Best View With 800x600
BEBERAPA hari lalu saya sempat berbual dengan beberapa orang ibu di luar Tadika
Aiman, anak bongsu saya yang berusia empat tahun.
Ang membangkitkan masalah anaknya yang berusia tiga tahun yang susah makan dan terpaksa menghabiskan banyak masa memujuknya.
Menurut Ang, anaknya lebih berminat menonton televisyen daripada makan.
Dia terpaksa duduk di antara TV dan anaknya untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut budak itu.
Sebaliknya, Rafizah tidak menghadapi masalah. Anaknya boleh makan pada bila-bila masa.
Menurut Rafizah, anaknya boleh makan satu paket kerepek kentang goreng pada waktu petang, tetapi tidak mahu menyentuh nasi pada waktu makan malam.
Cerita Puan Selva agak berlainan sedikit. Dia mempunyai dua orang anak kecil yang terlalu aktif dan tidak berhenti bermain sepanjang hari. Masalahnya, bila tiba waktu makan, mereka terlalu penat hinggakan tidak ada selera untuk makan.
Ang ingin tahu sama ada kami menghadapi masalah anak-anak yang pemilih dan hanya suka makanan tertentu.
Dia telah mencuba pelbagai cara. Apabila pujukan tidak berkesan, dia menggunakan paksaan, menyebabkan budak itu memuntahkan makanannya.
Menurut Selva, anaknya enggan makan sayur. Anak Rafizah lebih teruk kerana dia akan mengamuk jika disuruh makan sayur.
Berkongsi petua
Saya mencadangkan supaya kita menghidangkan makanan dengan cara yang kreatif.
Kanak-kanak, terutama yang baru belajar berjalan dan prasekolah, biasanya tertarik pada bentuk dan warna makanan yang berlainan.
Oleh itu, makanan berbentuk muka lucu atau binatang pasti mengukir senyuman di wajah anak-anak kita.
Kita juga perlu menjadikan waktu makan sebagai masa untuk aktiviti sosial yang menyeronokkan, bukan masa bagi menjalankan tugas secara tetap.
Kanak-kanak akan berasa seronok jika dapat berbual dengan keluarga mereka sambil makan, bercerita mengenai apa yang berlaku kepada mereka dan bertanyakan pelbagai soalan.
Malah, saya membawa anak-anak saya bersama setiap kali saya ke pasar raya untuk membeli barangan makanan setiap minggu.
Saya menggunakan kesempatan itu untuk berbincang dengan mereka konsep pemakanan yang seimbang dan memberi mereka pelbagai jenis makanan.
Saya selalu mencuba cara masakan baru untuk mencipta hidangan berlainan bagi mengekalkan minat anak-anak saya terhadap makanan.
Selepas bercerai susu, saya perlahan-lahan memperkenalkan sayur ke dalam makanan cerai susu mereka. Dengan cara ini saya membiasakan selera mereka dengan pelbagai jenis sayur-sayuran.
Saya tidak pernah melarang anak-anak saya mengambil makanan snek. Sebaliknya, saya menyediakan beberapa jenis makanan snek yang berkhasiat di rumah.
Jadi, bila mereka teringin makan snek, mereka mempunyai pilihan yang lebih berkhasiat.
Saya dapat melihat kesungguhan Puan Ang mengingati petua-petua ini dalam kepalanya. Bagaimanapun, kanak-kanak, terutama yang baru pandai berjalan dan prasekolah, pasti melalui fasa tabiat makanan yang berlainan dan berubah-ubah.
Keju adalah antara makanan berkhasiat yang mudah disediakan dan digemari oleh kanak-kanak. Anak-anak saya cepat menyambarnya bila saya menghulurkan keju sebagai snek.
Saya memang menggalakkan mereka makan keju kerana ia mengandungi kalsium susu dan zat-zat lain yang membantu mereka membina tulang yang kuat dan membesar dengan sihat.
Malah, semasa mereka melalui peringkat susah makan, saya sentiasa memberi mereka keju untuk memastikan mereka mendapat cukup kalsium susu yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat.
Mungkin rasa keju yang lazat akan membuat mereka membatalkan rancangan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berkhasiat.
Best View With 800x600
Yassin
Revolution is created by
Allah
The almighty -Islam Is My Life-
All contents in Yassin Revolution Website are original. Any critics, comment or anything you want to send to the
webmaster please send your e-mail to these address
yasrev@yahoo.com