Golongan Kata - Panduan Buat Guru

Kata Hubung

Nota Guru Ini Memberi Gambaran Yang Lebih Terperinci Lagi Mengenai Golongan Kata

 

 

GOLONGAN KATA

 

F  perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu boleh digolongkan kepada 4 golongan

 

Rounded Rectangle: Golongan 
Kata
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


1. Kata Kerja

 

F  perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja

F  frasa kerja: terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan

 

Contoh: Kemalangan itu disaksikan oleh pelajar itu.

 


Kata Kerja

 

 

 

1.1 Golongan Kata Kerja

 

Kata Kerja

 
 

 

 

 

  Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya

Contoh:

1) Fadly sedang menjawab

soalan peperiksaan itu.

2) Rozana sedang menendang

bola.

 

  Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

  Kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan

Contoh:

1) Moli dan Analiza asyik berbual.

2) Sharifah tersenyum apabila bapa

memujinya.

 

    Apabila bapa memujinya: maklumat tambahan

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


1.1.1 Kata Kerja Transitif

 

 

Kata Kerja Transitif

 
 

 

 

  Kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i.

Contoh:

1)  Dia menjalankan tugas dengan baik.

2)  Lori najis melanggar pensyarah itu.

3)  Awalan ter- juga boleh hadir.

Contoh:

1) Faezah tertelan biji buah longan.

 

 

  Kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

Contoh:

1)  Tugas itu dijalankan dengan baik olehnya.

2)  Pensyarah itu dilanggar oleh lori najis.

3)  Awalan ter- juga boleh hadir.

Contoh:

1) Istana Raja Melaka terbina dalam masa dua bulan.

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


1.1.2 Kata Kerja Tak Transitif

 

 

Kata Kerja Tak Transitif

 
 

 

 

 

 

  Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut

Contoh:

1) Lin dan Faizul masih bergurau.

2) Aishah sedang bersikat.

 

 

  Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat

  Pelengkap: unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat

  Ayat ini tidak boleh dipasifkan

Contoh:

1) Hubungan mereka bertambah renggang.

2) Peminta sedekah itu bertilamkan rumput.

Tanpa pelengkap (ayat tidak sempurna)

1) Hubungan mereka bertambah.

2) Peminta sedekah itu bertilamkan.

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


1.1.2.1 Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  boleh digunakan sebagai pelengkap

 

Contoh:

1)      Adik tinggal jauh.

2)      Elmi menjadi marah.

 

 

  boleh diikuti oleh frasa sendi nama yang membawa pengertian tempat

 

Contoh:

1)      Aidil pergi ke kampung.

2)      Kereta api bertolak dari Stesen Bukit Merah.

 

 

  boleh menjadi pelengkap pada kata kerja tak transitif yang berbentuk ber-...-kan dan kata kerja menjadi dan ada

 

Contoh:

0)      Kila duduk beralaskan tikar.

1)      Hikmah menjadi ketua kumpulan.

2)      Saya ada seekor kucing.

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


2. Kata Sifat (Adjektif)

 

F  bertugas untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Jenis

 

Contoh

 

Contoh Ayat

 

Sifat/

Keadaan

 

tinggi, berani, gelap, pandai

 

*      Murid itu membuat kerja sekolahnya dengan gopoh.

*      Pendekar Melayu sangat berani.

 

Warna

 

hitam, jingga, kelabu, merah

 

*      Doktor itu memakai kot berwarna putih.

*      Warna kegemaran saya ialah hijau.

 

Bentuk

 

bulat, lonjong, lurus, bengkok, buncit

 

*      Perut Abang Zamree buncit.

*      Jalan ke pasar itu berlekuk-lekuk.

 

Ukuran

 

pendek, tebal, berat, kerdil, labuh

 

*      Baju kurung adik terlalu labuh.

*      Ucapannya pendek tetapi agak bernas.

 

Waktu

 

lampau, awal, suntuk, lama, segera

 

*      Amir melaporkan diri ke kemnya dengan segera.

*      Kami datang ke sekolah awal .

 

Jarak

 

jauh, dekat, hampir, nyaris

 

*      Kedai itu jauh dari rumah saya.

*      Mastura nyaris maut dalam kemalangan itu

 

Cara

 

jarang, gopoh, laju, deras, jelas

 

*      Guru itu memberi keterangan dengan jelas.

*      Air di sungai itu sangat deras.

 

Perasaan

 

rindu, sayang, benci, malu

 

*      Liza malu hendak bertanya.

*      Ibu rindu akan kakak yang kini berada di Iran.

 

Pancaindera

( pandang )

 

kacak,comel, hodoh, cantik

 

*      Aaron Aziz kacak orangnya.

*      Bayi itu sungguh comel.

 

Pancaindera

( rasa )

 

manis, sedap, masam, pahit, lazat

 

*      Ubat yang diberi doktor itu sangat pahit.

*      Gula-gula itu manis

 

Pancaindera

( dengar )

 

bising, merdu,

garau, nyaring, sumbang

 

*      Suara Siti Nurhaliza merdu sekali.

*      Bunyi bising itu datang dari rumah kosong itu.

 

Pancaindera

( bau )

 

wangi, busuk, hancing, hapak

 

*      Bunga ros pemberian Elmi wangi baunya.

*      Longkang itu berbau busuk..

 

Pancaindera

( sentuh )

 

halus, licin, lembut, kasar, keras

 

*      Permukaan kertas pasir itu kasar.

*      Ain tergelincir kerana lantai di bilik mandi licin.

 

 

 

 

 

 

3. Kata Tugas

 

F  perkataan yang hadir untuk mendukung sesuatu tugas

Contoh:

1. penghubung

2. penerang

3. penentu

4. pembantu

5. tugas-tugas lain.

 

F  ia tidak boleh berdiri sendiri kerana tidak mempunyai makna tersendiri.

 

 

Jenis-jenis Kata Tugas

 

 

1) Kata Penyambung Ayat - i) Kata Hubung

2) Kata Praklausa - i) Kata Seru

ii) Kata Tanya

iii) Kata Perintah

iv) Kata Pangkal Ayat

v) Kata Pembenar

 

3) Kata Prafrasa - i) Kata Bantu

ii) Kata Penguat

iii) Kata Penegas

iv) Kata Nafi

v) Kata Pemeri

vi) Kata Sendi Nama

vii) Kata Arah

viii) Kata Bilangan

 

4) Kata Pascakata - i) Kata Penekan

ii) Kata Pembenda

 

 

 

3.1 Kata Penyambung Ayat

 

3.1.1 Kata Hubung

 

F  perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih binaan kata, klausa, frasa dan ayat

 

 

Rounded Rectangle: Kata
Hubung
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


3.1.1.1 Kata Hubung Gabungan

 

F  menghubungkan kata, klausa, frasa dan ayat yang sama tara sifatnya

 

Contoh:

 

1) Dia membeli ayam, sayur dan ikan.

2) Anda boleh pilih yang itu atau yang ini.

 

 

3.1.1.2 Kata Hubung Pancangan

 

F  menyambungkan klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan

 

Rounded Rectangle: Kata Hubung 
Pancangan
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


i) Kata Hubung Pancangan Relatif

 

F menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil

F dikenali juga sebagai Kata Relatif

F menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama

 

Contoh:

1)      Rahman yang rajin itu kurang sopan.

2)      Kamisah menangis mendengar cerita yang sedih itu.

 

 

ii) Kata Hubung Pancangan Komplemen

 

F menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama

 

Contoh:

1)      Dia bersumpah bahawa laporannya benar.

2)      Adik menangis untuk menunjukkan dia lapar

 

 

iii) Kata Hubung Pancangan Keterangan

 

F menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama dikenali juga sebagai Kata Keterangan

 

Contoh: kerana , supaya dsb.

 

1)      Kerana hari hujan, dia sampai lewat.

2)      Basrah bersenam supaya berat badannya turun.

 

3.2 Kata Praklausa

 

F sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa

F tugasnya adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan atau sebagai penerang pangkal kepada klausa

 

 

3.2.1 Kata Seru

 

F berfungsi untuk melahirkan pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, geram dan benci

 

Contoh:

1) Aduh (menunjukkan perasaan sakit)

Aduh, sakitnya perutku ini!

2) Aduhai (menunjukkan perasaan sedih)

Aduhai, malangnya nasibku ini!

3.2.2 Kata Tanya

 

F perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu

 

Contoh:

1) Apa (untuk menanyakan benda/haiwan/hal)

Apakah mata pelajaran yang kamu minati?

 

2) Mana (untuk menanyakan tempat)

Di manakah baju kurung saya?

3.2.3 Kata Perintah

 

F digunakan untuk memberi sesuatu perintah, larangan atau permintaan

 

Contoh:

1) Jangan (melarang)

Jangan buang sampah di merata tempat.

 

2) Sila (pelawaan)

Sila masuk ke rumah.

 

 

3.2.4 Kata Pangkal Ayat

 

F perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat

F ia memberi persambungan makna antara ayat-ayat dalam karangan

 

Contoh: alkisah , syahadan , hatta dsb.

 

1) David bohong maka ayah memarihnya.

2) Syahadan, tersebutlah hikayat Malim Deman.

3) Alkisah, si Duyung Jelita.

 

 

3.2.5 Kata Pembenar

 

F mengesahkan apa yang dimaksudkan dalam ayat

 

Contoh: ya, betul, sungguh dsb.

 

1) Betul, buku itu telah koyak.

2) Sungguh, saya tidak bohong.

3) Ya, itu adalah cadangan yang baik

 

3.3 Kata Prafrasa

 

F sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa (frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif)

F ia mendukung tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang

 

 

3.3.1 Kata Bantu

 

F untuk menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam.

 

Rounded Rectangle: Kata Bantu
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


3.3.2 Kata Penguat

 

F memberi tekanan maksud pada kata sifat

 

 

 

 

 

Rounded Rectangle: Kata Penguat
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


3.3.3 Kata Penegas

 

F beri penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat

F menekankan bahagian ayat seperti predikat atau subjek

F dikenali juga sebagai partikel

 

 

Rounded Rectangle: Kata 
Penegas
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


3.3.4 Kata Nafi

 

F untuk menidakkan sesuatu pernyataan.

 

Contoh:

 

1) tidak - untuk menafikan kata adjektif dan kata kerja

Nasi goreng yang dijual di warung itu tidak sedap.

 

2) bukan - untuk menafikan kata nama dan kata sendi nama

Hadiah ini bukan untuk Arlinah

 

 

 

3.3.5 Kata Pemeri

 

F menghubungkan subjek dengan predikat yang mempunyai sama makna

 

 

Rounded Rectangle: Kata
Pemeri
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


3.3.6 Kata Sendi Nama

 

F perkataan yang terletak di hadapan frasa nama atau kata nama untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa nama yang lain

F ia mempunyai tugas-tugas tertentu

 

 

Contoh:

1) di - untuk menunjukkan tempat

Cikgu Hazlin mengajar di Sekolah Rendah Lakeside.

 

2) pada - untuk menunjukkan waktu/masa

Kami sekeluarga akan bertolak pada malam ini.

 

3) dari untuk menunjukkan tempat/arah atau waktu/masa

Mereka datang dari seberang tambak.

 

 

3.3.7 Kata Arah

 

F untuk menunjukkan arah, jurusan dan hala

 

Contoh: atas, bawah, tepi, hadapan dsb.

 

1) Beg itu ada di atas meja.

 

2) Durrah dan Sofian berkelah di tepi pantai Pulau Bukom.

 

 

3.3.8 Kata Bilangan

 

F menyatakan jumlah sesuatu frasa nama

F boleh berpasang dengan penjodoh bilangan untuk menjadi penerang kata nama

 

 

 

Rounded Rectangle: Kata
 Bilangan
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


3.4 Kata Pascakata

 

F hadir selepas perkataan

F berfungsi sebagai penekan dan pembenda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


3.4.1 Kata Penekan

 

F perkataan nya memberi penegasan kepada perkataan yang bergabung dengannya

 

Contoh:

 

1) Menagih dadah sesungguhnya membahayakan kesihatan kita.

2) Dia akan bertolak ke Itali keesokan harinya.

 

 

 

3.4.2 Kata Pembenda

 

F perkataan nya menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama

 

 

Contoh:

 

1) Adik Rila berteriak dengan kuatnya.

2) Dr Norhaidah bersyarah dengan lantangnya.

3) Beratnya ialah 50 kilogram.

<-- Lelaman Utama

 

Kata Hubung

 

Ayat

 


Klausa

 


Frasa

 


Perkataan

 


Morfem

 

 

Apa itu ayat?

 

1. Unit paling tinggi dalam tatabahasa.

 

(i)      terdapat unsur-unsur seperti klausa, frasa, perkataan dan morfem penggabungan ini yang membentuk konstruksi yang dikata ayat.

[ Abdullah Hassan, 1981:179 ]

 

 

2. Unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.

 

(i) tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya

(ii) terdiri dari klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, yakni dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.

 

[ Asmah Hj Omar, 1986:359 ]

 

 

3. Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

 

(i) boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.

(ii) mengandungi intonasi yang sempurna

 

[ Tatabahasa Dewan, 2002: 414 ]

 

 

Jenis-jenis Ayat

 

 

1.1 Ayat Penyata

1.2 Ayat Tanya

1.3 Ayat Perintah

1.4 Ayat Seruan

 

 

Ayat boleh dibahagikan berdasarkan:

 

1. intonasi ucapan serta tujuan pertuturan

2. jumlah klausa

 

 

1. Ayat berdasarkan intonasi

 

Definisi intonasi dalam ayat:

 

F  ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap

F  nada suara kita jarang-jarang mendatar tetapi sebaliknya berbeza-beza

F  adakalanya meninggi & adakalanya merendah

F  ia amat penting oleh sebab peranannya dalam membezakan subjek dan predikat dalam ayat

 

 

 

1.1 Ayat Penyata

 

&   ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan

&   mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal

&   ayat berita atau ayat keterangan

 

Contoh: Murid-murid sedang membaca buku.

Pekerja itu mati digilis lori.

Masuri S.N. telah dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Pendidikan.

 

 

1.2 Ayat Tanya

 

&   ialah yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal

&   berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada 2 jenis iaitu:

.

1.2.1 Ayat Tanya tanpa Kata Tanya

1.2.2 Ayat Tanya dengan Kata Tanya

 

 

1.2.1 Ayat Tanya tanpa Kata Tanya

 

     lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat

     dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal [?]

 

Contoh: Halim menunggang basikal?

Darwisyah masih menangis?

     ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat

     dalam bahasa Melayu lisan partikel kah biasanya diletakkan pada hujung ayat

 

Contoh: Halim menunggang basikalkah?

Darwisyah masih menangiskah?

 

     tidak berlaku apa-apa perubahan pada struktur ayat apabila partikel kah dimasukkan

     dalam tulisan Bahasa Melayu pula, unsur fokus dalam sesuatu ayat mengalami proses penjudulan iaitu pendepanan konstituen-konstituen yang menjadi fokus itu

     struktur ayat berubah iaitu mempunyai susunan seperti berikut:

 

 

konstituen yang menjadi fokus + Subjek + Unsur predikat lain (jika ada)

diikuti oleh partikel -kah

 

Contoh:

 

konstituen yang menjadi fokus

diikuti oleh partikel -kah

Subjek

Unsur predikat lain (jika ada)

 

1. Ke kampuskah

2. Sekarang jugakah

 

 

Aishah?

Amin

 

 

-

hendak mengulangkaji?

 

 

 

     ayat-ayat ini telah mengalami proses pendepanan konstituen predikat atau bahagian-bahagiannya

 

 

 

     subjek tidak boleh sama sekali mengalami proses pendepanan dengan partikel kah kecuali ayat yang telah disongsangkan hasil daripada proses pendepanan predikat seperti:

 

Contoh: Ayat Asal

a)      Guru itu Encik Ahmad.

b)      Pengurusnya orang muda itu.

 

Contoh: Ayat yang telah disongsangkan predikat & ditambah kah pada subjek

 

a)      Encik Ahmadkah guru itu?

b)      Orang muda itukah pengurusnya?

 

     ayat yang mengandungi perkataan yang seolah-olahnya mengalami pendepanan dengan partikel -kah

 

Contoh: Diakah yang ke sekolah?

Merekakah yang berlepas pagi tadi?

 

     sebenarnya ayat di atas ialah ayat songsang hasil daripada proses pendepanan predikatnya, iaitu berasal daripada ayat-ayat berikut

 

Contoh: Yang ke sekolah dia.

Yang berlepas pagi tadi mereka.

 

     kesemua ayat di atas merupakan Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya yang boleh dijawab dengan jawapan ya, tidak atau bukan

 

Contoh : Encik Zaini pengurusnya?

Ya, Encik Zaini pengurusnya.

 

1.2.2 Ayat Tanya dengan Kata Tanya

 

     ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa , mengapa, bagaimana dan selainnya

     ayat-ayat jenis ini terdiri daripada 2 golongan :

 

1.2.2.1 Ayat Tanya Dengan Kata Ganti Nama Tanya

1.2.2.2 Ayat Tanya Dengan Frasa Sendi Nama Tanya

 

 

1.2.2.1 Ayat Tanya Dengan Kata Ganti Nama Tanya

 

     ayat-ayat ini terdiri daripada ayat-ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana

 

     dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki unsur predikat seperti:

 

Contoh : Benda itu apa ?

Ibunya siapa ?

Isteri awak mana ?

 

     bentuk ini boleh mengalami proses pendepanan predikat, menghasilkan ayat-ayat berikut:

 

Contoh: Apa benda itu ?

Siapa ibunya ?

Mana isteri awak ?

 

     ayat-ayat ini merupakan bentuk bahasa lisan

     bagi bentuk bahasa tulisan ayat-ayat tersebut perlu menerima partikel -kah pada unsur yang dikedepankan seperti:

 

Contoh: Apakah benda itu ?

Siapakah gurunya ?

Manakah adik awak ?

 

     Ayat Tanya Dengan Kata Ganti Nama Tanya boleh wujud dalam ayat-ayat pasif

 

Contoh: Apakah yang kamu buat ?

Siapakah yang patut saya temui ?

Manakah tempat yang dipilihnya?

1.2.2.2 Ayat Tanya Dengan Frasa Sendi Nama Tanya

 

     ayatayat jenis ini terdiri daripada ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya

     dalam susunan biasa, kata tanya hadir dalam predikat

 

Contoh : Tuan tinggal di mana ?

Mereka datang dari mana ?

     seperti biasa, ayat-ayat ini boleh mengalami proses pendepanan predikat untuk menghasilkan ayat-ayat berikut

 

Contoh: Di manakah tuan tinggal ?

Dari manakah mereka datang ?

 

     ayat tanya boleh juga dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki, iaitu sama ada ayat tanya tertutup ataupun ayat tanya terbuka

 

 

Ayat Tanya Tertutup

Ayat Tanya Terbuka

Ayat tanya yang memerlukan jawapan

Ya atau Tidak/Bukan

 

Ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan Ya atau Tidak/Bukan tetapi sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut.

 

 

 

Soalan : Encik Mohd pengurusnya ?

Jawapan : Ya.

 

 

Soalan : Apakah benda itu ?

Jawapan : Benda itu alat komputer.

 

 

 

 

1.3 Ayat Perintah

 

&   ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan

&   ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dsb yang biasanya digugurkan

&   berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis:

 

1.3.1 Ayat Suruhan

1.3.2 Ayat Larangan

1.3.3 Ayat Silaan

1.3.4 Ayat Permintaan

 

 

 

 

 

 

1.3.1 Ayat Suruhan

 

     ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan

     dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan selainnya yang biasanya digugurkan

     walaubagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan

 

Contoh: Keluar dari rumah ini !

Penipu !

Minum kopi ini dahulu.

     ayat suruhan boleh menggunakan partikel kah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat

     seperti dengan konstituen yang menerima kah , konstituen yang menerima lah pun mengalami proses pendepanan

 

Contoh: Keluarlah dari rumah ini.

Pergilah dari sini.

Minumlah kopi ini dahulu.

     bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- , awalan itu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini

 

Contoh: Minum kopi ini dahulu.

Tembak harimau itu.

 

 

     dalam konstruksi ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan

 

Contoh: Mengucaplah banyak-banyak.

Bersiaplah untuk bertolak sebentar lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.3.2 Ayat Larangan

 

     ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan , usah, atau tak usah sebelum kata kerja

     bertujuan menegah seseorang melakukan sesuatu

 

Contoh: Jangan buat bising di sini.

Usah dikenang kisah yang lalu.

Tak usah datang lagi ke rumah aku.

 

     ayatayat ini dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel lah

 

Contoh: Janganlah buat bising di sini.

Usahlah dikenang kisah yang lalu.

Tak usahlah datang lagi ke rumah aku.

 

     ada sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima lah

 

Contoh: Dilarang membuang sampah di sini.

Ditegah berludah di sini.

 

 

1.3.3 Ayat Silaan

 

     ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang

     lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat

 

Contoh: Sila datang ke rumah saya.

Jemput masuk.

 

     Seperti ayatayat lain juga, ayat-ayat ini boleh dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas lah

 

Contoh: Silalah datang ke rumah saya.

Jemputlah naik.

 

 

 

 

1.3.4 Ayat Permintaan

 

     ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan

Contoh: Minta kamu semua diam.

Tolong bukakan pintu itu.

 

 

     bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan

 

 

Contohcontoh ayat yang dianggap tidak betul.

Bentuk ayatayat larangan yang sebetulnya.

Sila jangan merokok.

Jangan merokok.

Minta jangan berludah.

Jangan berludah.

 

 

     ayatayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya

 

Contoh: Harap jangan merokok.

Harap jangan berludah.

 

1.4 Ayat Seruan

 

&   ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya

&   intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (! )

&   biasanya diletakkan di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak

&   Kata Seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya

 

Contoh: Ayah dah balik !

Oh, anakku !

Amboi, cantiknya !

 

 

2. Ayat berdasarkan jumlah klausa

&   ayat berdasarkan jumlah klausa boleh dibahagikan kepada 2 jenis:

 

2.1         Ayat Tunggal (Ayat Selapis)

2.2         Ayat Majmuk (Ayat Berlapis)

 

 

2.1 Ayat Tunggal

2.1.1 (i) ia juga disebut ayat mudah kerana bentuk ayat tunggal memang mudah

(ii) ia hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat atau satu benda dan satu cerita

(iii) subjek mesti terdiri daripada nama, orang, benda atau perkara (frasa nama)

(iv) predikat mungkin terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa sifat ataupun frasa sendi

 

Contoh: Dia doktor.

Subjek : Dia (Frasa Nama)

Predikat : doktor(Frasa Nama)

 

[ Abdullah Hassan, 2003:297 ]

 

 

 

2.1.2 (i) ayat yang paling kecil yang dibentuk oleh pola ayat dasar

(ii) ia dikenali sebagai ayat inti

(iii) kekecilan ayat inti terletak pada kekecilan pengisi gatra subjek dan predikatnya

(iv) dalam perkataan lain, tiap-tiap gatra itu diisi oleh satuan nahu dalam bentuk yang paling minimal, yakni kata

 

Contoh: Dia menjual roti.

Sarah petah.

Ali tidur.

 

[ Asmah Hj Omar, 1986:368 ]

 

 

2.1.3 (i) ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek atau stau predikat

(ii) subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek

 

[ Tatabahasa Dewan, 2002: 443 ]

 

2.1.3.1 Ayat Tunggal

 

Contoh : Emak rajin ke pasar.

 

&   emak ialah subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan, manakala rajin ke pasar pula merupakan predikat kerana menjadi bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut

 

&   di bawah ini diberi lagi contoh ayat-ayat tunggal bahasa Melayu yang terdiri daripada subjek dan predikat

 

 

 

Subjek

Predikat

Sazali

guru pelatih

Mereka

sedang berada dalam ketakutan

Pasukan bolasepak negara kita

sedang bermain bersungguh-sungguh

 

 

2.1.3.1 Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut :

 

a)      Kata nama

b)      Kata ganti nama

c)      Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

d)      Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

 

 

a) Subjek kata nama

 

  Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am, kata nama khas, atau kata nama terbitan.

 

Contoh : Subjek kata nama am

 

Adiknya jurutera.

Rumah itu cantik.

 

Contoh : Subjek kata nama khas

Jefrydin penyanyi terkenal.

Si Tompok sedang makan.

 

Contoh : Subjek kata nama terbitan

Masakan ini sungguh sedap.

Senaman menyihatkan badan.

b) Subjek Kata Ganti Nama

 

  Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk.

 

Contoh : Subjek kata ganti nama orang

 

Saya pelajar.

Kami penuntut NIE.

Beliau akan berangkat ke Malaysia.

 

Contoh : Subjek kata ganti nama tunjuk

 

Ini kawasan ladang saya.

Itu tuduhan yang melulu.

 

 

c) Subjek Kata kerja

 

  Ada sejenis kata kerja yang mengambil tugas kata nama yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek.

 

Contoh : Bersenam menyihatkan badan.

Mengarang adalah kegemaran Elmi.

Bercakap memang senang.

 

 

d) Subjek Kata Adjektif

 

  Ada sejenis kata adjektif yang mengambil tugas kata nama yang penggunaannya dalam ayat yang berfungsi sebagai subjek.

 

Contoh : Besar tidak bererti gagah.

Biru warna kegemaran Siti Aisyah.

Miskin jangan dipandang hina.

 

 

 

 

2.1.3.2 Predikat dalam sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama yang berikut.

 

a)  Frasa Nama

b) Frasa Kerja

c)  Frasa Adjektif

d) Frasa Sendi Nama

 

2.1.3.2a) Predikat Frasa Nama

 

  Binaan frasa nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam sesuatu ayat.

  Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan.

 

Contoh : Predikat Kata Nama Khas

 

Beliau Perdana Menteri Singapura.

Bangunan itu Muzium Negara.

 

 

Contoh : Predikat kata nama am

 

Ibrahim Sihat ahli bina badan.

Binatang itu kura-kura.

 

Contoh : Predikat kata nama terbitan

 

Ceritanya hanya alasan.

Tindakannya itu suatu penganiayaan.

 

 

 

2.1.3.2b) Predikat Frasa Kerja

 

  Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur-unsur berikut :

 

I.        Kata kerja asal

II.     Kata kerja terbitan

III.   Kata Bantu

IV.  Unsur-unsur keterangan

 

 

I. Kata kerja asal terdiri daripada 2 jenis :

 

a)      Kata kerja asal tidak berimbuhan

b)      Kata kerja asal berimbuhan

 

 

 

 

 

 

 

Ia) Kata kerja asal tidak berimbuhan

 

Kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja.

Boleh berdiri daripada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek.

Manakala kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek.

 

 

Contoh : Kata kerja tak transtif yang tidak berimbuhan

 

pulang tidur

masuk hilang

keluar terbang

ketawa datang

naik mandi

 

Contoh ayat : Basir mandi di kolam renang.

Jam Rolex saya hilang.

Kakak pulang pada lewat malam.

 

Contoh : Kata kerja transitif yang tidak berimbuhan.

 

 

     Amat kecil bilangannya dalam bahasa Melayu.

 

Contoh : makan, minum

Contoh ayat : Rahmat makan nasi.

Azizah minum air sejuk.

 

 

Ib) Kata kerja asal berimbuhan

 

Kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan imbuhan.

Boleh berdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.

 

 

i) kata kerja berimbuhan yang tak transitif

 

Contoh : menari berkumpul

menyanyi berbincang

berehat tertidur

bersenam terjatuh

 

Contoh ayat : Mereka bersenam setiap hari.

Pemain bolasepak itu terjatuh.

 

ii) kata kerja berimbuhan transitif

 

Contoh : menjahit menggoreng

mengarang mendengar

menghantar memikirkan

 

Contoh ayat : Farid mengarang sajak.

Rohani menggoreng telur.

Murid itu mendengar nasihat gurunya.

 

 

II. Kata Kerja Terbitan

 

  Kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada golongan kata yang lain.

  Contohnya kata nama atau kata adjektif

  Untuk menjadi kata kerja terbitan ( kata nama atau kata adjektif ) memerlukan imbuhan ( me-..-kan , me-......-i atau memper-..)

 

 

Contoh : menyekolahkan menemani

membuahkan menghalusi

menghasilkan memperluas

menjalani memperhangat

 

 

  kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing dalam ayat memerlukan objek.

 

Contoh : Ibu Anisah menyekolahkan anaknya semalam.

Kerja Muhamad membuahkan kejayaan.

Dia sedang menghalusi laporan itu.

Hujah-hujah pembahas memperhangat majlis itu.

 

 

III. Kata Bantu

 

  Kata Bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja.

  Terdapat 2 jenis kata Bantu dalam bahasa Melayu iaitu :

 

a) Kata Bantu Aspek

b) Kata Bantu Ragam.

 

 

 

 

IIIa) Kata Bantu Aspek

 

Yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi

masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan.

 

Contoh : akan, belum , pernah, sedang, masih, sudah , telah.

 

akan dan belum Fmenunjukkan perbuatan yang belum dilakukan

 

Contoh : Kakak akan menulis surat kepada sahabatnya.

Penuntut-penuntut itu belum tiba lagi.

 

sedang, telah, pernah F menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu sudah selesai.

 

Contoh : Dia sudah menunaikan fardu haji ke Mekah.

Aziz telah memenangi peraduan bercerita.

Maria pernah ke negara itu.

 

IIIb) Kata Bantu Ragam

menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang

berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.

Contoh : hendak , mesti, mahu, harus, mesti, boleh, dapat.

Dalam bahasa Melayu, kata Bantu boleh hadir secara berderetan

lebih daripada satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja.

 

Contoh : Noraini belum hendak makan lagi.

Kumpulan dikir barat itu harus sudah datang.

Bayi itu masih belum dapat tidur nyenyak.

 

 

IV. Unsur-unsur keterangan

 

  Unsur-unsur yang menerangkan kata kerja itu lebih lanjut lagi.

 

Contoh : Dia berjalan dengan cepat.

Kuliah ini tamat pada pukul 5.30 petang.

Siti berlagak macam orang kaya.

 

 

 

 

 

 

2.1.3.2c) Frasa Adjektif

 

  Berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif.

  Iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda.

  Contoh kata adjektif selapis : besar, tinggi, gemuk, rendah, putih, kecil

  Kata-kata adjektif selapis boleh didahului oleh kata penguat seperti : amat,

sangat, sunggu , terlalu.

  Kata penguat boleh juga hadir sesudah kata adjektif : sungguh , sekali , betul,

benar.

  Kata adjektif dalam bahasa Melayu boleh hadir bersama-sama kata bandingan

( lebih dan paling ).

  Ia boleh juga disertai imbuhan ter- yang membawa maksud paling .

  Kata adjektif ganda membawa erti banyak dan berbagai rupa bentuk serta

sifatnya.

 

Contoh kata adjektif ganda : besar-besar, bijak-bijak, tinggi-tinggi.

 

 

 

2.1.3.2d) Predikat Frasa Sendi Nama

 

  FSN yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh

frasa nama.

 

Contoh kata sendi nama : di, ke, dari, kepada , pada , dengan , oleh.

 

Contoh : di rumah

kepada semua penduduk

untuk kakak

 

2.1.3.3 Susunan Ayat Tunggal

 

  Ayat tunggal mempunyai 2 bentuk susunan susunan biasa & susunan

songsang

 

a) Susunan biasa Kedudukan konstituen subjek adalah di hadapan

konstituen predikat.

 

Contoh : Beberapa rumah kedai telah dirobohkan.

Kebanyakan pelajar tidak memahami soalan itu.

 

 

  Suasana ucapan adalah biasa

  Tidak ada penegasan atau penekanan yang khusus pada mana-mana unsur

  Tetapi lazimnya, terdapat penegasan atau penekanan yang dilakukan pada

bahagian-bahagian tertentu ayat

  Ini dilakukan dengan 2 cara

  Cara menggunakan kata-kata ataupun dengan cara mengubah kedudukan

susunan konstituen-konstituen ayat

  Contoh bagi kata penegas : -lah , -tah, -kah

  Dalam penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas mengalami

proses pendepanan

 

Contoh : Sahabat saya dia.

Dialah sahabat saya.

 

Sahabat pena saya tiba semalam.

Tibakah sahabat pena saya semalam?

 

b) Susunan songsang

 

  Ayat tunggal dalam bahasa Melayu, boleh juga wujud dalam susunan songsang

melalui proses pendepanan atau penjudulan

  Unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir dipindahkan ke

hadapan subjek.

  Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan, iaitu

melalui proses pendepanan.

  Proses pendepanan yang berlaku pada predikat adalah Pendepanan seluruh

predikat dan Pendepanan sebahagian daripada predikat.

 

 

i) Pendepanan seluruh predikat

 

  Seluruh konstituen predikat dibawa kehadapan melalui subjek .

 

Contoh : Pemuda itu sangat rajin.

Sangat rajin pemuda itu.

 

Perompak itu sudah mati agaknya.

Sudah mati agaknya perompak itu.

 

 

 

ii) Pendepanan sebahagian daripada predikat

  Bahagian-bahagian predikat boleh mengalami proses pendepanan secara

berasingan.

 

a.       Pendepanan frasa kerja

b.      Pendepanan frasa adjektif

c.       Frasa sendi nama

 

Pendepanan frasa kerja

Pendepanan frasa adjektif

Frasa sendi nama

 

Boleh mengalami proses pendepanan

 

Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek, kata bantu dengan kata kerja boleh mengalami proses pendepanan.

 

 

Kata adjektif sahaja, kata Bantu dengan kata adjektif

 

Frasa sendi nama

 

Contoh

 

(i) Hati saya terkilan semalam

Terkilan hati saya semalam

 

(ii) Dia membaca buku di rumah

Membaca buku dia di rumah.

 

(iii) Guru itu sedang mengajar

Sedang mengajar guru itu.

 

 

(i) Orang itu pandai.

Pandai orang itu.

 

(ii) Bangunan itu masih

kuat lagi.

Masih kuat lagi

bangunan itu.

 

(i)Bunga itu untuk

saya.

Untuk saya bunga

itu.

 

 

2.1.3.4a Ayat aktif

 

  Dari segi ragam, ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada

ayat aktif dan ayat pasif.

  Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai

judul atau unsur yang diterangkan.

  Ayat aktif terbahagi kepada transitif dan tak transitif

 

Contoh : Ahmad menendang bola. ( Ayat transitif )

Penuntut-penuntut NIE sedang belajar. ( Ayat tak transitif )

 

 

  Ada segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang boleh

menerima dua objek sebagai penyambut iaitu objek tepat dan objek sepi.

 

Contoh : Ajai membelikan Nurul sebuah rumah.

Ibu menjahitkan saya sehelai baju kurung.

 

  Di sini, objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja

transitifnya disebut objek tepat.

  Dan objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja itu

disebut objek sepi.

  Ayat-ayat transitif yang mempunyai dua objek boleh diubah binaannya.

  Di mana objek tepat mendapat kata sendi nama di hadapannya ( terbentuk

frasa sendi nama ) yang bertugas sebagai keterangan.

  Manakala objek sepi asal menjadi objek tepat baru.

 

Contoh : Ajai membelikan sebuah rumah untuk Nurul.

Ibu menjahitkan sehelai baju kurung untuk saya.

 

  Ada lagi segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya.

  Ayat yang demikian, mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh

ciri adjektif.

  Kata kerja itu boleh menerima kata penguat.

  Kata dasar bagi kata kerja ini ialah kata adjektif.

 

Contoh : Kegagalannya amat menyedihkan saya.

Peristiwa itu sungguh memalukan kami.

 

i) Ayat aktif tak transitif

 

  Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh

objek sebagai penyambutnya.

  Ada 2 jenis ayat aktif tak transitif .

  Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.

  Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

  Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.

  Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang boleh mengandungi frasa

keterangan secara pilihan.

 

a) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan

 

Contoh : Kamariah menangis sepanjang hari.

Kamariah menangis.

 

Pokok itu membesar dengan cepatnya.

Pokok itu membesar.

 

b) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

 

  Ayat yang boleh mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur

pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

  Unsur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh

digugurkan.

 

Contoh : Kereta itu menuju ke utara.

Kereta itu menuju.

 

Saya berasa sungguh yakin.

Saya berasa.

 

2.1.3.4b Ayat Pasif

 

  Terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif

  Dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul

atau unsur yang diterangkan

 

Contoh: Bola ditendang David.

Buku itu saya baca.

 

  Ayat Pasif boleh dibahagikan kepada:

 

i) Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

ii) Ayat Pasif Dengan Kata Ganti Diri Pertama dan Kedua

iii) Ayat Pasif Dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

 

i) Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

 

  Ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- & ter-

Contoh: Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.

Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.

 

  Kata Sendi oleh boleh digugurkan pada binaan (oleh + FN) yang letaknya

selepas kata kerja tanpa menjejaskan makna atau strukur ayat

  Keadaan ini berlaku apabila unsur subjeknya hendak diberi tekanan

 

Contoh: Sampah sarap dibakar ayah pagi tadi

Tembok itu terlanggar lori lori pada bahagian bawahnya.

 

 

ii) Ayat Pasif Dengan Kata Ganti Diri Pertama dan Kedua

 

  Kata Ganti Nama Diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar

  Tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-

  Boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas

 

Contoh: Minuman itu belum aku rasai lagi.

Minuman itu belum kurasai lagi.

 

 

iii) Ayat Pasif Dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

 

  Mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak

menerima awalan

  Binaan (oleh+FN) boleh digugurkan secara pilihan

 

Contoh: Budak-budak itu kena kejar oleh anjing.

2.1.3.5a Kata Nafi

 

  Unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur dalam predikat

itu

  Ada 2 bentuk kata nafi iaitu bukan atau tidak

 

Contoh: Itu bukan beg saya.

Dia tidak menjemput saya.

 

2.1.3.5b Kata Pemeri

 

  Unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa-

frasa utama predikat

 

Contoh: ialah (hadir di hadapan FN)

adalah (hadir di hadapa FA)

 

Warna merah putih ialah warna bendera negara kita.

Keputusan panel temuduga bagi jawatan itu adalah tidak adil.

 

 

 

2.2 Ayat Majmuk

2.2.1 (i) terdiri daripada banyak ayat-ayat kecil

(ii) ayat-ayat kecil ini disambung menjadi ayat yang lebih panjang

(iii) ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Ayat Majmuk Gabungan (Ayat Berlapis) dan Ayat Majmuk Pancangan (Ayat Berkait)

 

Contoh:

 

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat 1 : Rohana suka membaca.

Ayat 2 : Rohana suka bersukan.

Gabungan : Rohana suka membaca dan bersukan.

 

Ayat Majmuk Pancangan

 

Ayat Utama : Durrah membeli baju.

Ayat Kecil : Baju itu berwarna merah.

Gabungan : Durrah membeli baju yang berwarna merah.

 

[ Abdullah Hassan, 1994:307 ]

 

 

 

2.2.2 (i) lawan kepada ayat inti ialah ayat luas

(ii) ia tidak lagi dalam bentuk minimal kerana gatra-gatranya sudah mengalami peluasan

(iii) pada amnya ada tiga proses peluasan ayat, iaitu penjodohan, pelapisan dan penggabungan

Contoh: Dia hendak menjual roti itu.

Ali tidur di atas katil.

Sarah petah apabila berbicara.

 

[ Asmah Hj Omar, 1986: 369]

 

 

2.2.3 (i) ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan 2 ayat tunggal atau lebih

(ii) pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baru

[ Tatabahasa Dewan, 2002:477 ]

 

 

2.2.3.1 Ayat Majmuk

 

&   Terdapat empat jenis utama ayat majmuk:

 

I) Ayat Majmuk Gabungan

II) Ayat Majmuk Pancangan

III) Ayat Majmuk Campuran

IV) Ayat Majmuk Pasif

 

I) Ayat Majmuk Gabungan

 

  Ialah ayat-ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu

dengan cara mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung. Ayat-ayat

yang disambung itu setara sifatnya dan mampu berdiri sendiri.

 

  Ia juga boleh disambung tanpa kata hubung. Dalam bentuk tulisan, ayat boleh

digabungkan dan dipisahkan olah tanda koma.

 

Contoh: Dia yang tidak tahu duduk diam, berjalan ke hujung bilik, berjalan semula ke tempat duduknya.

 

a) Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

 

  Kata hubung ditugaskan untuk menghubungkan ayat-ayat dan menjadikannya satu

ayat yang lebih besar.

 

 

Contoh:

 

(i) Perompak itu meragut rantai wanita tua itu.

Perompak itu lari.

Perompak itu meragut rantai wanita tua itu lalu lari.

 

(ii) Dia suka membawa anaknya ke Taman Haiwan.

Isterinya suka membawa anaknya ke sarkis.

Dia suka membawa anaknya ke Taman Haiwan tetapi isterinya suka membawa anaknya ke sarkis.

 

  Ayat-ayat yang telah dihubungkan di atas, adalah dari jenis yang sama yang boleh

terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah.

 

  Ayat yang tidak gramatis akan dihasilkan jika jenis-jenis ayat itu

dicampuradukkan.

 

Contoh: (i) Ali pulang dari sekolah dan rumahnya besar.

(ii) Mampukah awak bekerja lebih masa tetapi ayam itu tua.

 

Ayat di atas tidak mempunyai hubungan makna untuk menjadikannya ayat yang gramatis.

 

b) Jenis Gabungan

 

  Ayat-ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung.

Penggunaan kata hubung yang berbeza ini menghasilkan dua jenis gabungan

utama, iaitu:

 

i) Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan (satu demi satu)

 

Contoh: (i) Aku menatap wajah arwahnya sambil mendoakan akan rohnya.

(ii) Setibanya aku di sana, tanganku diikat, kemudian lubang hidungku disumbat, akhirnya aku dicampakkan ke dalam sebuah bilik air.

 

ii) Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan

 

Contoh: (i) Dia yang mencuri, sebaliknya aku yang dituduh.

(ii) Diharamkan engkau menyentuh Azizah, melainkan engkau sudah bernikah dengannya.

 

 

II) Ayat Majmuk Pancangan

 

  Terdiri daripada beberapa kedudukan antara ayat-ayat itu tidak sama. Terdapat

satu ayat utama (ayat induk) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk and menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

  Tiga jenis ayat majmuk pancangan yang ditentukan oleh cara pembentukannya,

iaitu:

a) Ayat relatif

b) Ayat komplemen

c) Ayat keterangan

 

 

IIa) Ayat Relatif

 

  Ayat yang dikenal dengan penggunaan perkataan yang.

 

Contoh: (i) Aku menatap wajahnya.

Wajahnya ayu.

Aku menatap wajahnya yang ayu.

 

(ii) Basikalnya baru dibeli.

Basikalnya dicuri orang.

Basikalnya yang baru dibeli telah dicuri orang.

 

Dalam ayat (i), ayat wajahnya ayu dipancangkan ke dalam ayat induk Aku menatap wajahnya. Wajah yang kedua digugurkan kerana ia diulang dan diganti pula dengan kata relatif yang.

 

 

IIb) Ayat Komplemen

 

  Pembentukan ayat-ayat majmuk komplemen biasanya disertai penggunaan

beberapa perkataan tertentu untuk digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan ini.

  Terdapat dua kata komplemen, iaitu bahawa dan untuk.

 

Contoh: Dia tahu bahawa suaminya telah diculik.

Untuk merealisasikan impian anda tidak mustahil.

 

Jenis-jenis ayat komplemen

 

Terdapat 3 jenis:

a) Ayat komplemen frasa nama

b) Ayat komplemen frasa kerja

c) Ayat komplemen frasa adjektif

 

 

a) Ayat komplemen frasa nama

 

  Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek,

predikat, objek tepat dan objek sipi. Tetapi, ayat-ayat komplemen jenis frasa nama

hanya dapat menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama

subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat.

i) Ayat komplemen frasa nama subjek

 

  Bahawa George.W.Bush akan dipenjarakan esok sudah ditetapkan.

 

  Adalah sukar untuk kita mengecap kemenangan kali ini. (ayat songsang)

 

 

ii) Ayat komplemen frasa nama objek tepat

 

  Objek dalam ayat komplemen boleh wujud sebagai ayat objek tepat sahaja.

 

Contoh: Beliau mengumumkan bahawa anaknya akan dikahwinkan dengan pemuda lain.

Azura menyedari bahawa ibu-bapanya telah ditipu.

 

Melalui contoh-contoh di atas, ayat komplemen merupakan ayat yang berfungsi sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya.

 

 

b) Ayat komplemen frasa kerja

 

  Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang

diikuti bukan oleh frasa nama tetapi oleh keterangan-keterangan lain anggotanya

bertujuan melengkapkan frasa tersebut. Ayat komplemen yang berfungsi sebagai

pelengkap kepada kata kerja ini digolongkan ke dalam jenis ayat komplemen

frasa kerja.

 

Contoh: Aku berpendapat bahawa Pak Lee tidak akan hidup lama.

Kami semua berfahaman bahawa syarikat ini tidak akan dapat bertahan.

 

 

c) Ayat komplemen frasa adjektif

 

  Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat pada sesuatu ayat. Ayat komplemen

boleh berdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu merupakan ayat kecil yang

dipancangkan ke dalam ayat induk.

 

Contoh: Aku sangat percaya bahawa dia masih mentah lagi.

Sharifah sangat yakin bahawa lawannya akan kecundang.

 

  Ayat jenis ini terhad jumlahnya.

 

 

 

 

 

IIc) Ayat keterangan

 

  Ayat majmuk keterangan terdiri dari datu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih

yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat-ayat kecil ini disebut

ayat keterangan. Kehadiran kata hubung untuk menjalinkan ayat induk dengan

ayat kecil.

 

  Hubungan antara ayat-ayat ini:

 

Ayat Induk + Kata Hubung + Ayat Keterangan

 

Contoh: Bayi itu menangis kerana ia lapar.

Dia pernah menjaga saya ketika saya masih kecil dahulu.

 

 

Jenis-jenis ayat keterangan

 

  Ayat-ayat keterangan befungsi memberikan huraian lanjut pada kata kerja ayat induk. Terdapat berbagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayat-ayat kecil jenis ini, bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan.

 

a) Keterangan musabab

b) Keterangan akibat

c) Keterangan syarat

d) Keterangan waktu

e) Keterangan pertentangan

f) Keterangan harapan

g) Keterangan cara

h) Keterangan tujuan

i) Keterangan perbandingan

 

 

a) Keterangan musabab

 

  Ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan.

  Kata hubung seperti lantaran, kerana & oleh sebab digunakan dalam unsur ini.

 

Contoh: Aku diceraikan kerana bermain kayu-tiga.

Dia dinaikkan pangkat lantaran usahanya memajukan syarikat.

 

b) Keterangan akibat

 

  Ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil satu perbuatan. Kata hubung

seperti hingga & sehingga digunakan dalam unsur ini.

 

Contoh: Dia menelan berpuluh-puluh biji ubat hingga maut.

Aku akan menikamnya sehingga mati.

c) Keterangan syarat

 

  Ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung seperti sekiranya, andai kata, jika & kalau digunakan dalam unsur ini.

 

Contoh: Saya akan berkahwin sekiranya saya ketemu wanita impian saya.

Jika kamu jadi bunga aku pula jadi tangkainya.

 

 

d) Keterangan waktu

 

  Ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung seperti sejak, setelah, semenjak, tatkala & ketika digunakan dalam unsur ini.

 

Contoh: Beliau melarikan diri setelah waran tangkap ke atasnya dikeluarkan.

Aku sering bergembira ketika bersama dengannya dahulu.

 

 

e) Keterangan pertentangan

 

  Ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan.

Kata hubung seperti walau bagaimanapun, namun, sekalipun & sedangkan digunakan dalam unsur ini.

 

Contoh: Sekalipun aku dipenjara, aku akan terus berkarya.

Dia terus berjudi sedangkan anak-anaknya kebuluran.

 

f) Keterangan harapan

 

  Ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati.

Kata hubung keterangan seperti supaya, agar, semoga & kalau-kalau digunakan dalam unsur ini.

 

Contoh: Kita akan terus berikhtiar agar penyakitnya cepat sembuh.

Ibu mengingatkannya supaya berhati-hati ketika bertugas.

 

g) Keterangan cara

 

  Ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian

berlaku. Kata hubung dengan digunakan dalam unsur ini.

 

Contoh: Dia menikam musuhnya dengan sebilah keris.

Dengan menggunakan khidmat dukun Rozi melariskan perniagaannya.

 

 

h) Keterangan tujuan

 

  Ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata

hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi & bagi.

 

Contoh: Dia bekerja keras untuk memenuhi cita-rasa mewah isterinya.

Demi cintanya, dia sanggup melakukan apa sahaja.

 

i) Keterangan perbandingan

 

  Ialah unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung

keterangan adalah seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bagaikan & bak.

 

Contoh: Dia duduk termenung seperti dilanda jutaan masalah.

 

Bagaikan motosikal dan topi keledar, kedua-dua sahabat itu sukar dipisahkan.

 

 

 

III) Ayat majmuk campuran

 

  Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada

campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis

ayat majmuk.

  Ayat sedemikian biasanya panjang.

 

 

Contoh: Sarah sedang menjahit baju, tetapi adiknya yang sudah merayap sehari suntuk telah masuk tidur.

 

Ayat pertama : Sarah sedang menjahit baju.

Ayat kedua : Adiknya yang sudah merayap sehari suntuk telah masuk tidur.

 

Dalam ayat kedua ayat relatif, yang sudah merayap sehari suntuk dipancangkan ke dalamnya.

 

Contoh: Saya akur bahawa pendapat anda itu munasabah dan sepatutnya diketengahkan sewaktu sidang parlimen yang akan diadakan esok.

 

 

Terdiri dari dua ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan.

 

Ayat pertama : Saya akur bahawa pendapat anda itu munasabah.

Ayat kedua : Pendapat anda sepatutnya diketengahkan sewaktu sidang

parlimen yang akan diadakan esok.

 

Kedua-dua ayat (ayat pertama dan kedua) juga merupakan ayat majmuk

Ayat pertama terdiri dari ayat induk (saya akur) dan ayat komplemen objek tepat (pendapat anda itu munasabah) .

Ayat kedua pula terdiri dari ayat induk (sepatutnya diketengahkan) dengan ayat keterangan waktu (sewaktu sidang parlimen) dan ayat relatif (yang akan diadakan esok).

 

 

  Boleh dirumuskan di sini bahawa sesuatu ayat boleh terdiri daripada satu ayat

tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses-proses gabungan, relatif,

komplemen atau keterangan.

 

 

 

IV) Ayat majmuk pasif

 

&       Jika sesuatu ayat mempunyai kata kerja transitif maka ia mampu dipasifkan.

 

(i) Ayat majmuk gabungan

Bentuk aktif: Aku menendang bola dan Wahid menangkap bola.

Bentuk pasif: Bola ditendang aku dan bola ditangkap Wahid.

 

 

(ii) Ayat majmuk relatif

 

Bentuk aktif: Pemuda yang menolak aku menolak orang di sebelahku pula.

Bentuk pasif: Orang disebelahku ditolak pula oleh pemuda yang menolakku.

 

 

(iii) Ayat majmuk komplemen

 

Bentuk aktif: Aku yang mengatakan bahawa dia bukan wanita tulen.

Bentuk pasih: Bahawa dia bukan wanita tulen dikatakan oleh aku.

 

 

(iv) Ayat majmuk keterangan

 

Bentuk aktif: Saya akan menikahi Mawar kalau ayahnya mengizinkan.

Bentuk pasif: Mawar akan dinikahi saya kalau diizikan ayahnya.

 

<-- Lelaman Utama

 

 

 

 

APPENDIX

 

 

Frasa nama

 

Frasa kerja

 

Frasa adjektif

 

Ayat Keterangan

 

Ayat Komplemen

 

 

 

Ayat Relatif

 

Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan

 

 

Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan

 

Ayat Majmuk

 

Pasif

 

Campuran

 

Pancangan

 

 

Gabungan

 

 

1