Falsafah Hidup

 Hidup ini adalah rangkaian susah dan senang

    Hidup ibarat ombak laut yang sentiasa memukul pantai,
    akhirnya memecahkan buih berserakan.. gitulah pantasnya......
    antara engkau, aku dan dia ibarat enau dalam belukar;
    masing-masing mencari haluan sendiri-sendiri...
    Hidup ini terlalu getir untuk diterjemahkan kepada kalian...
    tapi  mungkin ianya boleh dikongsi pengalaman..
    Betapa sendatnya cepu kehidupan ini...dipenuhi rempah ratus asam garam
    ...lalu dijerang keapi menjadi awan gemawan .....
    Asapnya berpintal-pintal..menjulang kelangit,lalu berarak menggamit seribu kenangan
    yang akhirnya runtuh dek tidak tertahan menanggung keterpaksaan....
    Lalu rintislah tetesan air mata menjadi hujan yang tidak mungkin dibendung lagi,
    Dentuman guruh dilangit bersahutan angin dan badai menerpa diri bagaikan tumbang
    Dan hilang arah tujuan....
    Betapa nikmatnya pengalaman sewaktu hujan telah reda...
    Betapa indahnya kenangan setelah sekian lama ia dipersada...
    Betapa manisnya percintaan disaat kekasih saling kerinduan...dan
    Betapa ampuhnya perkahwinan kerana saling dipertanggong jawabkan...!

 

Kerjaya

     Dua sahaja kerjaya dalam hidup saya;
    pertama guru kedua menjadi juruhebah. Syukur Alhamdulillah kedua-dua nya telah saya lalui
    Pada tahun 1973, sebaik saja tamat tingkatan lima, saya ditawarkan betugas sebagai seorang guru sambilan.
    Sekolah pertama saya menzahirkan bakat sebagai seorang guru ialah di Sekolah Men.Keb.Tun Telanai.
    Tahun 1974, berpindah ke Sekolah Rendah pulak; iaitu di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Kuala    
    Terengganu.Tahun 1975 berpindah ke Sekolah Kebangsaan Duyung.
    Tiga tahun menjadi guru cukup memberi kesan kepad diri saya mengenali masyarakat luar bandar, yang serba   
    kekurangan.


    Saya berusaha menjadi seorang guru yang yang terbaik, memberi dan membimbing mereka. Tapi ada kala kita   terpaksa lalui juga   apa yang mereka lalui. Pahit getir kehidupan anak tani dan anak nelayan cukup menjadikan saya seorang yang tabah menghadapi hidup ini. Sebagai seorang guru saya mahu semua yang saya ajar diterima oleh semua murid yang saya bimbing.

Rupanya hasrat saya ada yang tidak kesampaian; saya merasa bersalah..seolah-olah tanggong jawab saya tidak selesai...Tahun kedua dan ketiga saya mengajar dengan penuh kesabaran dan menanti peluang ke Maktab Perguruan. Tapi kata orang rezeki tidak ada disitu.... lalu pada tahun 1976 saya menerima lamaran RTM sebagai Pembantu Siaran setalah menjalani temuduga di Kuala Terengganu.
 ..Saya tidak menyangka sedikit pun yang saya akan diterima. bertugas di dalam bilik siaran (Conty).setelah berjaya melintasi lebih dari 200  orang yang lain datangnya dari Kawasan Timur.    
 Setelah sembilan tahun menyumbang suara dan berbakti ditanah tumpah darah; saya ditukarkan pula ke Negeri Pahang Darul Makmur

Pada tahun 1985 hinggalah sekarang....banyak pengalaman yang saya timba ditanah Semantan ini...jangan lupa baca dalam ruangan   pengalaman dan aktiviti......

AKTIVITI
                           Bergiat dalam bidang seni budaya serta penulisan kreatif.
                            AJK Persatuan Penulis Muda Negeri Terengganu (PELITA)
                            Aktif dalam bidang teater, deklamasi puisi.1980 Johan Pelakon Wanita dalm Pertandingan
                            Teater Negeri Terengganu. 1983 membawa teater keliling ke Jakarta dengan cerita "                            NGOYANG"
                            karya dan arahan Ghazali Ismail (sekarang YB Dato)  memegang watak MERAH,
                            diTaman Ismail Marzuki, Jakarta.atas biayaan Kementerian Kebudayaan.
                            AJK Persatuan Sejarah Negeri Pahang.
                            AJK Dewan Persuratan Melayu Pahang /Kuantan (DPMP)
                            AJK PIBG Sekolah ...dan akhir tahun 2003 menjadi Fesilitator Biro TataNegara.
 
  ANUGERAH :   4hb.Febuari 2006 Mendapat anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang
                            iaitu > Ahli Mahkota Pahang (AMP) oleh KDYMM Sultan Pahang
                            sempena ulang tahun ke 75.