KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada
dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA
TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa
)
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua
jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang
digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am
digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang |
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll |
Binatang |
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll |
tumbuh- tumbuhan |
pokok, betik, rumput, lalang dll |
Benda |
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll |
Tempat |
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll |
3. Kata nama am dapat dibahagikan
kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama
sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu
nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan
abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh
kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis
dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. |
Pada akhir ayat |
Gajah itu berbadan besar. |
Pada awal ayat |
Kata
Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama
yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah
nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa
ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi
menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda;
misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang;
misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)
binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ;
misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan
nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia |
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam |
binatang |
Tompok (kucing),
Jalak (ayam) |
tempat |
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara) |
bangunan |
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat) |
judul buku |
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku) |
benda |
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam) |
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata
Nama Khas
Kegunaan |
Kata Nama Am |
Kata Nama Khas |
Benda |
bangunan
kereta
buku
sekolah |
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau |
Orang |
doktor
kerani
guru
budak lelaki |
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi |
Binatang |
kucing
lembu
katak
ayam
burung |
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai |
Tempat |
negeri
bandar
kampung
tasek |
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana |
Tumbuhan |
pisang
cili
jambu
limau |
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi |
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila
kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama
terbitan boleh diletakkan :
di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh
imbuhan :
di awal
kata |
pe- ,
pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- |
di akhir
kata |
-ita,
-man, -wati, -an, dan -wan |
di awal
dan di akhir kata |
per- -an,
penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an |
Kata dasar yang diberi imbuhan
untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata |
kata dasar |
kata terbitan |
kata kerja |
peraga
latih
bawa
lawan |
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan |
kata sendi |
oleh
untuk |
perolehan
peruntukan |
kata nama |
lombong
rumah
guru |
perlonbongan
perumahan
perguruan |
kata adjektif |
cantik
besar
tinggi |
kecantikan
pembesar
ketinggian |