Latihan
กก
KATA HUBUNG
Arahan: Kenal pasti kata hubung yang terdapat dalam teks di bawah dan tuliskan jawapan kamu di atas kertas yang disediakan guru.
* Guru boleh juga mencetak muka lelaman ini untuk para pelajar atau pun berbincang secara lisan bersama-sama pelajar di dalam bilik darjah.
Suatu Pengajaran
Di sebuah desa
terdapat seorang adik kecil bernama Shanaz Sabrina. Adik kecil ini sudah
bersekolah dalam darjah 4. Shanaz mempunyai tabiat buruk iaitu dia memang suka
benar bercakap. Dia sering bercakap semasa gurunya sedang mengajar. Tabiat
buruknya ini payah diubah. Suatu hari, semasa gurunya sedang menerangkan
sesuatu, Shanaz berbual-bual dengan temannya dengan suara yang kuat. Gurunya
naik marah lalu mendendanya berdiri di atas bangku. Shanaz sangat malu kerana
didenda guru.
Sewaktu pulang dari sekolah ,Shanaz diam sahaja. Dia sangat marah pada gurunya.
Teman-temannya cuba memujuknya tetapi Shanaz tidak menghiraukannya.
Setelah tiba di rumah, dia lihat ibunya sedang berbual-bual dengan jirannya.
Shanaz menyampuk perbualan ibunya dan ingin mengadu dan menceShanazkan kepada
ibunya tentang perkara yang berlaku di sekolahnya tadi.Ibunya memarahinya kerana
menyampuk perbualannya.
Shanaz merajuk lalu berlari masuk ke biliknya.Dia menangis terisak-isak.
Pada sebelah malamnya, Shanaz tidak boleh tidur kerana mengingatkan perkara yang
berlaku siang tadi. Dia sungguh sedih lalu menangis lagi."Semua orang tak
sukakan aku. Di sekolah, aku didenda guru. Di rumah pula aku dimarah ibu,"
katanya sambil tersedu-sedu. Mulai saat ini aku tak mau bercakap lagi, katanya
di dalam hati.
Esok pagi Shanaz bersiap-siap hendak ke sekolah. Ibunya bertanya Shanaz mahu
sarapan apa. Shanaz tidak menjawab tetapi hanya menunjuk ke arah roti.
Selepas bersarapan dia pun ke
sekolah.
Di dalam darjah , Shanaz diam sahaja, tidak berkata sepatah pun. Apabila gurunya
bertanyakan sesuatu , Shanaz hanya tunduk melihat lantai sahaja. Shanaz
berkelakuan begini hingga beberapa hari.
Apabila tiba hari Ahad, Shanaz pun ke kebun buah-buahan di belakang rumahnya.
Dia terpandang pokok jambu yang berbuah lebat itu. Dia pun memanjat pokok itu.
Tiba-tiba dia terjatuh. Dia cuba menjerit memanggil ibunya, tetapi tiada suara
yang keluar dari mulutnya. Ibunya membuka tingkap biliknya. Alangkah
terperanjatnya dia apabila terpandang Shanaz yang jatuh terbaring . Air mata
mengalir di pipinya tanpa suara. Kasihan Shanaz, dia rupa-rupanya bisu.
Ibunya berkata, "Sudahlah
sayang, jangan menangis lagi, mari ibu balut luka di kakimu itu,"
Shanaz sangat menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia sebenarnya
berpura-pura bisu. Tetapi sekarang, dia benar-benar bisu.
Sejak hari itu Shanaz tidak berhenti-henti menangis tanpa suara. Dia benar-benar
menyesal terhadap dirinya. "Ibu, cikgu...maafkan aku," katanya di dalam hati.
Arahan: Cetak bahagian lelaman ini dan hantarkan kertas soalan ini bersama jawapan kamu kepada guru anda. Rujuk semula pada lelaman sebelum ini mengenai kata hubung jika perlu.
sehingga |
selagi |
setelah |
kecuali |
sejak |
atau |
jika |
dan |
lalu |
manakala |
กก
1. Semua kawan ____________ Azim hadir di majlis itu.
2. ___________kerjanya selesai , barulah ia pulang.
3. Kacang itu ditumbuk _____________ lumat.
4. Kereta itu terbabas _____________melanggar tiang lampu.
5. Dia akan tiba esok _____________ lusa.
6. Adik Amir membeli buku _____________ pen di kedai itu.
7. Ia duduk-duduk sahaja ___________ orang lain sibuk bekerja.
8. _____________dia masih hidup , tiada siapa yang berani menjual tanah itu.
9. _____________ berpindah ke sekolah baru , dia tidak pernah menulis surat.
10. ___________hari hujan mereka tidak akan turun ke laut.