<< Homepage
Updated:
14th Dec 03
Left imageRight image
 
Who is WOTCH?

Products

Services

Sponsorships

For Schools

For Offices

For NGOs

Past Projects

Students

Articles

Contact
WOTCH logo

WOTCH educates online

This page will be updated from time to time with articles written by WOTCH Information Edge instructors and management team. It is aimed to educate people about IT and serves as information for those who needs them.

Klik Tetikus Anda Kelilingi Dunia

Internet kini merupakan salah satu tapak utama dalam perkembangan teknologi maklumat atau I.T. Banyak yang telah diperkatakan tentang Internet. Apa sebenarnya Internet itu?

Internet
Internet ialah satu rangkaian komputer gergasi yang menggabungkan rangkaian-rangkaian komputer seluruh dunia dan komputer-komputer peribadi (Personal Computer - PC). Oleh sebab itulah, ia lebih dikenali sebagai World Wide Web (WWW). Saya lebih suka menamakan Internet sebagai "Dunia Sawang". Perkataan sawang (web) sebenarnya dinamakan begitu kerana rangkaian Internet memang menyerupai jaringan sawang labah-labah.

Kegunaan Internet
Internet merupakan antara aplikasi IT yang begitu meluas dan merangkumi semua kegunaan kehidupan harian sehinggakan dunia sawang kadangkala dapat disamakan dengan dunia sebenar.

Dengan sebuah komputer dan capaian Internet sahaja, seorang pengguna Internet itu dapat melakukan pelbagai aktiviti sama seperti dalam kehidupan harian. Malah, kerja harian itu dapat dilakukan dengan lebih pantas dan amat berkesan.

Antara kegunaan Internet adalah seperti penghantaran surat elektronik (e-mel), pembayaran bil, perkhidmatan perbankan, membeli-belah, pembayaran cukai kerajaan, mendapatkan pelbagai maklumat, penyelidikan, perkhidmatan fax, memuat turunkan lagu, mendapatkan gambar, menghantar pesanan (sms) ke telefon bimbit, penyelesaian masalah, perkhidmatan kaunseling, tapak perbualan, khidmat nasihat, mencari wang, video conferencing, meluaskan kenalan dan bermacam-macam lagi.

Popularnya Internet…
Jadual di bawah menunjukkan jumlah pelanggan Internet di Malaysia pada tahun 1999 dan tahun 2000. Peningkatan mendadak sebanyak 79% dicatatkan.
2000 (jangkaan)
1999
Peningkatan
1.4 juta
778 000
79%

Sumber: Multimedia Development Corporation www.idg.net 6hb April, 2000.

MDC (Multimedia Development Corporation) menjelaskan bahawa, bagi setiap pelanggan (subscriber) Internet, akan terdapat 4-5 pengguna yang mendapat kemudahan capaian Internet.Jumlah pengguna Internet di Malaysia dijangkakan mencecah angka 6 juta atau 7 juta orang.
*Semua perangkaan di atas adalah berdasarkan laporan tahun 2000

Mengapa Internet?
Sebagai juadah pembukaan, baik saya mempertengahkan kelebihan Internet. Menggunakan Internet dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja harian. Misalnya penghantaran surat yang mengambil masa sehari dua, e-mel hanya menggunakan beberapa saat sahaja. Malah, penghantaran e-mel serentak kepada bilangan penerima yang banyak juga dapat dilakukan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos.

Kedua, Internet merupakan dunia maklumat tanpa sempadan. Hampir segala maklumat yang ingin dicarikan boleh didapati melalui Internet. Bayangkan anda mencari maklumat dalam sejuta perpustakaan besar. Begitulah yang Internet dapat berikan. Tambahan pula, pencarian maklumat sungguh mudah dan pantas dengan menggunakan enjin carian. Klik sahaja butang tetikus dan maklumat yang dicari akan terpapar dalam skrin komputer. Itulah sebabnya ruangan ini dinamakan, "Tetikus Mengelilingi Dunia".
Seterusnya, Internet dapat membantu perancangan belanjawan peribadi dengan berkesan dan menjimatkan perbelanjaan harian. Katakan anda ingin membeli insurans. Anda boleh terus ke dunia sawang dan menyelidik pelbagai insurans yang ditawarkan. Selain itu, Internet boleh memproseskan perbandingan harga insurans yang dikehendaki, seterusnya menyenaraikan insurans yang sesuai untuk anda. Bukankah ini menjimatkan masa dan kemudian merendahkan kos untuk membeli insurans?

Masih belum yakin dengan dunia sawang? Biar kita singgah sebentar di pejabat pos dan kaunter-kaunter pembayaran bil untuk (apa lagi?) membayar bil bulanan.

  • Beratur panjang?
  • Tiada masa untuk berlengah?
  • Lenguh kaki menunggu giliran?
  • Perkhidmatan pelanggan yang tidak mesra?
  • Tiada tempat letak kereta?
  • Tiada wang kecil yang mencukupkan?

Mari kita singgah di Internet. Masuk ke laman web bank anda, klik butang tetikus sahaja dan bil anda semuanya beres.

  • Tidak perlu beratur.
  • Tiada orang yang mengganggu.
  • Perkhidmatan yang sentiasa mesra pengguna berserta dengan talian mesra jika anda menghadapi masalah.
  • Tidak perlu mencari tempat letak kereta.
  • 5 minit (atau kurang) sahaja untuk membayar satu bil.
  • Tidak perlu menyediakan wang kecil.

Ha... itulah dia kegunaan Internet. Walau bagaimanapun, ada juga kelemahan-kelemahannya.

Bahaya Internet
Semua benda di dunia tiada sempurna dan tidak lari dari cacat celanya. Sama jugalah dengan Internet. Kelebihan di Internet memang banyak, tetapi sebagai pengguna yang berhemat, janganlah pula Internet disalahgunakan.
Antara bahaya yang mengancam adalah penyebaran berita palsu, pendedahan kepada aktiviti tidak sihat seperti perlacuran, gambar lucah dan permainan yang mengasyikkan; pencurian maklumat, perkongsian maklumat tanpa sempadan dan bermacam-macam lagi.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita harus ingat bahawa dunia sawang yang kita layari itu sentiasa mendatangkan faedah jika kita menggunakannya sebaik mungkin. Sebaliknya, jika kita lalai dan menyalahgunakan Internet, ia akan menjadi syaitan yang bertopengkan malaikat.

Itulah sahaja untuk tatapan kali ini. Untuk bacaan yang akan datang, WOTCH membawa anda masuk ke pejabat kerajaan Selangor Darul Ehsan melalui Internet. Ingat… klik tetikus anda untuk mengelilingi dunia.

*Written by Miss Chew Hoong Ling, Operations and PR Manager, WOTCH Information Edge. Published in Akhbar Mahasiswa.

Mouse


| Management | Privacy Policy | Terms of Use | Awards | Site Map |
Copyright 2003-2004 © All rights reserved.
Produced by WOTCH Information Edge.
This site and its contents may not be reproduced partially or fully without prior notice or permission.
^ TOP