PEPATAH

  1. ada air ada ikan - rezeki ada dimana - mana

  2. ada asap ada api - persahabatan yang tidak boleh dipisahkan

  3. ada pagi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras - semua kerja akan dapat dilakukan dengan baik jika pendapatannya cukup.

  4. ada rotan ada duri - dalam kesenangan ada kesusahan

  5. ayam terlepas, tangan bau tahi - dalam kesenangan ada kesusahan

  6. alah sabung, menang sorak - sudah kalah tetapi masih bercakap besar.

  7. aalng - alang penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan - membuat sesuatu kerja b iarlah sampai selesai.

  8. bapa borek anak rintik - anak menurut baka bapanya.

  9. bercakap siang pandang - pandang, bercakap malam dengar - dengar - berhati - hati apabila menceritakan tentang sesuatu hal.

  10. biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu.

  11. biar anak mati , jangan mati adat - adat resam tidak boleh dilanggar.

  12. berani kerana benar, takut kerana salah - orang yang benar akan mempertahankan kebenarannya dan orang yang bersalah akan berasa takut.

  13. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah - dua orang yang sama taraf.

 

[ Menu Utama ]