersendiri dan masih mengekalkan
identiti masing-masing tentunya akan membolehkan anak-anak kita dari pelbagai
kaum dan keturunan berinteraksi sekerap mungkin dan memahami antara satu
dengan lain tanpa sebarang prasangka. Saya yakin inilah satu strategi jangka
panjang yang berupaya untuk membangunkan generasi masa depan kita, supaya
negara ini akan menjadi sebuah negarayang
lebih harmonis dan bersatu padu.
PEMBANGUNAN
YANG SEIMBANG
Perpaduan
negara melalui pendidikan berkait rapat juga dengan peluang menikmati kemudahan
pendidikan yang sama rata oleh semua rakyat di negara ini. Untuk menentukan
tiada golongan yang terpinggir dan merasa tersisih, kerajaan sentiasa memberi
perhatian kepada pembangunan di kawasan-kawasan yang masih ketinggalan
dari segi kemudahan pendidikan. Projek Sekolah Rendah Berpusat (SRB) adalah
salah satu daripada strategi ini.
Projek
ini akan tertumpu kepada pembangunan sekolah-sekolah rendah berasrama penuh
berdekatan dengan kawasan-kawasan pedalaman, terutama di daerah-daerah
terpencil di Sabah dan di Sarawak, supaya pelajar-pelajar di kawasan pedalaman
itu dapat memilih untuk bersekolah di sekolah yang lebih baik daripada
segi parasarana dan sumber pengajaran dan pembelajaran setara dengan sekolah-sekolah
di bandar. Buat masa ini, dua buah SRB perintis iaitu Sekolah Kebangsaan
Bun Bun di Sabah dan Sekolah Kebangsaan Mata Parang di Sarawak adalah di
peringkat pelantikan kontraktor dan pembinaannya akan bermula pada awal
tahun ini. Kita akan memperluaskan projek ini ke kawasan-kawasan lain apabila
kita dapati perlu. Insya-Allah, kita akan lakukan dalam masa terdekat.
Pembangunan
prasarana pendidikan akan terus menjadi agenda utama kerajaan. Pada tahun
lalu, sebanyak RM5.39 billion telah digunakan oleh kerajaan untuk menyiapkan
hampir 5,000 projek fizikal pendidikan termasuk pembinaan 332 sekolah baru
di bandar dan luar bandar. Pada masa yang sama, kita telah membelanjakan
sebanyak RM 330 juta untuk mengubahsuai dan menaiktaraf sekolah-sekolah
yang dikategorikan sebagai sekolah daif. Matlamatnya ialah untuk merapatkan
jurang antara sekolah-sekolah yang daif ini berbanding dengan sekolah-sekolah
baru yang dibina, khususnya dari segi kemudahan, keceriaan dan keselesaan
kepada para pelajar dan guru-guru.Kita
akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki kemudahan di sekolah-sekolah
yang daif ini, sama ada di bandar mahupun di luar bandar supaya sekolah-sekolah
ini akan mempunyai persekitaran fizikal yang selesa dan sesuai atau kondusif
untuk pembelajaran anak-anak kita.
PENGEMASKINIAN
INPUT PENDIDIKAN
Pembangunan
fizikal yang kondusif perlu disokong dengan input pendidikan yang relevan
mengikut tuntutan masa dan keperluan negara. Antara input pendidikan ini
termasuklah aspek kurikulum, sumber pengajaran dan pembelajaran, latihan
guru, dan pelbagai kemudahan lain untuk meningkatkan kualiti proses penyampaian
pendidikan, the educational delivery process.
Dari
segi kurikulum, kita sudahpun selesai membuat penyemakan semula kurikulum
bagi semua mata pelajaran KBSR dan KBSM kecuali bagi beberapa mata pelajaran
bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) bagi
sekolah rendah dan kelas peralihan.Sebanyak
42 sukatan pelajaran iaitu 33 sukatan pelajaran KBSM dan lapan sukatan
pelajaran KBSR telah disemak semula.
Penyemakan
semula kurikulum ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian untuk mengemaskinikan
kurikulum persekolahan supaya kandungan dan pendekatan yang digunakan adalah
relevan dengan kehendak semasa dan memenuhi keperluan pembangunan sumber
manusia negara.
Untuk
menarik lebih ramai pelajar meminati dan mengambil bidang sains dan teknikal,
kita juga sudahpun membuat penyemakan dan pengubahsuaian kurikulum pendidikan
sains dan teknikal supaya lebih berbentuk hands-on dan mudah difahami
pelajar. Untuk tujuan yang sama, kita juga bercadang untuk memperkenalkan
mata pelajaran sains mulai Tahun 1 di sekolah rendah selaras dengan apa
yang berlaku di negara-negara lain.
Perancangan
dan penggubalan Kurikulum Sains Tahap Satu sekolah rendah sedang giat diusahakan
dan pelaksanaan secara percubaan di beberapa buah sekolah terpilih akan
dijalankan pada tahun hadapan.
Daripada
segi pendidikan sains, matlamat kita ialah untuk mencapai nisbah pelajar
60:40 bagi pelajar Sains dan Teknologi (S&T) berbanding dengan pelajar
Sastera. Ini harus kita capai menjelang tahun 2010 nanti. Untuk mencapai
matlamat tersebut, perancangan untuk menambah bilangan kelas Sains dan
Teknologi di setiap negeri perlu dilakukan secara beransur-ansur dan sistematik.
Kita berharap melalui strategi yang telah saya sebutkan sebentar tadi,
terutamanya memperkenalkan mata pelajaran sains mulai tahun 1 di sekolah
rendah, akan dapat menanam dan memupuk minat terhadap sains dan teknologi
di kalangan kanak-kanak di peringkat awal lagi.
Atas
kesedaran betapa pentingnya pendidikan prasekolah sebagai asas perkembangan
aspek sosio-emosi dan intelek kanak-kanak, kita juga telah selesai menyediakan
cadangan untuk perluasan penawaran pendidikan prasekolah termasuk pengemaskinian
kurikulumnya yang sekarang ini sedang diteliti oleh Jawatankuasa Kabinet
mengenai Pendidikan yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
Pada
masa yang sama, kita sedang berusaha menyediakan peluang kepada lebih ramai
kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah, terutama di kalangan anak-anak
di luar bandar, dengan kerjasama agensi-agensi pelaksana yang lain.
Pengemaskinian
kurikulum perlu disusuli dengan penghasilan sumber pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dan relevan dengan kehendak pelajar dan peredaran masa. Oleh
itu, di samping terus berusaha menggalakkan penghasilan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran multimedia interaktif yang dihasilkan sendiri oleh guru-guru,melalui
aktiviti terancang di Pusat-Pusat Kegiatan Guru di bawah kelolaan Bahagian
Teknologi Pendidikan, kita juga akan melaksanakan projek percubaan e-book
di 100 buah sekolah rendah dan menengah.
Projek
ini akan bermula pada awal tahun ini dengan sokongan pihak swasta. Projek
perintis ini dijangka akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan kos,cost-effectiveness
bagi Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah-sekolah dalam jangka masa
panjang. Ia juga sejajar dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
yang sedang pesat berkembang di hari ini.
Pada
masa yang sama, kita akan terus meningkatkan kapasiti sekolah-sekolah kita
dengan kemudahan infrastruktur ICT supaya pembelajaran berbantukan teknologi
dapat diperluaskan di semua sekolah di seluruh negara. Inilah matlamat
kita untuk menghasilkan generasi pelajar yang celik IT dan mampu menyumbang
kepada pembangunan masyarakat ilmu, knowledge society dalam era
ekonomi pengetahuan ini.
Sejajar
dengan hasrat tersebut, program pengkomputeran sekolah yang dijangka dapat
membekalkan makmal komputer kepada 2,300 buah sekolah mulai tahun ini akan
diperluaskan kepada semua sekolah di seluruh negara dalam tempoh Rancangan
Malaysia Ke-8 nanti. Kita juga akan mempastikan yang kemajuan Aplikasi
Perdana Sekolah Bestari berjalan lancar, khususnya dari segi penghasilan
perisian pengajaran dan pembelajaran, dan perisian sistem pengurusan sekolah
bestari.
Sehingga
akhir tahun 2000, keluaran pertama perisian-perisian tersebut telah melalui
Factory Acceptance Test dan Laboratory Acceptance Test Review
dan telahpun dipasang di 81 buah sekolah perintis. Buat permulaan, seramai
225 orang pengurus sekolah perintis telah dilatih untuk menggunakan perisian
Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan 480 orang guru pula dilatih
untuk menggunakan perisian empat mata pelajaran (Sains, Matematik, Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris).
Di
samping itu, kita juga sedang giat melatih guru-guru lain dalam bidang
IT ini. Sehingga akhir tahun 2000, seramai 82,614 orang guru sudah
dilatih dalam kemahiran IT iaitu seramai 23,355 orang melalui program latihan
praperkhidmatan dan 59,259 orang lagi melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan
secara jangka pendek ataupunjangka
panjang. Ini termasuklah program latihan yang dibiayai oleh pihak swasta
termasuk British Aerospace dan INTEL. Saya mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan terima kasih kepadasyarikat-syarikat
swasta yang sudi menghulur bantuan kepakaran dan kewangan bagi menjayakan
latihan guru dalam bidang IT ini.
Sesungguhnya,
kualiti pendidikan yang kita sajikan di sekolah-sekolah amat bergantung
kepada keterampilan dan kecekapan guru untuk menyampaikan pengajaran secara
berkesan dan menggunakan pendekatan terkini. Untuk ini, kita telah memperuntukkan
sebanyak RM 46 juta untuk mengadakan latihan dalam perkhidmatan kepada
guru-guru pada tahun lalu.Seramai
hampir 123,000 orang guru telah berpeluang menghadiri kursus-kursus pendek,
seminar dan bengkel sepanjang tahun 2000 melalui peruntukan ini dan seramai
1,488 orang lagi diberi pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke
peringkat sarjana muda dan sarjana dalam bidang-bidang kritikal seperti
sains dan matematik.
Di
samping menentukan pelaksanaan kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan
ini terus dimantapkan lagi, kita juga akan memperluaskan Program Skim
Latihan Staf Kementerian Pendidikan pada tahun ini. Di bawah program
ini kita akan dapat memberi peluang kepada seramai 555 orang pegawai perkhidmatan
pendidikan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah lanjutan dalam
pelbagai bidang kritikal. Initermasuk
50 orang unntuk mengikuti ijazah kedoktoran dalam bidang-bidang yang amat
diperlukan untuk memantapkan sistem pendidikan di negara kita termasuk
bidang pengurusan kurikulum, sains, matematik dan bahasa Inggeris.
Pada
tahun ini kita akan memberi tumpuan juga kepada usaha yang lebih gigih
untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris. Saya ingin
melihat perancangan dan pelaksanaan kursus-kursus pendek melalui program
latihan dalam perkhidmatan memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan
kemahiran guru-guru mengajar dalam bidang ini.
Prioriti
perlu diberikan kepada kursus-kursus pedagogi dalam pengajaran bahasa Inggeris
kepada guru-guru, khususnya yang sedang mengajar di luar bandar supaya
pendekatan dan kaedah yang lebih inovatif diperkenalkan kepada mereka untuk
memperbaiki prestasi para pelajar kita yang masih di tahap yang
kurang memuaskan di semua peringkat peperiksaan umum. Langkah
ini adalah sejajar dengan usaha kita untuk memberi peluang yang saksama
kepada semua pelajar menguasai ilmu dan kemahiran dalam era ICT ini yang
rata-rata memerlukan penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris.
Untuk
tujuan yang sama, saya telahpun menubuhkan satu Jawatankuasa untuk mengkaji
secara terperinci punca penyebab prestasi bahasa Inggeris ini kurang memuaskan
di kalangan pelajar kita dan memberi cadangan untuk mengatasinya. Saya
berharap Jawatankuasa ini yang dipengerusikanoleh
Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)akan
dapatmengemukakan cadangan yang
bernas dalam masa yang terdekat.
Sejajar
dengan usaha meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam semua bidang, terutamanya
dalam bidang-bidang kritikal, saya meminta agar institusi-institusi latihah
guru, terutama maktab-maktab perguruan dan Fakulti Pendidikan di universiti-universiti
tempatan mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti latihan, sama ada
latihan praperkhidmatan mahupun latihan dalam perkhidmatan.
Kita
tentu sedar bahawa kualiti latihan guru berkait rapat dengan kualiti pengajaran
yang disajikan oleh guru-guru itu kepada anak-anak kita. Malah, dalam keadaan
kita sedang menghadapi kelebihan guru dalam beberapa bidang, dan sebaliknya
kekurangan guru dalam beberapa mata pelajaran lain termasuk sains dan bahasa
Inggeris, pendekatan latihan yang lebih inovatif perlu difikirkan supaya
guru-guru lebih fleksibel untuk mengajar dalam beberapa subjek. Sebagai
permulaan kita boleh mulakan dengan latihan guru di peringkat sekolah rendah,
termasuk mengadakan kursus-kursus conversion kepada guru-guru dalam
bidang-bidang yang didapati berlebihan.
PELUASAN
PELUANG PENDIDIKAN MENGIKUT POTENSI DAN MINAT
Selaras
dengan usaha memberi peluang yang lebih luas kepada para pelajar yang kurang
berminat dalam bidang akademik dan sebaliknya lebih cenderong kepada bidang-bidang
berasaskan kemahiran termasuk bidang teknikal dan vokasional, kita telah
berusaha memperluaskan penawaran bidang-bidang ini, terutama dalam bidang
teknologi maklumat dan multimedia. Program ini bertujuan menyediakan peluang-peluang
pendidikan secukupnya hasil dari pertambahan permohonan masuk ke aliran
ini.
Pada
tahun ini kita telah meningkatkan bilangan tempat dalam bidang teknikal
dan vokasional sebanyak lebih 25% berbanding dengan tahun lalu. Kita akan
meneruskan usaha memperluaskan peluang pendidikan vokasional dan kemahiran
di sekolah-sekolah harian biasa, di samping membina lebih banyak sekolah
teknik dan vokasional di masa akan datang.
Pada
masa yang sama, kita akan turut memperluaskan peluang pendidikan kepada
anak-anak istimewa yang perlu mengikuti pendidikan khas bersama-sama dengan
rakan-rakan lain di sekolah biasa dan juga di sekolah teknik dan vokasional
bagi mengembangkan bakat mereka dalam bidang-bidang kemahiran yang sesuai.
Program Pendidikan Khas Percantuman bagi menampung lebih ramai pelajar
dalam kategori ini akan diperkemas dan diperluaskan.
Pada
tahun 2000, kita telah membuka kelas-kelas tersebut di 5 buah sekolah menengah
teknik dan vokasional dan melaksanakan Program Pendidikan Khas Inklusif
bagi murid-murid bermasalah pembelajaran di 11 buah sekolah lagi. Pada
tahun ini, peluang ini akan diperluaskan ke 15 buah sekolah menengah teknik
dan vokasional dan menyediakan tempat sebanyak 1,449 buah kelas pendidikan
khas percantuman di sekolah rendah biasa dan 683 buah kelas di sekolah
menengah biasa.
Melalui
pendekatan ini, kita berharap anak-anak istimewaini
tidak merasa tersisih dan turut bersama dalam arus pendidikan perdana yang
kita tawarkan di negara kita. Malah, pada tahun 2000, kita juga turut menyediakan
peluang kepada 80 pelajar pendidikan khas untukmelanjutkan
pelajaran mereka ke tiga buah Politeknik.Kita
akan terus menyediakan peluang kepada golongan pelajar ini di masa depan
supaya mereka dapat memperluaskan bakat dan kebolehan mereka sejajar dengan
dasar pendemokrasian pendidikan di negara kita.
Selaras
dengan dasar tersebut, kita juga akan memberi perhatian kepada usaha menyediakan
peluang pendidikan secara khusus kepada golongan murid-murid yang mengalami
masalah pembelajaran, disleksia, dyslexia.Walaupun
mempunyai kebolehan kognitif yang setaraf dengan murid biasa, golongan
ini selalunya terabai kerana kaedah pengajaran guru yang didapati kurang
sesuai dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka.
Justeru
itu Kementerian Pendidikan akan mengadakan satu projek perintis bagi murid-murid
disleksia di 32 buah sekolah yang telah dikenalpasti untuk memulakan projek
ini mulai tahun ini.
KEPIMPINAN
DAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
Dalam
banyak kes, kecemerlangan sesebuah sekolah baik dari segi prestasi akademik
mahupun kejayaan dalam bidang kokurikulum amat bergantung kepada daya kepimpinan
guru besar atau pengetuanya. Menyedari hakikat tersebut, Kementerian Pendidikan
telah merangka dan melaksanakan program latihan persediaan kepimpinan dan
pengurusan pendidikan di bawah Program Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan
(NPQH) untuk pegawai-pegawai pendidikan yang berpotensi sebagai pemimpin
dan pengurus di sekolah-sekolah.
Sehingga
kini, seramai 692 guru telah dilatih di Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk
tujuan ini.Mereka terdiri dari
358 orang guru bukan siswazah, 144 guru siswazah dan 190 orang lagipemegang
Ijazah Sarjana.Bagi guru-guru pemegang
ijazah Sarjana Muda yang telah selesai mengikuti Program Kelayakan Kepengetuaan
di IAB ini, mereka ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
Sarjana di Institut Kepengetuaan, yang telah kita tubuhkan bersama dengan
Universiti Malaya pada tahun lalu.
Sejajar
dengan langkah meningkatkan kualiti pendidikan sekolah melalui satu sistem
pemantauan kualiti yang teratur seperti yang saya sarankan tahun lalu,usaha
menetapkan satu standard kualiti pendidikan telah diusahakan sepanjang
tahun 2000 lalu bagi sekolah-sekolah di negara ini. Standard kualiti pendidikan
ini bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian sekolah-sekolah di Malaysia
berdasarkan piawai yang ditetapkan bagi mengekalkan perkhidmatan berkualiti
kepada para pelanggan, khususnya para pelajar.Untuk
itu, pada pagi ini kita akan melancarkan Standard
Tinggi Kualiti Pendidikan yang telah dihasilkan oleh Jemaah Nazir Sekolah
untuk dijadikan garis panduan bagi sekolah-sekolah di Malaysia.
Pada
masa yang sama, kita juga akan terus berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan
bagi perkhidmatan pengurusan cemerlang dari badan-badan yang bertauliah
yang lain. Misalnya, pada tahun 2000, semua politeknik telah mendapat persijilan
MS ISO 9002 dari MAMPU dan SIRIM.Lembaga
Akreditasi Negara juga telah mendapat persijilan yang sama dan diikuti
oleh Perpustakaan Negara.Usaha ini
adalah sejajar dengan matlamat kita untuk menghasilkan perkhidmatan pengurusan
dan khidmat pendidikan yang cekap dan berkesan di semua peringkat dalam
membangunkan satu sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.
Dengan
komitmen untuk menyediakan pendidikan berkualiti, kita akan melaksanakan
penstrukturan semula Kementerian Pendidikan untuk membolehkan pengurusan
pendidikan menjadi lebih cekap dan berkesan. Struktur baru ini akan memperkemaskan
hubungan di antara Bahagian dan Jabatan di ibu pejabat dengan cawangan-cawangan
Kementerian di negeri dan daerah di samping mengamalkan konsep empowerment
kepada Bahagian/Jabatan dan peringkat cawangan di negeri dan daerah dalam
bidang pengurusan kakitangan dan kewangan.
Penstrukturan
ini juga dijangka akan memperkemas dan melicinkan pentadbiran Kementerian
serta membolehkan keputusan dibuat di peringkat di mana ianya diperlukan.
Langkah ini juga sejajar dengan usaha memberi penurunan kuasa kepada sekolah-sekolah
dari segi pengurusan kewangan dan penyelenggaraan projek kecil dengan memberi
status sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah dilaksanakan secara
projek perintis di 30 buah sekolah pada tahun lalu. Program perintis ini
telah didapati berjaya meningkatkan prestasi pengurusan kewangan dan penyelenggaraan
projek kecil sekolah dan kita akan memperluaskan program ini ke 200 sekolah
lagi pada tahun ini.
MENINGKATKAN
PELUANG PENDIDIKAN TINGGI
Pendemokrasian
pendidikan di peringkat rendah dan menengahharus
diekori dengan pendemokrasian pendidikan di peringkat pendidikan tinggi.
Dalam erti kata yang lain, kita harus berupaya menyediakan peluang pendidikan
tinggi yang lebih luas kepada lebih ramai pelajar yang memohon untuk mengikuti
pendidikan tinggi setiap tahun. Pada tahun lalu kita telah berupaya memberi
peluang kepada seramai 25% daripada kohort pelajar berumur 17 hingga 23
tahun untuk mengikuti pendidikan tinggi. Matlamat kita adalah untuk menyediakan
tempat pendidikan tinggi bagi 30% daripada kohort ini menjelang tahun 2005
dan 40% menjelang tahun 2010.
Untuk
mencapai sasaran ini, kita telahpun melancarkan penubuhan 12 buah Kolej
Komuniti pada tahun ini sebagai projek perintis dan ini saya yakin akan
diikuti dengan penubuhan lebih banyak lagi Kolej Komuniti dalam masa yang
terdekat.
Enrolmen
di Politeknik Kementerian Pendidikan juga akan ditingkatkan. Dalam tahun
ini sahaja kita akan dapat meningkatkan enrolmen ini ke 52,400 orang pelajar,
iaitu peningkatan sebanyak 18% berbanding dengan tahun lalu. Dengan rancangan
kita untuk menubuhkan 10 buah politeknik lagi dalam Rancangan Malaysia
ke 8 menjadikan 22 buah semuanya, kita berharap akan dapat meningkatkan
bilangan pelajar ke 100,000 orang menjelang tahun 2005.
Di
peringkat pendidikan universiti pula, kita sudahpun mempunyai 14 buah universiti
dan Kolej Universititermasuk dua
buah Kolej Universiti Teknikal yang diumumkan baru-baru ini. Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Ke-8 nanti, kita merancang untuk menubuhkan 3
buah lagi universiti awam baru.
Di
samping memperluaskan peluang pendidikan tinggi di semua peringkat di institusi
awam, Kementerian juga mengalakkan perkembangan penawaran pendidikan tinggi
oleh sektor swasta. Kita sedar bahawa institusi-institusi pendidikan tinggi
swasta telah meringankan beban tanggungjawab yang dipikul oleh Kerajaan
dalam menyediakan tempat kepada pelajar. Peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi
swasta ini amat disanjung tinggi. Adalah diharapkan bahawa peranan sektor
swasta ini akan terus berkembang dan akan terus memainkan peranan yang
signifikan seperti hari ini di masa akan datang.
Walau
bagaimanapun, dalam menyediakan peluang pendidikan tinggi yanglebih
luas, kita harus peka kepada keperluan mengadakan pendidikan yang berkualiti,
baik yang dihulurkan oleh institusi pendidikan tinggi awam mahupun swasta.
Untuk ini, Lembaga Akreditasi Negara telah di minta oleh Majlis Pendidikan
Tinggi Negara untuk menjalankan sistem Quality Rating bagi institusi
pendidikan tinggi yang rela untuk dinilai.
Apabila
sistem Quality Rating ini sudah mantap maka proses ini akan dapat
dijalankan sebagai suatu proses yang melibatkan semua institusi pendidikan
tinggi. Saya percaya apabila ini dapat dilakukan, orang awam khususnya
pelajar akan dapatmemilih sendiri
institusi mana yang mereka ingin masuki tanpa ragu-ragu tentang kualiti
pendidikan yang dihulurkan oleh institusi tersebut. Selain daripada itu,
Kementerian melalui Jabatan Pendidikan Swasta telah juga memperkukuhkan
penguatkuasaan undang-undang bersabit dengan penubuhan institusi pendidikan
dan penawaran kursus supaya kualiti pendidikan yang dihulurkan oleh sektor
swasta sentiasa menepati mutu yang ditetapkan.
Dalam
usaha Kerajaan untuk membolehkan lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran
ke peringkat pendidikan tinggi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) telah meluaskan skop tajaannya meliputi semua IPTS yang diiktiraf
oleh kerajaanmulai tahun lalu.
Seramai
hampir 100,000 pelajar baru telah mendapat faedah daripada kemudahan pinjaman
yang disediakan oleh PTPTN pada tahun 2000. Ini dapat dilakukan apabila
kerajaan bersetuju menambah jumlah wang sebanyak RM 1.1 bilion ke dalam
Tabung dalam tahun lalu. Untuk memenuhi rungutan mengenai kelewatan menerima
wang pinjaman, PTPTN telah membuat pembayaran terus kepada akaun pelajar
baru mulai sesi Jun 2000 yang membolehkanmereka
menerima wang pinjaman dalam tempoh dua minggu selepas mendaftarkan diri.
Sistem pembayaran kepada pelajar lama diperbaiki juga danpada
bulan November tahun lalu dengan menggunakan waran yang boleh ditunaikan
di mana-mana bank yang dipilih dalam tempoh 30 hari selepas waran itu dikeluarkan.
Dalam
menangani cabaran pendidikan di abad ke 21 ini, Kementerian Pendidikan
akan terus mengkaji dan meneliti dasar dan perancangan sedia ada. Di mana
perlu kita akan membuat pindaan kepada Akta Pendidikan 1996
dan Peraturan-Peraturan Akta yang sedia ada untuk menentukan
ianya relevan dan memenuhi hasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan
di negara ini.
Di
samping membuat perancangan jangka pendek, kita juga membuat perancangan
jangka sederhana.Kini kita sedang
menyudahkan pelan pembangunan pendidikan bagi tempoh sepuluh tahun akan
datang bagi tujuan meningkatkan penawaran dan kualiti pendidikan dan menghadapi
cabaran masa hadapan.Pelan ini dikenali
sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010.Pelan
menyeluruh meliputi semuaaspek pendidikan
ini akan menjadi panduan Kementerian Pendidikan bagi merealisasikan hasrat
dan wawasan pendidikan negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.
Sesungguhnya,
bidang pendidikan amat luas dan pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk
mencapai hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, khususnya
untuk melahirkan warganegara yang produktif dan dapat menyumbang kepada
kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara di masa akan datang sesuai
dengan kemunculan era ekonomi baru ini yang berasaskan pengetahuan.
Bersempena
dengan sambutan tahun baru ini, marilah kita menyatukan tekad dan azam
untuk sama-sama berusaha ke arah menyediakan sistem pendidikan yang terbaik
untuk kehidupan masa depan yang lebih gemilang bagi anak cucu cicit kita.
Sesungguhnya kecemerlangan pendidikan bagi generasi akan datang akan bergantung
kepada pelbagai pihak, khususnya pihak pelajar, ibu bapa, guru-guru, pensyarah,
pentadbir, kesatuan dan juga masyarakat umumnya. Oleh itu, setiap pihak
perlu memainkan peranan masing-masing untuk memartabatkan pendidikan di
negara kita. Semoga harapan rakyat dan negara tidak akan kita sia-siakan,
insya-Allah.
Dengan
harapan tersebut, dan dengan berkat azam serta sokongan dari semua pihak,
saya ucapkan selamat bertugas dengan penuh dedikasi kepada semua warga
Kementerian bagi tahun 2001 ini. Semoga dengan semangat bersatu sebagai
satu pasukan yang jitu, kecemerlangan pendidikan yang kita hasratkan dapat
dicapai untuk kemajuan bangsa dan negara yang kita cintai ini.
Wabillahitaufik
Walhidayah Wasallamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh.