Kata Nafi
-
- 1. Kata nafi ialah perkataan
yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan
dan tidak.
- Kata nafi bukan digunakan
untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
-
- Contoh ayat
-
- 1. Lelaki yang berbaju merah
itu bukan ayah saya.
- 2. Baju ini bukan untuk
Suzi, tetapi untuk adiknya.
-
- Kata nafi tidak digunakan
untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
-
- Contoh ayat
- 1. Melepak di pusat
membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
- 2. Sungai di belakang rumah
saya tidak dalam sangat.
- 3. Kata nafi bukan boleh
hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
- 4. Budak itu bukan pandai
sangat tetapi dia rajin belajar.
- 5. Anjing itu bukan garang
tetapi suka bermanja.
-
-