Kata Seerti

BAHAGIAN A

 

Setiap item, dari SOALAN 1 hingga SOALAN 45 , diberi empat pilihan. Hanya satu daripada empat pilihan itu yang betul. Pilih jawapan yang betul dan tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan ( ) yang disediakan.

 

 

SOALAN 1 SOALAN 5 (5 markah)

 

Arahan: Pilih perkataan yang seerti/seiras dengan perkataan yang bergaris bawah dalam setiap item di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan ( ) yang disediakan.

 

 

1. Daud mengembala kambing-kambing kepunyaan Tuan Said.

 

(a) menyembelih (b) menjaga

(c) menyusu (d) menjinak ( )

 

 

2. Pihak polis ingin mencegah anak-anak muda dari jenayah.

 

(a) membanteras (b) menghukum

(c) menghalang (d) membantah ( )

 

 

3. Amir berduka setelah ibunya meninggal dunia.

 

(a) berkerut (b) bersedih

(c) berdiam (d) bercelaru ( )

 

 

4. Hutan Temburong di Brunei dipenuhi dengan tumbuhan liar.

 

(a) Taman (b) Rimba

(c) Gunung (d) Pantai ( )

 

 

 

5. Dia sedang membikin sebuah alat permainan.

 

(a) mendirikan (b) melahirkan

(c) membuat (d) menjahit ( )

 

 

SOALAN 6 SOALAN 10 (5 markah)

 

Arahan: Pilih perkataan yang berlawan dengan perkataan yang bergaris bawah dalam setiap item di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan ( ) yang disediakan.

 

 

 

6. Encik Lee yang dahulunya kurus, kini telah menjadi ___________.

(a) buncit (b) sihat

(c) besar (d) gemuk ( )

 

 

7. Fiona adalah anak yang sulung manakala Fiza pula anak yang ____________.

 

(a) kecil (b) comel

(c) bungsu (d) manja ( )

 

 

 

8. Saya membelikan ibu ikan dari pegerai yang _________ hasil tangkapan laut.

(a) melelongkan (b) menjualkan

(c) mempromosikan (d) melariskan ( )

 

 

 

9. Diana menyimpan kesemua diari-diarinya sementara adiknya, Diani __________ kesemuanya itu.

(a) menghumban (b) membuang

(c) melontar (d) mencampak ( )

 

 

 

10. Bilik darjah itu sungguh kemas berbanding dengan bilik darjah di sebelahnya yang _________ sekali.

 

(a) berkeladak (b) berdebu

(c) bertabur (d) berselerak ( )

 

 

SOALAN 11 SOALAN 15 (5 markah)

 

Arahan: Pilih perkataan yang sesuai bagi menggantikan frasa/klausa yang bergaris bawah dalam setiap item di bawah ini. Kemudian, tuliskan angka jawapan kamu di dalam ruangan ( ) yang telah disediakan.

 

 

 

11. Sesuatu yang berbentuk bulat yang dipakai di jarinya telah dihadiahkan oleh suaminya.

 

(a) Gelang (b) Cincin

(c) Rantai (d) Anting-anting ( )

 

 

 

12. Rumah Encik Karim menjadi binasa dimakan api semalam.

(a) hangat (b) masak

(c) hangus (d) roboh ( )

 

 

 

13. Bintang filem Shariff Dol merupakan seorang yang amat disegani.

(a) Seniman (b) Karyawan

(c) Usahawan (d) Sasterawan ( )

 

 

 

14. Perompak laut tersebut telah dapat melarikan diri dengan sebuah bot laju.

(a) Kelasi (b) Lanun

(c) Pramugari (d) Pengganas ( )

 

 

 

15. Mereka telah beralih tempat dan kini menetap di Tampines.

 

(a) belayar (b) berpindah

(c) berhijrah (d) bergerak ( )

 

 

 

 

SOALAN 16 SOALAN 20 (5 markah)

 

Arahan: Pilih kata gandaan yang paling sesuai bagi setiap item di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan ( ) yang disediakan.

 

 

 

16. ________________ yang telah digorengnya dimasukkan ke dalam bakul.

 

(a) Ondeh-ondeh (b) Kek-kek

(c) Epok-epok (d) Abuk-abuk ( )

 

 

 

17. Setelah kematian suami dan anak lelaki Puan Normah, keluarganya menjadi _______________ .

 

(a) simpang-siur (b) kucar-kacir

(c) riuh-rendah (d) tunggang-langgang ( )

 

 

 

18. _______________ hendak melindungi kawan-kawannya, Rahmat pula yang dipenjara.

 

(a) Pandai-pandai (b) Gara-gara

(c) Suka-suka (d) Baik-baik ( )

 

 

 

19. Pengemis itu berpakaian ______________ kerana kemiskinan.

 

(a) segak-segak (b) hancur-berkecai

(c) kusut-masai (d) compang-camping ( )

 

 

 

20. Lorong yang ______________ itu sering menjadi tumpuan perompak mencari mangsa.

 

(a) sunyi-sepi (b) bengkang-bengkok

(c) simpang-siur (d) tunggang-langgang ( )

 

 

 

SOALAN 21 SOALAN 25 (5 markah)

 

Arahan: Pilih perkataan berimbuhan yang paling sesuai bagi setiap item di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan ( ) yang disediakan.

 

 

21. Nahas jalan raya kelmarin __________ sebuah motosikal dan sebuah van.

 

(a) terlibat (b) melibatkan

(c) terlibatkan (d) penglibatan ( )

 

 

22. Encik Salleh merupakan seorang pegawai keselamatan di sebuah tapak __________ kondominium.

 

 

(a) binaan (b) membina

(b) pembinaan (d) terbina ( )

 

 

23. Dia sering runsing kerana mendapat terlalu banyak __________ di tempat kerjanya.

 

(a) tertekan (b) menekankan

(c) ditekankan (d) tekanan ( )

 

 

 

24. Kawalan di Lapangan Terbang Changi telah __________ baru-baru ini.

 

(a) terketat (b) diperketatkan

(c) mengetatkan (d) pengetat ( )

 

 

25. Zafirah __________ rakan-rakannya kerana sifatnya yang suka merendahkan dirinya.

 

 

(a) disukai (b) menyukai

(c) kesukaan (d) sukakan ( )

 

SOALAN 26 SOALAN 30 (5 markah)

 

Arahan: Pilih peribahasa yang paling sesuai maksudnya dengan makna frasa/klausa yang bergaris bawah dalam setiap item di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan ( ) yang disediakan.

 

26. Sahril sering ditertawakan rakan-rakannya kerana dia tidak tahu menendang bola.

 

(a) kaki bangku (b) kaki botol

(c) kaki ayam (d) kaki bantai ( )

 

 

27. Pegawai bank itu diberkas oleh pihak berkuasa kerana disyaki menerima rasuah.

 

(a) makan angin (b) makan angkat

(c) makan suap (d) makan hati ( )

 

 

28. Dia sudah melupakan segala jasa ibu-bapanya sehinggakan dia sanggup menghalau mereka keluar dari rumah.

 

(a)   seperti kacang lupakan kulit

(b)   seperti rusa masuk kampung

(c)   seperti katak bawah tempurung

(d)   seperti bertepuk sebelah tangan ( )

 

 

29. Dari pagi sehinggalah malam, Kamal dan adiknya tidak pernah berhenti bertengkar.

 

(a)   bagai aur dengan tebing

(b)   sedangkan lidah lagi tergigit

(c)   seperti anjing dengan kucing

(d)   buang yang keruh, ambil yang jernih ( )

 

 

30. Amir mampu menghabiskan kerjanya dalam jangka waktu yang singkat kerana dia telah membuat dua pekerjaan dalam satu masa.

 

(a)   seperti perigi mencari timba

(b)   sambil menyelam minum air

(c)   seperti mencurah air ke daun keladi

(d)   genggam bara api biar sampai jadi arang ( )

 

SOALAN 31 SOALAN 38 (8 markah)

 

Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai digunakan di setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan ( ) yang disediakan.

 

 

Text Box: 	Tubuh, minda dan jiwa yang sihat memerlukan pemakanan seimbang serta senaman yang berterusan. Orang yang sihat akan kelihatan  menarik, tenang dan ____31_______ semangat serta karisma setiap hari untuk _____32_______ kehidupan sepenuhnya.

	Kesihatan amat penting buat _____33_______ keluarga. Keluarga yang sihat adalah keluarga _____34_______ . Cara gaya makan yang sihat sangat _____35_______ untuk membina keluarga sihat dan kuat. _____36_______ yang baik akan  dapat memenuhi keperluan _____37_______  seseorang dan menjauhkannya dari  sebarang masalah _____38_______ atau kekurangan pemakanan. Amalan ini harus dilakukan secara berterusan dan memerlukan disiplin diri yang kuat.
Text Box: 31. (a) mempunyai     (b) menghajati
      (b) mengandungi  (d) mendapati
				(       )

32. (a) menikmati	(b) mengecapi
      (c) mengalami      (d) merasai
(       )

33. (a) sesuatu	(b) semesta
      (c) setiap		(d) sebahagian
(       )

34. (a) bahagia          (b) sempurna
      (c) sejati	           (d) impian
				(       )

35. (a) utama		(b) berharga
      (c) berguna	(d) penting
				(       )

36. (a) Pemakanan   (b) penghadaman
      (c) Penyerapan   (c) Penyaluran
				(       )

37. (a) harian	          (b) mingguan
      (c) bulanan         (d) tahunan
				(       )

38. (a) bercukupan    (b) berlebihan
      (c) berketepatan  (d) berjauhan
				(       )
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


SOALAN 39 SOALAN 45 (7 markah)

 

Kefahaman Objektif

 

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

 

 

Rakesh ialah seorang pengembala kambing. Dia mengembala kambing sebagai mata pencariannya. Hidupnya sebatang kara. Setelah sehari suntuk mengembala, dia akan pergi ke sebatang sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Di situ, dia akan memancing ikan untuk dijadikan makan malamnya.

 

Rakesh tinggal bersebelahan dengan seorang pemuda. Jiran Rakesh ialah Ramesh. Mereka berdua sangat rapat walaupun Rakesh miskin manakala Ramesh seorang yang kaya raya. Rakesh pernah dahulunya bekerja dengan ayah Ramesh sebagai pekebun. Ayah Ramesh seorang saudagar yang berharta. Rakesh berhenti bekerja setelah ayah Ramesh meninggal dunia.

 

Ramesh pernah bercita-cita menjadi seorang doktor. Namun, cita-citanya tidak tercapai kerana Ramesh tidak lulus dan akhirnya disingkirkan. Ramesh kini menjadi seorang pemburu. Dia gemar mengembara di dalam hutan dan memburu binatang-binatang liar seperti harimau dan monyet. Antara binatang yang pernah dia buru adalah kancil, babi hutan dan serigala. Dia tidak gemar memburu arnab kerana arnab adalah binatang kesayangannya.

 

Binatang-binatang tersebut akan diawetkan dan digantung di dalam biliknya sebagai hiasan dinding. Dia tidak pernah menjadikan binatang buruan itu sebagai hidangan makannya. Ada juga beberapa kali dia menjual hasil buruannya kepada beberapa orang saudagar yang singgah di perlabuhan pekannya. Dia tidak langsung mengendahkan peraturan pemerintah. Pihak berkuasa menegah pekerjaan memburu binatang liar lebih-lebih lagi yang sedang dilanda masalah kepupusan.

 

Pernah pada suatu ketika Ramesh tertembak Rakesh. Kemalangan itu berlaku ketika Rakesh sedang mencari akar-akar kayu di hutan. Ketika dia berada di belakang semak-semak, Ramesh melepaskan tembakan ke arah semak-semak tersebut kerana disangkanya ada seekor kancil di belakang semak-semak. Rakesh terselamat dari maut kerana peluru itu hanya terkena kakinya sahaja. Rakesh kemudiannya dikejarkan ke hospital yang berdekatan. Sehingga sekarang, Rakesh tidak mampu berjalan seperti biasa.

 

Arahan: Berdasarkan petikan karangan yang telah dibaca, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item berikut. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di ruangan ( ) yang disediakan.

 

39. Ikan yang ditangkap Rakesh akan _______________.

 

(a) diawetkan (b) diburu

(c) digantung (d) dimasak ( )

 

40. Sebelum ini, Rakesh pernah bekerja sebagai seorang _______________.

 

(a) pengembala kambing (b) saudagar

(c) pemburu (d) pekebun ( )

 

41. Ramesh pula adalah seorang _______________ .

 

(a) doktor (b) hartawan

(c) pemburu (d) saudagar ( )

 

42. Binatang yang menjadi buruan Ramesh adalah _______________.

 

(a) arnab (b) ikan

(c) babi hutan (d) kambing ( )

 

43. Rakesh berada di dalam hutan ketika kemalangan itu berlaku untuk _______________ .

(a) ditembak Ramesh

(b) mencari seekor kancil

(c) mencari akar-akar kayu

(d) berada di belakang semak-semak ( )

 

44. Pekerjaan Ramesh salah kerana _______________.

 

(a) dia telah mengawetkan hasil buruannya

(b) dia sanggup menembak kawannya sendiri

(c) dia melanggar undang-undang pemerintah

(d) arnab dikecualikan dari matlamat buruannya ( )

 

45. Tajuk yang paling sesuai untuk petikan karangan ini ialah _______________.

 

(a) Pengembala dan pemburu

(b) Saudagar dan anaknya

(c) Rakesh si pemburu

(d) Ikan di sungai. ( )

 

<-- Lelaman Utama

1