Kata pemeri
- 1. Kata pemeri ialah
perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
- 2. Terdapat dua kata pemeri,
iaitu ialah dan adalah.
- 3. Kata pemeri ialah
diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
- Kata pemeri adalah
diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
-
- Contoh ayat
- 1. Perempuan yang berambut
panjang itu ialah kakak saya.
- 2. Haiza adalah antara
pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
- 3. Rojak ialah makanan
kegemaran saya.
- 4. Tarikh tutup peraduan itu
adalah pada hari Isnin.
-
-